WAJARKAH 16 SEPTEMBER…CUTI UMUM???

CADANGAN MEREKA :

ANWAR IBRAHIM dan LIM KIT SIANG

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang mencadangkan supaya pimpinan pembangkang di lima negeri yang dikuasai pakatan pembangkang mengisytiharkan 16 September ini sebagai cuti umum kerana 16 September adalah tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia dan ia merupakan hari bersejarah, sama seperti 31 Ogos.

APA KATA MEREKA

LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang

 

Kerajaan Pulau Pinang akan menimbang cadangan supaya 16 September setiap tahun dijadikan cuti umum untuk lima negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sebagai memperingati hari pembentukan Malaysia, selepas perkara tersebut dibincangkan bersama Exco kerajaan negeri kerana ia akan melibatkan operasi pihak industri di negeri ini.

Tidak setuju isu cuti dipolitikkan...

TAN SRI DR. KHOO KAY KIM

Tokoh Sejarah

 

Pemberian cuti umum tidak wajar dipolitikkan bagi tujuan untuk meraih undi rakyat.

CEUPACS

Tidak bersetuju menjadikan 16 September sebagai cuti umum kerana ia akan menjejaskan produktiviti kerja di negara ini serta ia akan menyulitkan para pelanggan di negeri terbabit yang hendak berurusan dengan kerajaan Persekutuan serta beranggapan cuti umum yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan dan negeri dalam setahun sebenarnya sudah mencukupi termasuk cuti hujung minggu.

PERSEKUTUAN MAJIKAN-MAJIKAN MALAYSIA (MEF)

Tidak bersetuju menjadikan 16 September sebagai cuti umum kerana tindakan tersebut akan menjejaskan produktiviti dan daya saing pekerja Malaysia di peringkat antarabangsa serta syarikat-syarikat di negeri terlibat mungkin akan berhadapan dengan masalah kos operasi yang menjadi tidak menentu sehingga menjejaskan keyakinan para pelabur tempatan dan luar negara untuk membuat pelaburan.

APA KATA ANDA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA

YANG PRODUKTIF….

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: