Archive for September, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

September 25, 2008

Assalamualaikum WBT,

 

Di kesempatan ini, saya menyususn sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampau hujung kaki kepada semua rakan-rakan blogger khususnya, dan seluruh umat Islam, jika sepanjang saya bersama kalian di dalam blog ini, juga terkasar tutur ketika bersua terurai kata-kata yang tidak sewajarnya sebagai umat Islam.

 

Sungai disusur sehari-hari

Dalam gelap menangkap ikan

Saya menyusun sepuluh jari

Salah dan silap harap maafkan

 

Sesungguhnya segala yang baik dan terpuji itu datangnya dari Allah SWT dan yang kurang sempurna itu datangnya dari kelemahan saya sebagai hamba Allah yang daif

 

Ketupat rendang sudah tersedia

Pembuka selera di pagi raya

Bermaaf-maafan sesama kita

Diaidilfitri yang mulia

 

MOGA KITA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIKETEMUKAN LAGI PADA RAMADAN DAN SYAWAL AKAN DATANGINSYAALLAH.

TERIMA KASIH.

Advertisements

KAPARINFO MILIK WARGA UMNO KAPAR

September 24, 2008

ASSALAMUALAIKUM,

 

SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA SAHABAT-SAHABAT BLOGGER SEKALIAN DAN SELURUH WARGA UMNO BAHAGIAN KAPAR, SAYA TELAH MENYEDIAKAN SATU BLOG KHUSUS UNTUK MENYIARKAN AKTIVITI DAN PROGRAM-PROGRAM ANJURAN UMNO BAHAGIAN KAPAR, PERGERAKAN PEMUDA, WANITA DAN PUTERI UNTUK KITA KONGSI BERSAMA.

 

BLOG TERSEBUT BOLEH DILAYARI DI www.kaparinfo.wordpress.com

 

SAYA JUGA AMAT BERHARAP AGAR RAKAN-RAKAN DI UMNO BAHAGIAN KAPAR DAPAT MENGHANTAR EMAIL KEPADA SAYA SETIAP PROGRAM YANG DIJALANKAN, AGAR DAPAT SAYA PAPARKAN DI BLOG TERSEBUT.

 

SEMUA MAKLUMAT BOLEH DIHANTAR KE EMAIL SAYA DI anewars@yahoo.com

 

TERIMA KASIH.

MAT TAIB SAMPAIKAN SUMBANGAN HARI RAYA

September 24, 2008

DUN SEMENTA, 23 SEPTEMBER 2008 – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib telah meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran UMNO Bahagian Kapar di Galeri Sementa semalam.

 

Sempena majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada Anak-anak Yatim, sumbangan kepada masjid dan surau di Parlimen Kapar dan penyampaian dana pinjaman kepada peminjam-peminjam TEKUN yang berjaya.  

 

Majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan tersebut turut diisi dengan program Tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Haji Idris Mastor dan majlis berbuka puasa ini berakhir dengan solat tarawikh berjemaah oleh semua tetamu.

PERTANDINGAN KACAU DODOL 2008

September 23, 2008

 

DUN Meru, 20 Sept – PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN KAPAR meneruskan tradisinya sempena program Ihya’ Ramadan, melalui penyampaian sumbangan kepada Warga Emas, Ibu Tunggal dan Anak-anak yatim serta Pertandingan Kacau Dodol bagi peringkat Parlimen Kapar baru-baru ini.

 

Program ini telah diadakan di Perkarangan Padang UMNO Cawangan Taman Cerakah, Bukit Kapar di DUN Meru dengan dihadiri oleh lebih 2000 orang tetamu dan orang ramai. Program ini bermula seawal jam 5.00 petang dengan program Kunjungan Kasih ke beberapa keluarga kurang mampu sambil menyampaikan sumbangan hari raya berupa barangan keperluan harian, dengan diketuai oleh Tuan Haji Rosli Abdul Hamid, Pengerusi Biro Kebajikan dan Sdr. Hasrin Sajari, Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar serta beberapa orang EXCO Pemuda yang lain.

 

 

Pada sebelah malamnya, Ketua UMNO Bahagian Kapar, Dato’ Abdul Rahman Palil telah menyampaikan sumbangan hari raya kepada lebih 100 orang penerima dari kalangan Warga Emas, Ibu Tunggal dan Anak-anak Yatim dari Parlimen Kapar. Sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan harian.

 

Kemuncak program pada malam itu adalah pertandingan Kacau Dodol, yang Berjaya menarik penyertaan sebanyak 60 pasukan. Program yang bermula jam 9.30 malam itu berakhir pada jam 3.00 pagi dan keputusan pertandingan adalah seperti berikut :

 

Tempat Pertama     : Kumpulan Next Generation – UMNO Cawangan Tg. Syawal

 

Tempat Kedua        : Kumpulan UMNO Cawangan. Tg. Syawal

 

Tempat Ketiga        : Kumpulan New Generation – UMNO Caw. Sg. Pinang Dalam

 

Tempat Keempat    : Gabungan Belia 4B Caw. Rantau Panjang

 

Para pemenang telah diadili oleh juri professional yang diundang khas dari Hotel Goldcourse Klang.

ADAKAH ANWAR SAKIT MENTAL….?????

September 19, 2008

Perdana Menteri 16 September....

Perdana Menteri 16 September....

Warta Perdana RTM menghidangkan laporan khas yang amat menarik. Ia mengenai kisah manusia yang gilakan perhatian. Antara perkara yang ditonjolkan dalam laporan khas itu ialah tanda-tanda penyakit mental.

 

Laporan Khas tersebut telah mengundang Ahli Lembaga Kaunselor Profesional, Profesor Madya. Dr. Mohamed Fadzil Che Din. Mari kita mengkaji secara ringkas adakah faktor-faktor yang disebutkan itu, selari dengan peribadi YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri 16 September….


ANWAR BERANGAN JADI PM PADA 16 SEPTEMBER… : suka berfantasi atau berhalusinasi , terasa diri sentiasa betul, gilakan perhatian dan angkuh. Penyakit ini dilaporkan sering berlaku kepada mereka yang pernah mengalami kekecewaan melampau, contohnya tidak sempat jadi Perdana Menteri dan kena pecat.


ANWAR LALUI PENGALAMAN ITU : Keadaan ini sering berlaku kepada mereka yang pernah berkuasa atau memegang jawatan utama namun kecewa dalam mencapai impian peribadi.


ANWAR SALAH SEORANG DARI 11 % ITU : Kajian Pemantauan penyakit di Malaysia mendapati hampir 11 peratus rakyat dewasa mengalami gangguan mental.


KELUARKAN KENYATAAN MENDESAK PERDANA MENTERI SEOLAH-OLAH MACAM DIA LEBIH BESAR DARI PM : Dalam laporan khas itu, Ahli Lembaga Kaunselor Profesional, Profesor Madya. Dr. Mohamed Fadzil Che Din, menjelaskan obsesif adalah satu kecelaruan dalam diri dan tanda-tanda itu boleh dikesan melalui perkataan dan perbuatan. Tegasnya pesakit kebanyakannya akan berbuat apa sahaja bagi memastikan keinginan yang keterlaluan dicapai.

BERSEKONGKOL DENGAN BARAT DAN YAHUDI SERTA PENYOKONG HINDRAF NO 1 : Golongan ini boleh menimbulkan bahaya kerana boleh menjadi agresif dan tidak berfikir panjang dan sanggup menghalalkan apa sahaja perbuatan semata-mata menjayakan keinginan. Menurutnya, keghairahan untuk mendapatkan melebihi dari yang lain sehingga boleh meminggirkan prinsip dan nilai sejagat.


DOA UNTUK ANWAR…MOGA-MOGA ANWAR TAK SAMPAI MATI BERAGAN ATAU BUNUH DIRI ATAU NAYA ORANG LAIN : Prof Madya Dr Mohamed Fadzil berkata golongan itu juga suka memperlihatkan sikap degil hingga menimbulkan kesulitan kepada banyak pihak ekoran obses kepada kehendaknya. Golongan ini boleh menghancurkan diri atau orang lain yang cuba merampas objek yang diingininya.

KESIANNYAAAAAAAAAA…DIA…

September 17, 2008

...kesian dia...kesian dia...kesian dia...kesiannnnnnn diaaaa...

...kesian dia...kesian dia...kesian dia...kesiannnnnnn diaaaa...

SI ANWAR                :           TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA….

LIM KIT SIANG        :           BIARKAN…BIARKAN….

HADI AWANG          :           BIARKAN…BIARKAN….

 

Tergamam juga sejenak saya ketika membaca SMS ini yang dikirim oleh seorang kawan :

 

MAKLUMAN TERKINI :

 

“Akhirnya hasrat Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengangkat dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke enam menjadi kenyataan dimana kira-kira jam 3.45 petang tadi beliau telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia di hadapan gambar Yang di Pertuan Agong di rumahnya di Bukit Segambut dengan disaksikan oleh para pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, termasuk Yang Berhormat  Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Yang Berhormat Lim Kit Siang, setelah beliau berjaya menambah kerusi parlimen PKR sebanyak 31 lagi melalui pembeliannya di Pasaraya Court Mammoth….”. Keterangan lanjut sila layari http://www.anwarPM.go-blog.com.

 

Saya membaca dengan khusyuk…dan dipenghujungnya saya menjerit sambil ketawa bersama rakan…cis…siot betul, sapa lagi buat cerita lawak ni….

 

 

Saya meminjam kenyataan Dato Seri Shafie Afdal, “sudah-sudah la tu, cukuplah…jangan lagi nak menipu rakyat”. Lantas dikatakan juga oleh YAB Dato Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang, “ Saya teringat cerita budak gembala kambing dengan serigala…”.

 

Sudahla YB Dato Seri Anwar Ibrahim, kadang-kadang saya kesian dengan Anwar Ibrahim ni, dan terfikir juga dibenak saya, dahsyat rupanya penangan orang yang kena sindrom gila kuasa ni…mereka seperti hilang akal dan ingatan, bercakap diawang-awangan dan gilakan publisiti murahan, walaupun terpaksa berbohong.

 

Namun saya lebih sedih dan kesian, kepada penyokong tegar dan taksub Anwar, yang tetap percaya, walaupun mereka dah dibohong ….bukan berkali-kali…tetapi beratus kali, tapi tetap percaya. Atau penyokong ini sudah mula besar kemaluannya yang menyokong Anwar separuh mati…dah alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang malu, biarlah sebesar manapun kemaluannya itu…tetap juga kena lalui….kesiannnnnnnnnnnnnn kalian.

PERALIHAN KUASA…HAK SIAPA…

September 16, 2008

"Saya menyampaikan hasrat akar umbi UMNO...."

Isu peralihan kuasa antara pak Lah dan Dato Seri Najib kembali menggegar arus politik UMNO. Kenyataan yang dimulakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, seolah-olah mewujudkan satu polemik baru dalam kepimpinan Negara. Berbagai komen diberikan oleh para pemimpin tertinggi UMNo termasuk ahli-ahli UMNO sendiri. Ada pro dan kontranya kenyataan Tan Sri Muhyiddin tersebut.

 

Bagi saya secara peribadi, tiada salahnya kenyataan TS Muhyiddin, kerana beliau hanya memperkatakan apa yang dirungutkan oleh akar umbi. Tidak dinafikan, bahawa TS Muhyiddin turut serta bersama MT ketika membincangkan proses peralihan kuasa tersebut dan sama-sama bersetuju dengan apa yang telah diputuskan, namun desakan akar umbi juga akhirnya harus diambil kira dan dipandang berat, kerana apa sahaja keputusan sebenar yang melibatkan UMNO dan Barisan Nasional, teras dan penentunya adalah akar umbi dan bukan MT, malah mereka yang berada di kerusi MT pada hari ini juga ditentukan oleh akar umbi UMNO. Keadaan itu tidak melambangkan bahawa setiap keputusan yang dibuat oleh MT merupakan keputusan akar umbi.

 

Rentetan dari keadaan itu, maka ramailah pemimpin UMNO yang berebut-rebut membuat kenyataan. Bagi saya ia satu perkembangan positif, namun kegilaan mereka menggunakan media sebenarnya satu kesilapan besar yang sewajarnya dielakkan. Saya yakin mereka sedar risiko dengan kenyataan terbuka tersebut, namun untuk dilihat popular dan dikenali oleh perwakilan khususnya, mereka lupakan semua itu, asalkan nama mereka dikenali dan diingati. Bagi pihak media mereka tidak boleh dipersalahkan, bagi media jika berita tersebut mampu melonjakkan pendapatan, ia pasti akan dikejar hingga ke lubang cacing.

 

Justeru itu saya sarankan, hentikanlah perdebatan dan perbincangan terbuka melalui media. Jika ditanya media pun jawablah dengan berhikmah, dan menyatakan bahawa ia akan dibincangkan secara tertutup. Itu jawapan lebih baik dari mendedahkan kelemahan kita kepada musuh.

 

 Apapun kesimpulannya, saya tetap bersetuju dengan TS Muhyiddin dan beberapa pandangan lain yang meminta proses peralihan kuasa ini ditentukan oleh akar umbi UMNO melalui persidangan UMNO Bahagian dan undian tersebut sebaiknya dilakukan secara sulit, jika dilakukan secata terbuka…saya sangat yakin, pasti berlaku tekanan dari pihak-pihak tertentu…satu kenyataan yang tepat dan tidak perlu dipertikaikan.

 

Akhirnya sekadar peringatan kepada seluruh pimpinan UMNO disetiap peringkat. Samada kalian punyai kuasa atau tidak, PENENTUNYA ADALAH AHLI-AHLI DI PERINGKAT AKAR UMBI UMNO. Jadi jangan dipandang ringan peranan ahli-ahli ini.

BUANG MASA DAN BAZIR WANG….

September 8, 2008

Inilah tempat paling layak dengan status saya....

Inilah tempat paling layak dengan status saya....

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakannya tidak turun padang untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di sini dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai membuang masa dan membazir wang.

 

Menurutnya, walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara berkebajikan, ia tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.

 

“Saya ada wakil rakyat dan Exco yang mengendalikan bantuan kepada mangsa dan saya sentiasa berhubung dengan mereka.

 

“Jadi, tidak perlu saya turun padang kerana ia membazirkan masa saya.

 

“Jika saya datang melawat, saya terpaksa membawa bersama 15 hingga 20 orang saya dan ini akan melibatkan kos kewangan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan bencana kepada mangsa ribut di sini hari ini.

 

(Sumber Utusan Malaysia 6 September 2008)

______________________________________________________________________________

 

Pengurusan ala korporat menjadi teras pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim di negeri Selangor, kerana itu tidak hairanlah beliau boleh mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa tindakan melawat mangsa ribut yang menimpa lebih 1000 orang di Klang dianggap sebagai membuang masa dan membazir wang.

 

Secara teliti memang dapat kita perhatikan bahawa pengalamannya sebagai CEO satu ketika dulu, bukanlah untuk mengotorkan kasut kulit mahal dan pakaian hebatnya dengan menyusur laluan celahan rumah kampong yang kotor dan berlumpur, lebih-lebih lagi selepas hujan ribut melanda. Tugasan itu hanya layak dilaksanakan oleh seorang kerani kebajikan syarikat, atau sekurang-kurangnya seorang eksekutif. Apa kelassssssss…kalau CEO yang terpaksa menyusur laluan kotor tersebut.

 

Malah sekarang, mantan CEO ini sudah ditabal sebagai seorang Menteri Besar, seorang yang paling berkuasa di sebuah negeri paling maju di Malaysia, Selangor. Bergerak sahaja menteri Besar, ia mesti diiringi oleh sekurang-kurangnya 15 hingga 20 orang balaci-balacinya yang akan sentiasa menyebut YEESSSSS…BOSSSSSSSSS…, kerana mereka punya kepentingan peribadi. Malah kalau dulu kasut CEO tidak layak menjengah kampong, apa lagi kasut Menteri Besar yang lebih mahal,  Apa jadahnyaaaaa….mengotorkan kasut menjejak tempat yang memang sudah ranap dan rosak, kalaupun Menteri Besar datang, bukan bencana yang berlaku boleh pulih seperti sediakala. Wakil rakyat dan EXCOnya sahaja yang lebih layak untuk menyelesaikan masalah tersebut, lebih-lebih lagi yang terlibat bukanlah pengundi Khalid serta sebahagian besar mereka berbangsa Melayu. Keutamaannya sekarang lebih tertumpu kepada menjaga dan membelai perasaan kaum lain selain Melayu, kerana tanpa mereka, sudah tentu Khalid Ibrahim tidak merasa menjejakkan kakinya ke Tingkat 21.

PERJUANGAN BELUM SELESAI….

September 5, 2008

 

PUAS HATIKU…

TULISAN JAWI BUKAN KEBANGGAAN KAMI

BIAR IA LENYAP DITELAN BUMI…

 

PERJUANGAN INI BELUM SELESAI
KERANA HANYA YANG CERDIK DAN PINTAR
DAPAT MENGHAPUS DAN MEMBUNUH
KEBANGGAAN BANGSA YANG BOLEH DIPERKUDA…

 

PERLU SANGATKAH PERMOHONAN MAAF ITU…

September 5, 2008

maafkan kami...maafkan kami...maaf..kan kamiiii....

maafkan kami...maafkan kami...maaf..kan kamiiii....

Isu permohonan maaf Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dilihat oleh sesetengah pihak sangat penting untuk dilaksanakan. Namun bagi Datuk Ahmad sendiri, beliau tetap konsisten dengan pendiriannya untuk tidak meminta maaf, atas tindakannya menyatakan bahawa ‘kaum cina merupakan pendatang di Negara ini dan mereka tidak wajar mendapat keistimewaan samarata seperti orang lain’.

 

Sekali pandang, kenyataannya itu seperti betapa angkuhnya Datuk Ahmad, namun jika diteliti dengan mendalam, sebenarnya ada kebenaran tentang apa yang dikatakannya, tetapi kerana sebahagian dari kita terlalu bimbangkan kehilangan sokongan cina, maka mereka mula menggelabah dengan kenyataan tersebut, lebih-lebih lagi bila ada beberapa suara pemimpin cina dalam parti komponen Barisan Nasional mula mengeluarkan kenyataan-kenyataan sinis berbau ugutan.

 

Dalam hal ini, cuba kita renungkan kenyataan dari Tun Mahathir yang menyatakan kekesalannya dan mengemukakan satu persoalan kepada kita, “mengapa hanya Melayu sahaja yang perlu meminta maaf”, sedangkan kaum lain yang lebih kurang ajar, jarang memohon maaf kepada kita. Cuba kita renungkan sejenak beberapa isu ini :

 

1.    Kenyataan Karpal Singh yang menghina Sultan Perak mengenai isu perpindahan Pengarah JAIP.

 

2.    Tindakan Majlis Peguam yang menganjurkan forum secara terbuka mengenai Hak Istimewa Orang Melayu dan Memeluk Islam.

 

3.    Tindakan Teresa Kok yang mengemukakan memorandum penduduk mengenai bantahan azan Subuh yang mengganggu penduduk di waktu pagi.

 

Adakah tindakan ini tidak menyentuh sensitiviti orang Islam dan Melayu?, dan adakah mereka ada mengemukan permohonan maaf kepada kita, berbanding jika kita yang lakukan. Kita turut menggelabah memohon maaf, kerana menghunus keris, walaupun keris hanya sebuah lambang senjata pejuang Melayu satu ketika dulu, kan itu fakta sejarah, malah memang sejarah mencatatkan bahawa imigran Cina dibawa masuk ke Tanah Melayu ketika penjajahan Inggeris, melalui Sistem Kangchu, untuk bekerja dilombong-lombong bijih timah sementara imigran India dibawa masuk melalui Sistem Kanggany untuk bekerja diestet-estet. Itu juga sejarah jelas tentang kemasukan dua kaum ini ke Negara kita.

 

Yang pasti, penduduk dominan di bumi kita ini ialah orang Melayu, kerana itu bumi ini digelar dahulu sebagai Tanah Melayu, bukan Tanah Cina, Tanah India dan bukan juga Tanah Melayu Cina India.

 

Sehubungan itu, saya melihat, tindakan Datuk Ahmad Ismail untuk tidak memohon maaf ada asasnya, kerana beliau hanya mempertahankan kenyataannya berdasarkan fakta sejarah yang sebenar, bukan rekaan beliau untuk membangkitkan sensiviti mana-mana kaum di Negara ini. Syabas dan Tahniah Datuk Ahmad Ismail.