PENGUNDI MELAYU & INDIA TOLAK ANWAR

Rakyat sudah sedar pembohongan Anwar....

Rakyat sudah sedar pembohongan Anwar....

Pengundi Melayu di Parlimen Permatang Pauh dijangka menolak Anwar Ibrahim sebagai calon Ahli Parlimen P44 Permatang Pauh. Menurut sumber yang boleh dipercayai, pengundi Melayu mula mencurigai kejujuran Anwar, setelah beliau berkali-kali menolak cabaran untuk bersumpah laknat mengenai kes Liwatnya.

Lebih menimbulkan syak dan keyakinan para pengundi lagi mengenai helah Anwar itu ialah apabila Dato’ Seri Najib turut bersumpah bahawa beliau tidak mengenali Altantuya Sharibu.

Selain itu, sumber turut menyatakan, bahawa para pengundi India juga dijangka akan menolak Anwar, setelah mereka mendengar penjelasan sebenar mengenai kes Altantuya dari Konsul Malaysia ke Monggolia yang membuktikan bahawa apa yang diperkatakan oleh Anwar selama ini adalah satu pembohongan.

Anwar makin tersepit sekarang. Segala muslihatnya membohongi para pengundi di Permatang Pauh terbongkar satu demi satu. Apa yang Anwar harapkan sekarang ialah para penyokong tegarnya, yang sentiasa taksub dan mempercayai segala sandiwaranya terus berada di belakangnya serta bantuan hayat dari DAP dan pangundi Cina yang telah dijanjikan berbagai gula-gula mampu untuk membantunya memenangi pilihan raya kecil ini.

Sedarlah Anwar Ibrahim, Sesungguhnya Allah SWT maha mendengar lagi maha mengetahui.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: