TAHNIAH

Gandingan Mantap UMNO Bahagian Kapar 2008
Gandingan Mantap UMNO Bahagian Kapar 2008

Kemenangan mutlak tanpa sebarang pertandingan membuktikan bahawa UMNO Bahagian Kapar tidak melatah dengan provokasi dari sesetengah pihak yang berhasrat untuk melaga-lagakan kepimpinan UMNO Kapar.

 

Tahniah dan syabas kepada semua tunggak kepimpinan UMNO Bahagian Kapar yang telah menang tanpa bertanding dalam pemilihan kali ini. Barisan Suara Baru yang bakal memperkukuh dan memantapkan UMNO Bahagian Kapar.

 

MENANG TANPA BERTANDING

 

KETUA BAHAGIAN            : YB DATO’ ABDUL RAHMAN PALIL

TIM. KETUA BAHAGIAN   : TUAN HAJI FAIZAL ABDULLAH

NAIB KETUA BAHAGIAN  : TUAN HAJI GHAZALI MOHD. AMIN

KETUA WANITA                 : PUAN NORLIZA AHMAD

KETUA PEMUDA               : TUAN HAJI ROSLEE ABD. HAMID

KETUA PUTERI                  : CIK HANIMASRA MARHANI

 

UMNO…Dulu, Kini dan Selamanya…

5 Responses to “TAHNIAH”

  1. Khairul Nazri Says:

    Tahniah juga saya ucakan kepada barisan pemimpin UMNO bahagian Kapar terutama kepada YB Dato Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Palil.

    Terus terang kami di UMNO Cawangan Fasa 4 Bandar Sultan Suleiman amat menghargai segala sumbangan YB Dato terhadap masyarakat di kawasan ini. Tak lupa juga kepada YB Liza serta Cik Hanimasra.

    Kami berharap sokongan, sumbangan serta hubungan baik tuan-tuan sekelian terhadap cawangan Fasa 4 ini terus erat agar kita semua sama-sama mendapat kebaikan darinya. Insyaallah

    Khairul Nazri
    UMNO Cawangan Fasa 4, Bandar Sultan Suleiman

  2. Orang Sementa Says:

    Allahuakbar,…… tak de orang lain lagi ke nak pimpin bahagian kapar nie….. balik2 muka tua tu jugak… dah lah tak de pembangunan untuk orang melayu langsung, asyik kroni dia je… ini je ke pemimpin UMNO kapar yang nak dijulang…… kesian betul orang melayu UMNO kat kapar nie….

  3. Galeng Says:

    Salam dan tahniah diucapkan kepada barisan pemimpin umno Bahagian Kapar. Kekalkan trend sedemikian pastinya UMNNO menuju kehancuran di PRU 13. Malang segala yang terjadi tidak mahu diambil ikhtibar malah berketetapan dengan segala keangkuhan diri dan kebodohan masyarakat UMNO. Apabila ternyata nya kehilanggan Ketuanan kelak maka diundanglah segala bala yang berpanjangan. Hanya mereka yang buta sejarah kedaulatan Melayu sahaja tidak mengenal perhambaan yang dilacurkan oleh masyarakat UMNO sendiri. SEkali lagi tahniah diucapkan dan bermulanya ambang kegelapan Melayu serantau. wassalam

  4. Orang Sementa Says:

    Syabas Saudara Galeng, saya setuju dengan saudara…. usahlah kita tgk yang lain, tgk UMNO bahagian kapar nie saja apa yang dah mereka bangunkan?? dari segi agama, ekonomi, sosial… Yang saya dapat lihat kaum lain semakin maju, lebih2 lagi orang India, dah ada little india.. itu baru sorang ahli parlimen MIC yang BN ada, dia dah berjaya buat macam tu, itu yang besar, lihat pula sapa yang berniaga di pekan kapar, bandar klang, meru??? sapa yang maju dari segi ekonomi mereka… apa yang telah kononya “Gandingan Mantap Ini Lakukan” selain dari lawan bola, bola jaring, lawatan ke langkawi sekali-sekala selain dari memajukan ekonomi melayu. Maka tidak hairan UMNO di Johor masih lagi bertapak kerana UMNO disana masih lagi menjaga ekonomi Melayu, setiap kampung ada industri mereka sendiri… Kat Selangor hampeh, pemimpin duk sibuk dapat tanah free, jual dgn harga tinggi. (PKFZ, Pusat Fidlot etc)

    Banyak lagi nak tulis, tapi biarlah apa gandingan mantap ini dapat lakukan untuk orang melayu yang kununnya mereka bela…..

  5. Galeng Says:

    Terima kasih dan syukur nikmat saya kepada Allah swt kerana dengan izinnya juga Saudara Orang Sementa dapat melihat dengan mata hati dan mata fikiran tanpa perlu dipandu mahupun dilonjak pandu oleh mereka yang memang telah kematu segala deria anugerah Illahi dalam menilai persekitaran perlakuan Bahagian Kapar.

    Wassalam, dan selamat berpuasa dibulan Ramadan Al- Mubarak yang bahagia ini. Sekian terima kasih sekali lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: