BERITA DARI PERMATANG PAUH

Pak Lah...'seperti melepaskan anjing tersepit'....

Pak Lah...

ANWAR DAN AZIZAH LUPA DARATAN

“Tolong sampaikan salam saya pada Wan Azizah dan Anwar, mereka jangan terlalu melampau dan lupa daratan, jangan jadi seperti kacang lupakan kulit malah jangan juga mereka dianggap seperti melepaskan anjing tersepit”.

“Saya tidak kisah kalau Anwar dan Wan Azizah menghentam dan melabel Pak Lah sebagai Perdana Menteri yang lemah, tidak mahir dalam ekonomi dan lambat dalam membuat keputusan”, kerana itu hak mereka untuk mengkritik pentadbiran Negara sebagai pembangkang, namun saya rasa bertanggungjawab untuk untuk mempertahankan Pak Lah, apabila mereka menuduh Pak Lah, Perdana Menteri yang mendalangi segala konspirasi terhadap tuduhan LIWAT Anwar, yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu Anwar Ibrahim”.

Itu antara intipati ceramah Ezam Md. Noor di Kg. Tanah Liat pada 16 Ogos 2008 di hadapan lebih 300 orang pengundi parlimen P44 Permatang Pauh. Ezam membangkitkan perkara tersebut berdasarkan satu peristiwa pada tahun 2004, ketika Anwar masih di dalam penjara. Ketika itu BN baru memperolehi kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum 2004, dan Wan Azizah dalam kedudukan yang agak sukar.

Atas dasar simpati dan ingin membantu, Ezam telah mengambil inisiatif mempertemukan Wan Azizah dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dalam pertemuan tersebut, Wan Azizah telah mengemukakan 3 PERMOHONAN kepada Pak Lah. Permintaan tersebut adalah seperti berikut :

PERMOHONAN 1 

WAN AZIZAH MEMOHON KEPADA PM AGAR ANWAR DIBEBASKAN TERUS DAN DIBERIKAN RAWATAN DI HOSPITAL, MEMANDANGKAN KEADAAN KESIHATAN ANWAR KETIKA ITU.

REAKSI PM

PAK LAH TERUS MENGHUBUNGI PIHAK PENJARA PADA MALAM ITU JUGA DAN MENGARAHKAN ANWAR DIBAWA KE HOSPITAL UNTUK MENERIMA RAWATAN. JARANG SEKALI ADA BANDUAN YANG DIBAWA KELUAR DARI PENJARA PADA WAKTU MALAM, TETAPI BERBEZA DENGAN ANWAR YANG DIBERI LAYANAN ISTIMEWA OLEH PAK LAH SELAKU PERDANA MENTERI.

PERMOHONAN 2

WAN AZIZAH MEMOHON AGAR PAK LAH MEMBERI KEBENARAN KEPADA ANWAR UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN KE LUAR NEGARA.

REAKSI PM

PAK LAH TIDAK DAPAT MEMBERI JAMINAN KEPADA WAN AZIZAH, DAN BELIAU PERLU BERBINCANG DENGAN BEBERAPA PIHAK DAHULU SEBELUM BOLEH MEMBERIKAN KEBENARAN UNTUK ANWAR MENDAPATKAN RAWATAN KELUAR NEGARA.

PERMOHONAN 3

WAN AZIZAH MENYAMPAIKAN SALAM ANWAR, DAN ANWAR MEMINTA AGAR PAK LAH TIDAK MENGGANGGU PROSES MAHKAMAH YANG SEDANG MENDENGAR RAYUANNYA.

REAKSI PM

PAK LAH MENJAWAB KEPADA WAN AZIZAH, “PERCAYALAH PADA SAYA, SAYA KENAL ANWAR SEJAK DIA KECIL LAGI, SAYA KENAL IBUBAPA DAN KELUARGANYA, SAYA SEORANG ISLAM DAN SAYA TIDAK AKAN MENGANIAYA SEORANG ISLAM YANG LAIN”.

BUKTINYA, DALAM PENGHAKIMAN TERSEBUT ANWAR TELAH DIBEBASKAN OLEH PIHAK MAHKAMAH DAN TERBUKTI TIADA LANGSUNG CAMPURTANGAN PAK LAH DALAM PERKARA INI.

KESIMPULAN

Biar apapun istilah yang dilabelkan kepada Pak Lah, jelas membuktikan bahawa Pak Lah mempunyai akhlak dan keperibadian yang sangat tinggi pekertinya. Namun kita hairan, bagaimana pula akhlak dan keperibadian bagi insan bernama Anwar dan Wan Azizah, yang seolah-olah lupa ehsan yang pernah mereka pohon pada Pak Lah di tahun 2004, satu tempoh yang tidak lama dan masih baru.

Tergamak benar mereka, menabur onar dan fitnah kepada Pak Lah sebagai perancang kepada konspirasi ini. Jika di teliti secara mendalam, jika Pak Lah berniat untuk melakukan konspirasi terhadap Anwar, Pak Lah tidak perlu menunggu sehingga pada hari ini, tetapi beliau boleh melakukannya pada tahun 2004 lagi. Namun yang pasti, Pak Lah bukanlah manusia seperti Anwar Ibrahim dan Wan Azizah, yang menggigitnya semula selepas dilepaskan. Moga Allah SWT berkati perjalanan kehidupan Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan pemerintahannya sebagai Perdana Menteri Malaysia serta kita berdoa, moga Allah SWT tunjukkan kepada kita, siapa yang berada di jalan yang benar dan siapa di jalan yang salah, Insyaallah. Wassalam.

6 Responses to “BERITA DARI PERMATANG PAUH”

  1. pelik Says:

    saudara yakin benar bukan pak lah yang buat?
    saudara bukan menteri, hakim, peguam, polis, doktor dan anggota am yang terlibat dalam kes anwar..
    saudara tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya..
    saudara hanya didedahkan dengan keburukan anwar sahaja..
    saudara mengecam anwar dan sekutunya dgn pelbagai tomahan…
    anda yakin anwar berslah??
    anda ada bukti kukuh yang anwar bersalah?
    saudara kne ingat semua yg brlaku adalh dlakukn oleh manusia biasa yang mampu berlakon dan bersandiwara…
    JIKALAU ANWQAR YIDAK BERSALAH….
    SIAPA YANG MENABUR FITNAH SEKARANG?????!!!!!!!
    jikalau saudara tidak tahu perkara sebenar dalam islam sendiri lebih menyarankan saudara agar berdiam diri…
    fikir2knlah…

  2. Khairul Says:

    Salam Sdr. Pelik,

    Secara peribadi saya setuju dengan saranan saudara, adalah lebih baik kita berdiam diri dan menunggu sahaja keputusan mahkamah mengenai kes Anwar Ibrahim. saya setuju itu lebih baik dari kita mendengar berbagai pihak memperkatakan hal ini.

    Namun bagi saya, Sdr. Pelik juga harus berdiam diri kerana itu saranan Islam, kerana saya juga yakin Sdr. Pelik sendiri juga tidak tahu siapa sebenarnya yang bersalah. Sdr. Pelik juga seperti saya sekadar mendengar cerita dan penafian orang yang memperkatakan itu dan ini, termasuk berbagai fitnah lain yang dilontarkan kepada semua pemimpin, samada dalam kerajaan atau pembangkang. Cuma kadang-kadang sebagai manusia kita tertanya-tanya juga, kenapa agaknya Anwar ni susah sangat untuk bersumpah laknat sebagaimana yang dibuat oleh Saiful. Mungkin Sdr. Pelik juga akan mengatakan sumpah Saiful tidak betul dan mengikut lunas Islam, kerana Sdr juga sekadar mendengar dari mulut pihak lain atau Sdr juga terpengaruh dengan kenyataan Anwar yang mengatakan bahawa rakan-rakan ulama’nya diluar negara meminta beliau supaya tidak bersumpah. Dalam hal ini saya berpegang pada kenyataan TG Nik Aziz yang mengatakan bahawa sumpah Saiful betul, kerana untuk bersumpah cukup sekadar menyebut Wallahi, Wabillahi & Watallahi. Cuma saya hairan kenapa Anwar tidak boleh menerima pandangan TG Nik Aziz ini. Apa masih kurang warakkah TG Nik Aziz dimata rakyat Malaysia, malah Anwar turut menyatakan jika dia mahu bersumpah, ia mestilah disaksikan oleh ulama’ muktabar samada dalam atau luar negara. Tetapi saya rasa setakat ini tiada nas atau dalil yang menyebutkan, untuk bersumpah mesti disaksikan oleh ulama’-ulama’ besar. Namun Anwar cuba untuk mewujudkan perkara ini. Sdr. tidak rasa muskil atau pelik ke dengan keadaan ini. bagi saya semua rakyat Malaysia sedang tertunggu-tunggu sumpah laknat Anwar.

    Percayalah Sdr, kalau Anwar buat sumpah tersebut dan Allah buktikan memang dia tidak bersalah, sayalah orangnya yang akan meninggalkan UMNO dan bersama-sama perjuangan PAS. Apapun bagi saya janganlah kita banyak bersangka dan terpengaruh dengan dakyah semua pihak. Yakinlah hanya Allah SWT, Anwar dan Saiful sahaja yang tahu perkara sebenar, yang lainnya semua hanya cakap bohong dan pembodek yang tidak punyai haluan.wassalam.

  3. nazzcaveman Says:

    Segala pujian kembali kepada Allah. Maha suci Allah. Saya setuju dengan Sdr Khairul. Ini adalah jalan tengah yang dituntut ke atas orang-orang yang beriman. Berdiam diri adalah lebih baik. Malangnya, penyembah Anwar terlalu taksub dan sombong. Mereka hadir dari kalangan pelbagai bangsa dan agama, telah secara melulu menuduh Pak Lah dan UMNO sebagai pengatur konspirasi FITNAH ini. Sebagai ahli UMNO, saya juga tidak rela Presiden UMNO difitnah sebagai pengatur konspirasi, sebagai mana penganut PKR dan sekutunya tidak rela Anwar difitnah meliwat Saiful. Saya tidak fikir, Saiful begitu bodoh untuk bersumpah melaknat dirinya sendiri, kemudian mengkifarat dengan berpuasa 3 hari. Ini bukan perkara main-mainan. TG Nik Aziz mungkin mempunyai pandangan yang kasyaf untuk membezakan antara haq dan bathil. Namun pembelaan beliau terhadap Anwar sebelum sampai hukum Allah, juga merupakan suatu FITNAH. Jika kita imbas sejarah sewaktu isteri Nabi Muhammad (s.a.w.) (Saidatina Aisyah), difitnah berzina dengan Safwan. Kumpulan ini diketuai oleh Abdullah Bin Ubai iaitu ketua golongan munafik. Wahyu belum turun berkaitan perkara tersebut dan Nabi bersabar menantikan sehingga turun wahyu untuk menghukum. Berbeza dengan Nik Aziz yang terang-terang telah menyokong Anwar walaupun tidak disenangi oleh pemimpin PAS yang lain. Sekali pun beliau memiliki ilmu LADUNI sepertimana Gus Dur, ianya adalah AURAD beliau dengan Allah Ta’ala, kerana Nik Aziz bukan Rasulullah yang menerima wahyu yang wajib untuk disebarkan. Kalau ada pun petunjuk (dengan seizin Allah), ia hanya untuk dirinya sendiri dan bukan untuk disebarkan. Bagaimana pula dengan fitnah bahawa Pak Lah dan UMNO sebagai pengatur konspirasi terhadap Anwar. Apa komen Nik Aziz? Bagaimana pula jika Saiful benar-benar diliwat oleh Anwar? Sedangkan Nik Aziz sudah pun awal-awal membela Anwar bahkan mendoakan kemenangan Anwar? Jika berdiam diri itu lebih baik, mengapa Nik Aziz mendahului Allah Ta’ala dengan membela Anwar dan mengesahkan tuduhan konspirasi UMNO untuk menjatuhkan Anwar? Sudahkah sampai petunjuk Allah kepada Nik Aziz? Atau Nik Aziz telah mendahului Allah menghukum kes ini? Bukankah pembelaan Nik Aziz terhadap Anwar juga suatu FITNAH? Sesungguhnya, dunia itu fitnah, anak isteri itu fitnah, rakan taulan itu fitnah, harta dan kuasa itu fitnah. Hanya Allah yang HAQ. Sunnahtullah tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang. Allah tidak pernah memungkiri janji. Kita sama-sama menunggu HUKUM Allah Yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana.

  4. hah Says:

    klu ko nie jahil agama xpayah la kutuk ulamak?? ko banding la ko dgn tuan guru nik aziz ada kah ko nie sama mcm dia…adakah ko nie 30 juzuk al-quran dalam dada…klu ko tak cukup tahap tue…tak payah la nak ckp2 bukan2 kpd nik aziz…may be ko nie dah dibuta kan hati oleh Allah..

  5. ulaq lidi Says:

    Maaf saya amat tidak berminat dengan bahasa yang digunakan oleh “hah”. Kita wajar mengekalkan budi bahasa yang baik walau dengan siapapun kita berinteraksi. Kawan atau lawan. Itu baru menampakkan kedewasaan kita.

    Berbalik kepada persoalan sebenar dan siapa yang benar, hanya yang mengetahui sahaja yang tahu. Dan Yang Maha Mengetahui tidak akan dapat diperdayakan oleh sesiapapun.
    “Di Dunia kita boleh lepas tetapi Akhirat tetap menunggu.”

    Lazimnya pengikut yang taat akan membela ketua mereka selagi mereka yakin ketua mereka itu berada dipihak yang benar walaupun pihak lawan mengemukakan hujah-hujah yang bernas.
    Dan pada saya, pandangan Nik Abdul Aziz adalah pandangan dan sokongan peribadi terhadap Anwar Ibrahim bukan dibantu oleh Khasyaf dan sebagainya. Selagi dia melihat Anwar Ibrahim itu benar maka Nik Abdul Aziz akan sokong.

    Kenapa Anwar Ibrahim enggan bersumpah, itu bukan pokok ketika ini. Kerana kes masih dalam perbicaraan, dan beliau sendiri telah membuat aduan di JAWI. Masalahnya kenapa Saifol perlu bersumpah sedangkan kes dalam perbicaraan.
    Yang akhirnya Penyokong PKR melihat sumpah Saifol itu sebagai ada kaitan dengan politik. Mereka pun bukan ada Khasyaf.

    Bercakap itu mudah tetapi hendak melaksanakan itu amat payah. Kita masing-masing boleh berkata berdiam diri itu lebih baik kalau tidak tahu, tapi mulut tetap gatal nak bercakap dan mengulas. Maka terjadilah hentam menghentam fitnah memfitnah seperti sekarang ini.
    Begitu payah hendak mengawal nafsu, dapat selit-selit sikit pun jadilah. Itulah manusia.

    Jadi saya nasihatkan diri dan semua supaya sentiasa menjaga adab masing-masing.

    Sekian.

  6. Orang Sementa Says:

    Salam Saudara Semua, saya rasa masing2 ada pegangan terhadap pemimpin masing2, maka kita serahkan je pada mahkamah untuk menentukan sapa yang benar dan sapa yang salah… itu pun kalau badan kehakiman kita bebas dari unsur2 rasuah dan politik…. kita gaduh sesama melayu buat apa, kita buat keja kita dan mantapkan sahaja ekonomi orang melayu kita… politik nie macam2 boleh jadi, lihat je Ezam.. dulu bukan main support DSAI, kununnya ada 6 peti hal rasuah di malaysia, mana dia sekarang? tup..tup masuk UMNO…. orang Cina dgn India plak duk gelakkan kita…. sama2 lah kita pikir kan….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: