AYUH KE PERMATANG PAUH

16 Ogos 2008 perjuangan kita sebagai ahli parti dalam komponen Barisan Nasional bermula. Gendang perang Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dipalu. UMNO kembali mengepalai jentera perang ini. Soal menang atau kalah tidak perlu difikirkan, namun perjuangan mesti didahulukan.

 

Kita harus menggunakan seluruh kemahiran yang kita miliki untuk memujuk dan menyampaikan maklumat tepat kepada seluruh pengundi di Permatang Pauh, kenapa mereka harus memilih Barisan Nasional kali ini. Kemahiran itu mesti kita manfaatkan. Kalau kita Berjaya memujuk perwakilan UMNO untuk memilih kita sebagai calon, tidak mustahil kita boleh gunakan kemahiran itu untuk pengundi memilih BN pada 26 Ogos nanti.

 

Soalnya sejauh mana kemampuan kita untuk berbuat demikian. Tentunya kita tidak mahu dilabel sekadar jaguh kampungan. Hebat kononnya meraih pencalonan, tetapi gagal melaksanakan tugasan bila berdepan dengan perjuangan sebenar.

 

Namun apa sahaja andaian dan persepsi orang lain, biar kita lupakan. Saya tetap yakin UMNO bakal turun berjuang habis-habisan mengepalai jentera Barisan Nasional untuk memastikan rakyat di Permatang Pauh mendapat penjelasan dan maklumat tepat tentang situasi dalam Negara sekarang dan seterusnya menjadikan Permatang Pauh ini sebagai medan untuk Barisan Nasional mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada perjuangan parti untuk Agama, Bangsa dan Negara.

5 Responses to “AYUH KE PERMATANG PAUH”

  1. Ulaq Lidi Says:

    Sekadar maklumat semasa nampaknya rakyat jelata tidak begitu peduli. Negara aman makmur sudah memadai buat pengundi2 kampung untuk terus kekal bersama BN. Lebih-lebih lagi ada kain pelikat/batik dan sedikit hamper dari jentera kempen.

    Tapi pengundi bandar kelihatannya tidak yakin dengan maklumat semasa yang dibawa oleh Barisan. Mereka lebih selesa dan yakin dengan maklumat alternatif dari sumber-sumber yang lain. Tradisi kain batik/pelikat dan hamper pilihanraya itu sendiri sebenarnya menjadi hantu kepada BN yang sememangnya berunsur RASUAH. Itulah antara mengapa pengundi atas pagar yang celik enggan memberi undi kepada BN. Sebenarnya ada banyak sebab mengapa mereka menolak BN.

    Fikir-fikirlah wahai sahabatku.
    Terima kasih.

  2. pelik Says:

    rakyat malaysia semakin celik dalam mencari maklumat..
    tidak lagi seperti dahulu iaitu rakyat hanya mendengar berita dan khabar dari sebelah pihak sahaja…
    dacing yang dikatakan membawa keadilan dengan digambarkan dacing itu seimbang sebenarnya semakin senget..
    pihak pembangkang tidak berpeluang langsung berkempen di television tetapi ahli2 dacing dapat lantang bersuara mengutuk pimpinan pembangkang..
    rakyat luar bandar yang masih belum didedahkan dengan maklumat it hanya mempercayai bulat2 apa yang diperkatakan…
    adakah ini dikatakan seimbang???
    semasa mesyuarat perlantikan ketua bahgian UMNO dijalankan pelbagai konspirasi rasuah didedahkan..
    atas pemikiran normal manusia biasa, jika orang atasan tidak melakukan rasuah, sudah pasti ahli2 dan perwakilan yang dibawh naunganya tidak akan melakukan perkara yang memalukan parti…
    TETAPI kita telah didedahkan seniri oleh media di bawah naungan barisan pelbagai kes rasuah sehinggakan memerlukan BPR terbabit sama..
    saya yakin anda faham apa yang dsampaikan oleh saya..
    fikir2knlah…

  3. Khairul Says:

    Salam Sdr. Ulaq Lidi dan Sdr. Pelik,

    Saya menolak peribahasa ‘Bapak Borek, Anak Rintik’, saya juga menolak tanggapan bahawa jika pemimpin atasan terlibat rasuah, maka yang dibawah juga turut mengamalkan rasuah. Bagi saya itu pandangan dan analisis emosi yang wujud atas rasa kebencian bukan atas rasa keinsafan. Soal rasuah bagi saya terpulang pada kekuatan amal dan iman seseorang serta tahap pendidikan agama yang diterimanya, samada ia mampu mengawal dirinya atau tidak.

    Terbaru kita dikejutkan dengan penangkapan beberapa orang EXCO dan bekas ADUN Perak oleh BPR atas tuduhan menerima rasuah dan habuan seks. Namun saya yakin, mereka yang sedang disoal siasat dengan kes ini bukan kerana amalan ketuanya (MB Perak), maka anak buahnya turut sama terlibat. Saya yakin MB Perak tidak begitu sikapnya, tetapi EXCO yang terlibat itu punyai kelemahan sendiri. Tidak adil kalau kita kata mungkin ketuanya juga kaki rasuah, tu pasal anak buah pun rasuah juga. Bagi saya berdosa kalau kita membuat tuduhan begitu.

    Cuma yang saya kesal, mungkin saudara berdua juga kesal, kenapa pemimpin melatah dengan mengeluarkan tuduhan kepada pihak lain untuk melindungi kesalahan orang lain. Kan mereka baru disyakki dan sedang disiasat, belum tentu mereka disabitkan bersalah. Bagi saya tunggulah dulu siasatan selesai, kalau ada kes akan dibicarakan dan kalau tiada maka tutuplah kes tersebut. Kan Sdr. Pelik dah kata, lebih baik kita diam, kerana kita tak tahu, daripada melatah tak tentu hala tentang hal yang belum pasti. Wassalam.

  4. ulaq lidi Says:

    Saya setuju dengan saudara tidak semestinya anak buah rasuah menunjukkan ketuanya juga rasuah. Dan sebaliknya juga begitu tidak semestinya ketua rasuah anak buah juga akan rasuah. Saya juga setuju terpulang kepada indivitu itu sendiri.

    Tetapi mari kita lihat rentetan ini… Satu kumpulan perayu undi kerumah jiran saya (warga emas) dalam PRU 12 yang lalu, mereka terdiri dari ajk wanita cawangan tempat saya, mereka membawa hamper dan sedikit wang saku. Setelah berbual mesra dan sebelum pulang sempat mereka berpesan supaya memangkah dacing. Dan selepas itu mereka beredar kerumah jiran-jiran yang lain pula untuk meneruskan tugas. Kalau bukan kerana pilihanraya mereka tidak datang membawa hamper dan wang saku. Saya pernah mengikuti ceramah BPR, penceramah (Timbalan BPR Negeri) mengakui pemberian sedemikian ada mengandungi unsur rasuah. Jadi jiran-jiran saya menerima rasuah… itu soalan lain.

    Soalannya dari mana beliau-beliau itu memperolehi sumber untuk menyediakan hamper dan wang saku?…
    Bukan untuk satu dua rumah bang… jadi tak mungkin duit sendiri

    Kalau dari sumber parti, mesti ada kelulusan untuk membuat perbelanjaan tersebut. Siapa yang meluluskan? Tentunya diluluskan oleh pucuk pimpinan cawangan kalau sumber kewangan cawangan.
    Dari mana pula cawangan dapat sumber?. Dari bahagian… Dari mana Bahagian dapat sumber pula… Dari Negeri…

    Baiklah kalau pemberian ajk itu dilihat oleh BPR sebagai rasuah, dan perbelanjaan tersebut telah diluluskan oleh pucuk pimpinan parti. Nampaktak kaitannya. Pucuk pimpinan meluluskan sejumlah wang untuk perbelanjaan membeli hamper dan memberi wang saku kepada pengundi (memberi rasuah). Dan pemberian tersebut dilakukan melalui jentera pilihanraya yang terdiri dari ajk-ajk parti. Semua terlibat.

    Sekian, saya harap tulisan saya ini tidak ada unsur-unsur emosi kerana saya pun bukan orang yang ada baran bang. Sekadar memberi maklum balas dan pandangan semasa sahaja.

    Untuk difikir secara tidak terlalu memihak.
    Sekian.

  5. Orang Sementa Says:

    Salam semua… bercerita tentang rasuah di Malaysia ni – rakyat tidak melihat atau menterjemahkan semua hal rasuah secara membabi buta, tetapi rakyat dapat melihat bagaimana setiap siasatan rasuah terhadap PR dibuat dengan begitu cepat dan efisien sekali TETAPI jika orang politik BN yang melakukannnya, maka pihak BPR akan melakukannya. tetapi setelah didesak oleh rakyat maka barulah BPR membuat siasatan, itu pun dilakukan dengan siasatan yang amat perlahan selain alasan tidak cukup bukti…. mana KEADILAN?

    Satu lagi lihat sahaja penyalahgunaan wang royalti Petronas terhadap kerajaan negeri Terengganu dahulu, sapa yang BERTAMBAH kaya dan sapa pula yang KEKAL miskin….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: