ROSFUAD TARIK DIRI

 

Nilai persahabatan itu lebih penting dari segala-galanya....

Nilai persahabatan itu lebih penting dari segala-galanya....

 

ROSFUAD HAJI SHAHID 

yang sebelum ini menawarkan diri sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar, secara rasminya telah MENARIK DIRI dari persaingan merebut jawatan tersebut.

Langkah ini diambil atas kehendak beliau sendiri yang inginkan keharmonian berpanjangan dalam Pergerakan Pemuda UMNO Kapar selain hasrat beliau yang mahukan agar pemuda bertambah mantap tanpa ada wujud rasa sangsi, perpecahan dan perselisihan antara ahli pergerakan pemuda.

 

“Tiada sesiapa yang menjadi agen atau memaksa saya menarik diri, saya lakukan atas kehendak sendiri dengan rasa tanggungjawab, jujur dan ikhlas”, itulah jawapan Rosfuad, ketika rakan-rakan bertanyakan kenapa beliau menarik diri dari persaingan tersebut.

 

Sehubungan dengan itu juga, Rosfuad turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada cawangan-cawangan yang telah mencalonkan beliau, dan turut memohon maaf atas tindakannya itu. Bagi beliau perpaduan dalam pemuda UMNO itu lebih menjadi agenda perjuangannya berbanding usaha mengejar jawatan. “saya akan terus bersama UMNO dan Pergerakan Pemuda, kerana agenda perjuangan UMNO memartabatkan Agama dan Bangsa tidak akan selesai sampai bila-bila”, katanya.

 

Bagi Rosfuad juga, menjaga nilai-nilai persahabatan itu lebih penting dari bersaing merebut sesuatu jawatan. Bagi beliau, pemilihan ini hanya untuk tempoh tertentu sahaja, namun hubungan dan ikatan persahabatan itu perlu dijaga dan disuburi sepanjang masa selagi nyawa dikandung badan. Beliau juga berharap agar pemilihan pada kali ini akan berjalan dengan penuh berhikmah dan perwakilan Pemuda mampu untuk menentukan kepimpinan baru Pemuda yang lebih efisyen bagi memastikan kemantapan UMNO pada masa akan datang.

 

Sehubungan itu, dengan pengunduran Rosfuad ini, persaingan bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kapar hanya menampilkan dua calon sahaja iaitu Tuan Haji Roslee Abd. Hamid (DUN Sementa) dan Tuan Haji Mohd. Fareed Samaes (DUN Meru).

4 Responses to “ROSFUAD TARIK DIRI”

  1. Det.Conan Says:

    Tahniah dan Syabas Kpd Anda….Ape pun diharapkan anda sama2 berjuang dlm pergerakan ini….

  2. TDB Says:

    Syabas kepada tuan kerana berjaya membuatkan Rosfuad menarik diri demu keutuhan dan bpersahabatan. Tahniah juga atas perlantikan En.Khir sebagai setiausaha cawangan tuan. Apa pun lawatilah blog ini

    http://bicarawarisan.blogspot.com

  3. Khairul Says:

    Jawatan hanya sementara…Persahabatan kekal selama-lamanya. Salam Perjuangan. Lupakan dulu persaingan, kita ada tugasan lebih getir di PERMATANG PAUH. Tq

  4. Nyong Says:

    Sejak kebelakangan ini saya sering membaca dan mendengar akan perkataan PERJUANGAN walau diposisi manapun saya pergi.

    Apa yang saya faham pejuang yang mendapat REDHA ALLAH adalah mereka yang berjuang menegakkan Agama Allah dengan ikhlas.

    Menegakkan agama Allah bermakna melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya. Dengan kuasa atau kedudukan yang ada pejuang yang mengaku sebagai pejuang sepatutnya melaksanakan Islam dalam kehidupannya, dalam masyarakatnya, dalam negerinya dan dalam negaranya.

    Sekarang Islam telah menjadi bahan senda gurau gara-gara kita menokok tambah namanya dengan sesuatu yang tidak perlu.
    Kenapa tidak kita laksanakan saja apa yang ada dalam Islam itu tanpa menambah pada namanya? Laksanakan ajaranya di sekolah-sekolah secara menyeluruh. Laksanakan segala suruhanya dalam Muammalah. Laksanakan segala hukumnya dalam Mahkamah. Kerana kita disuruh melaksanakan Islam keseluruhannya. Bukan separuh-separuh. Itulah sepatutnya yang dilakukan oleh pejuang yang sebenar.

    Kemudian saya perhatikan kebanyakan mereka yang mengaku sebagai pejuang, kelihatannya seolah-olah mendambakan sesuatu dari habuan dunia. Mereka inginkan kedudukan yang tinggi dalam masyarakatnya, dalam negerinya, dalam negaranya. Kerana dengan kedudukan itu mereka boleh merancang apasaja yang menguntungkan diri mereka. Seperti menguasai projek-projek, menguasai sumber-sumber ekonomi, subsidi dan sebagainya.

    Selama sudah lebih 50 tahun kita memerintah, kita belum berjaya memelihara Islam dari ancaman musuh-musunhnya. Apatah lagi mendaulatkannya. Sebenarnya kita hanya melaksanakan Islam sebahagian kecil sahaja, sambil membiarkan musuh-musuh Islam menyelinap masuk ke dalam rumah-rumah kita dan mempengaruhi anak isteri kita. Melalui media cetak dan elektronik yang telah kita import dan luluskan untuk siaran dan pengedarannya.

    Buktinya sekarang kita dapat melihat dengan jelas kesan tersebut. Kesan jangka panjang yang ditimbulkan oleh pengaruh budaya barat yang kita bawa masuk dengan alasan sebagai mengisi kemajuan.
    Dengan pelbagai gejala sosial remaja yang kini kita mengeluh. Dengam gejala rasuah dan salahguna kuasa yang sukar dibendung.

    Jadi Kemana Perjuangan Anda?. Adakah anda akan terus bersekongkol dengan ini?… Jadilah pejuang sebenar, dengan cita-cita yang benar, dengan wadah yang benar. Amin.

    Sekian dari saudara Anda.
    Nyong kok ki.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: