SENYUM DALAM TANGISAN

Bionix Women - Wan Azizah...

Bionix Women - Wan Azizah...

Datin Seri Wan Azizah, satu nama yang saya sangat kagumi kesabaran dan ketabahannya dalam melayani karenah seorang suami yang tidak pernah serik dan bertaubat atas perbuatan kotornya selama ini.

 

Wan Azizah saya kagumi, bukan atas dasar simpati, tetapi sikapnya yang sangat bertanggungjawab dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri yang sangat menjaga segenap rahsia rumahtangganya dari diketahui umum. Sentiasa mengukir senyuman, walaupun senyumnya itu dalam tangisan yang tidak pernah dihargai oleh Anwar Ibrahim, suami yang boleh dikategorikan sebagai suami yang tidak mengenang budi isteri.

 

Bagi saya wajar benar Wan Azizah mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, biarpun pada prinsipnya beliau telah mengkhianati kepercayaan para pengundi di sana. Namun saya percaya, selain untuk memberi laluan dan peluang terakhir kepada suaminya, Wan Azizah sebenarnya sudah sangat letih melayani karenah suami yang tidak berkesudahan. Usahanya sejak tahun 1999 mungkin sudah hampir kepenghujung, anak-anaknya pasti terbiar tanpa perhatian intensif selama ini. Anak-anaknya pasti juga terlepas dari belaian sepenuh kasih sayang dari seorang ibu, yang terpaksa sibuk menjadi boneka suami sekian lama. Lebih menggigit perasaan lagi perjuangan Wan Azizah selama ini seperti mencurah air ke daun keladi, kerana suaminya seolah-olah langsung tidak menghargai segenap pengorbanan isteri terbaik yang beliau miliki.

 

Buat Anwar Ibrahim, janganlah terlalu dikejar keinginan nafsu dunia dan kepuasan diri. Cubalah bawa bertafakur sejenak, menangis dan mohonlah keampunan dari Allah SWT di hadapan Kaabah, muhasabah diri dan renungkanlah pengorbanan isteri selama ini, bagi saya yang penting tumpukan pada anak-anak yang sedang membesar, yang sangat rindukan kasih sayng ibubapanya yang sudah terlerai sekian lama. Itu agenda lebih penting untuk memastikan pembesaran anak-anak diisi dengan segenap ilmu dunia dan akhirat. Tawakkal sahaja, biarlah kita lupakan kepentingan dunia sejenak, agar bila di Akhirat nanti, kita punyai anak-anak yang sangat bertanggungjawab kepada kedua ibubapanya. Hanya doa anak-anak yang bakal mengiringi pemergian kita selamanya, rakan-rakan hanya sekadar mampu melihat kita dikuburkan sahaja, dan akan dilupakan begitu sahaja, tetapi anak-anak yang akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kedua ibubapanya hingga hari akhirat.

 

Sabarlah Wan Azizah, saya percaya Allah SWT akan sentiasa mengampunkan dan memberkati segala apa yang dilakukan. Teruskanlah berusaha memohon doa dan petunjuk Allah SWT, moga suami tercinta segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Insyaallah.

One Response to “SENYUM DALAM TANGISAN”

  1. Nyong Says:

    Baginda Rasul Salallu’alaihiwasalm sehingga ke akhir hayatnya dilaporkan tidak bimbang atau risau tentang anak-anak dan isteri-isteri yang akan ditinggalkan. Tetapi baginda sentiasa mengingati akan umat Baginda. Dengan katanya “ummatku…ummatku…”

    Saya amat berharap saudara Anwar yang sentiasa menunjukkan kegigihannya dalam merebut kuasa tertinggi negara juga akan mencontohi sikap Baginda Rasul SAW. yang prihatin terhadap ummat Islam di Malaysia yang semakin terhakis keimanan mereka. Setelah Hadhari tidak membawa banyak arti dalam memartabatkan Islam hari ini

    Dan saya juga berharap agar beliau dapat meningkatkan lagi penghayatan dan perlaksanaan Islam dengan lebih baik dengan adanya kerjasama dengan pihak yang bercita-cita tinggi dalam Islam.
    Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: