Archive for August, 2008

SALAM RAMADHAN

August 29, 2008
Ya Allah, segala amalan, hidup dan matiku hanya keranaMu jua...

Ya Allah, segala amalan, hidup dan matiku hanya keranaMu jua...

Assalamualaikum, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat, alim ulama’ dan seterusnya kepada seluruh umat muslimin dan muslimat.

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum, Ramadhan datang lagi, kita bersyukur kerana Allah SWT panjangkan lagi umur kita untuk melalui bulan penuh keberkatan ini, InsyaAllah. Doa dan harapan saya, moga Ramadhan kali ini menjadi teras permulaan kepada penyatuan umat manusia khususnya umat islam, bukan sahaja di bumi tercinta Malaysia, malah diseluruh dunia.

Marilah kita lupakan sejenak berpolitik dan kita tumpukan sepenuhnya jiwa dan raga kita untuk mengejar segala hikmat yang terkandung dalam bulan Ramadhan Al Mubarak.

Saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang saya terima dari rakan-rakan untuk tatapan kita bersama :

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan ” “Ya Allah tolong abaikan puasa  umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan  hal-hal yang berikut:

·         Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)

·         Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri

·         Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan yang berdo’a adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasulullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah

Advertisements

KASIHAN KARPAL SINGH

August 25, 2008

Karpal...hasratnya membawa DAP ke PWTC....

DAP berikrar untuk maju selangkah lagi dengan objektif mengadakan mesyuarat tahunannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). “Objektif utama kami ialah untuk menawan dan mengadakan kongres kami di PWTC,” kata Pengerusi DAP Karpal Singh ketika berucap merasmikan Kongres Kebangsaan DAP ke-15 di sini hari ini.
KENYATAAN KARPAL INI MENGUNDANG KRITIKAN BEBERAPA PEMIMPIN YANG MENGHENTAM BELIAU, KERANA BERANGGAPAN KARPAL TIDAK FAHAM PROSEDUR TEMPAHAN PWTC. ADA SYARIKAT YANG MENGURUSKAN PWTC.

SAYA SIMPATI DENGAN OKU KARPAL INI YANG DIHENTAM KERANA BELIAU TIDAK FAHAM PROSEDUR, MAKLUMLAH SEBAGAI ORANG OKU TUA MUNGKIN ADA PERKARA-PERKARA YANG KARPAL TAK TAU NAK BUAT.

BIARKANLAH DIA BEGITU. MOGA KONGRES DAP AKAN DATANG KARPAL BERPELUANG MENGADAKANNYA DI PWTC SEBELUM MAUT MENJEMPUTNYA, JANGAN SAMPAI KARPAL KEMPUNAN, BIMBANG ROHNYA TIDAK AMAN. KESIAN KARPAL.

GILA PUBLISITI MURAHAN

August 24, 2008
Gadai Melayu untuk publisiti murahan....

Gadai Melayu untuk publisiti murahan....

Tak puas gadai Melayu dengan KANDANG BABI, gadai lagi DEB sekarang nak gadai UiTM. Melayu tak sedar diri, dapat kuasa lupa diri….

PELAKON LELAKI TERBAIK

August 24, 2008
Gelak seorang penipu besar di Malaysia....

Gelak seorang penipu besar di Malaysia....

ANWAR IBRAHIM LAYAK DINOBATKAN SEBAGAI PELAKON LELAKI PENIPU TERBAIK ABAD INI. PENCAPAIAN ANWAR, MENIPU WAN AZIZAH, MENIPU NIK AZIZ DAN HADI AWANG, MENIPU LIM KIT SIANG, MENIPU HINDRAF, MENIPU KEDUTAAN TURKI, MENIPU CONDOLEEZA RICE, MENIPU GUS DUR, MENIPU PAK LAH DAN PENCAPAIAN TERBAIKNYA IALAH MENIPU SELURUH RAKYAT MALAYSIA. 

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PENIPU DAN YANG TELAH DITIPU.

PENGUNDI MELAYU & INDIA TOLAK ANWAR

August 24, 2008

Rakyat sudah sedar pembohongan Anwar....

Rakyat sudah sedar pembohongan Anwar....

Pengundi Melayu di Parlimen Permatang Pauh dijangka menolak Anwar Ibrahim sebagai calon Ahli Parlimen P44 Permatang Pauh. Menurut sumber yang boleh dipercayai, pengundi Melayu mula mencurigai kejujuran Anwar, setelah beliau berkali-kali menolak cabaran untuk bersumpah laknat mengenai kes Liwatnya.

Lebih menimbulkan syak dan keyakinan para pengundi lagi mengenai helah Anwar itu ialah apabila Dato’ Seri Najib turut bersumpah bahawa beliau tidak mengenali Altantuya Sharibu.

Selain itu, sumber turut menyatakan, bahawa para pengundi India juga dijangka akan menolak Anwar, setelah mereka mendengar penjelasan sebenar mengenai kes Altantuya dari Konsul Malaysia ke Monggolia yang membuktikan bahawa apa yang diperkatakan oleh Anwar selama ini adalah satu pembohongan.

Anwar makin tersepit sekarang. Segala muslihatnya membohongi para pengundi di Permatang Pauh terbongkar satu demi satu. Apa yang Anwar harapkan sekarang ialah para penyokong tegarnya, yang sentiasa taksub dan mempercayai segala sandiwaranya terus berada di belakangnya serta bantuan hayat dari DAP dan pangundi Cina yang telah dijanjikan berbagai gula-gula mampu untuk membantunya memenangi pilihan raya kecil ini.

Sedarlah Anwar Ibrahim, Sesungguhnya Allah SWT maha mendengar lagi maha mengetahui.

ISTIMEWANYA PEMBANCUH KOPI….

August 23, 2008

Saiful...berpeluang ke luar negara

Saiful...berpeluang ke luar negara

Saiful Bukhari Azlan antara pembancuh kopi yang istimewa kerana ditugaskan menyediakan kopi untuk Anwar Ibrahim, Penasihat PKR yang mendakwa rakan-rakannya kalangan Ulama’ dan bekas-bekas pemimpin luar Negara yang tidak cemerlang waktu berkuasa.

 

Walaupun hanya bertugas sebagai seorang pembancuh kopi, namun Saiful berpeluang menemani Anwar keluar Negara untuk ‘meneruskan tugasnya’ menyediakan kopi special untuk Anwar ketika berada di luar Negara. Antara perjalanan Anwar yang disertai Saiful ialah :

·        Bangkok            – Hujung Mei 2008
·        Singapore          – 16 dan 18 Jun 2008

·        Hong Kong        – Awal Mei 2008

Kini Anwar seperti hilang arah kerana Pembancuh Kopinya telah berpaling tadah dengan membuat laporan polis dan bersumpah laknat dengan mengatakan bahawa Anwar telah meliwatnya.

 

Apapun, dengan ketiadaan Saiful, maka jawatan Pembancuh Kopi Anwar masih belum diisi lagi. Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi Anwar untuk sesi ‘temuduga’. Calon-calon mestilah seorang LELAKI JAMBU. Inilah peluang untuk melancong secara percuma ke luar Negara, walaupun hanya sekadar seorang Pembancuh Kopi.

BERSATULAH ISLAM DAN MELAYU

August 23, 2008

Projek kebanggaan Pakatan Rakyat di Selangor

Projek kebanggaan Pakatan Rakyat di Selangor

Kalau kalian tidak mahu ini berterusan di bumi Selangor dan Malaysia, Islam dan Melayu mesti bersatu untuk kita lakukan ‘amar makruf, nahi mungkar’, terhadap pemimpin yang tunduk kepada desakan Kafir Harbi. Jangan sampai kita merempat semula di bumi sendiri, baru kita tertanya-tanya, apa yang perlu dibuat. Tanggungjawab ini terletak dibahu Umat Islam dan Melayu di bumi Malaysia ini.

 

Kita mesti bersatu untuk menentang :

 

·        Pusat ternakan BABI RM100 Juta

 

·        Penghapusan DEB

 

·        Bantahan penduduk (bukan Islam) Puchong mengenai volume azan Subuh yang dikemukakan oleh EXCOnya

 

·        Membuka UiTM sebanyak 10% untuk bukan bumiputera

 

Sebelum lebih banyak berbagai perkara mungkar dilaksanakan di Selangor negeri yang kita cintai….

 

BERSATULAH !!! ISLAM DAN MELAYU

TAHNIAH

August 22, 2008

Gandingan Mantap UMNO Bahagian Kapar 2008
Gandingan Mantap UMNO Bahagian Kapar 2008

Kemenangan mutlak tanpa sebarang pertandingan membuktikan bahawa UMNO Bahagian Kapar tidak melatah dengan provokasi dari sesetengah pihak yang berhasrat untuk melaga-lagakan kepimpinan UMNO Kapar.

 

Tahniah dan syabas kepada semua tunggak kepimpinan UMNO Bahagian Kapar yang telah menang tanpa bertanding dalam pemilihan kali ini. Barisan Suara Baru yang bakal memperkukuh dan memantapkan UMNO Bahagian Kapar.

 

MENANG TANPA BERTANDING

 

KETUA BAHAGIAN            : YB DATO’ ABDUL RAHMAN PALIL

TIM. KETUA BAHAGIAN   : TUAN HAJI FAIZAL ABDULLAH

NAIB KETUA BAHAGIAN  : TUAN HAJI GHAZALI MOHD. AMIN

KETUA WANITA                 : PUAN NORLIZA AHMAD

KETUA PEMUDA               : TUAN HAJI ROSLEE ABD. HAMID

KETUA PUTERI                  : CIK HANIMASRA MARHANI

 

UMNO…Dulu, Kini dan Selamanya…

PERMATANG PAUH…OH PERMATANG PAUH

August 17, 2008

Anwar masih belum berani bersumpah....

Anwar masih belum berani bersumpah....

SAIFUL BERSUMPAH…ANWAR GELABAH

Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya bersumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diLIWAT oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur pada Hari Jumaat 14 Ogos 2008.


Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama masjid berkenaan, Mohd. Saiful, 23, mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali diikuti bacaan surah Al-Fatihah serta menghadap kiblat sebelum melafazkan sumpah berikut:

“Bismillahirrahmanirrahim. Pada hari ini, 14 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan Nombor Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut…

 

“A’uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diLIWAT oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut DATUK SERI ANWAR IBRAHIM TELAH MEMASUKKAN ZAKARNYA KE DALAM DUBUR SAYA.

 

“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah S.W.T sehingga ke kiamat. Wallahualam.”

 

Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid tersebut dan ahli keluarga Mohd. Saiful di samping para pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Antaranya ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

 

KESIMPULAN

 

Biarpun berbagai alasan dan pandangan telah dikemukakan oleh sekutu-sekutu Anwar Ibrahim yang berusaha membodek Anwar dengan menolak cara Saiful bersumpah, tetapi Anwar dan sekutunya sekadar berani membuat kenyataan sahaja. Namun untuk Anwar bersumpah jauh sekali. Anwar sangat gelabah sekarang, banyak pihak mula mendesaknya untuk turut serta bersumpah.

 

YAB Dato’ Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga mengakui cara sumpah Mohd. Saiful menuruti kehendak Islam. Maka apa salahnya Anwar menuruti kaedah yang dibuat oleh Saiful, untuk membuktikan bahawa beliau tidak bersalah……ITUPUN KALAU ANWAR BERANI….

 

Kalau takut, Anwar boleh cipta berbagai lagi alasan, dan mintalah bantuan dari balaci-balacinya yang lain seperti Hadi Awang dan Wan Azizah. Jangan minta Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh buat fatwa baru bagi Anwar sudahlah….Tapi rasanya tak jadi masalah pun fatwa dari kafir harbi dalam DAP tu, kerana penyokong fanatik dan jahil Anwar Ibrahim comfirm percaya punya.

BERITA DARI PERMATANG PAUH

August 17, 2008

Pak Lah...'seperti melepaskan anjing tersepit'....

Pak Lah...

ANWAR DAN AZIZAH LUPA DARATAN

“Tolong sampaikan salam saya pada Wan Azizah dan Anwar, mereka jangan terlalu melampau dan lupa daratan, jangan jadi seperti kacang lupakan kulit malah jangan juga mereka dianggap seperti melepaskan anjing tersepit”.

“Saya tidak kisah kalau Anwar dan Wan Azizah menghentam dan melabel Pak Lah sebagai Perdana Menteri yang lemah, tidak mahir dalam ekonomi dan lambat dalam membuat keputusan”, kerana itu hak mereka untuk mengkritik pentadbiran Negara sebagai pembangkang, namun saya rasa bertanggungjawab untuk untuk mempertahankan Pak Lah, apabila mereka menuduh Pak Lah, Perdana Menteri yang mendalangi segala konspirasi terhadap tuduhan LIWAT Anwar, yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu Anwar Ibrahim”.

Itu antara intipati ceramah Ezam Md. Noor di Kg. Tanah Liat pada 16 Ogos 2008 di hadapan lebih 300 orang pengundi parlimen P44 Permatang Pauh. Ezam membangkitkan perkara tersebut berdasarkan satu peristiwa pada tahun 2004, ketika Anwar masih di dalam penjara. Ketika itu BN baru memperolehi kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum 2004, dan Wan Azizah dalam kedudukan yang agak sukar.

Atas dasar simpati dan ingin membantu, Ezam telah mengambil inisiatif mempertemukan Wan Azizah dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dalam pertemuan tersebut, Wan Azizah telah mengemukakan 3 PERMOHONAN kepada Pak Lah. Permintaan tersebut adalah seperti berikut :

PERMOHONAN 1 

WAN AZIZAH MEMOHON KEPADA PM AGAR ANWAR DIBEBASKAN TERUS DAN DIBERIKAN RAWATAN DI HOSPITAL, MEMANDANGKAN KEADAAN KESIHATAN ANWAR KETIKA ITU.

REAKSI PM

PAK LAH TERUS MENGHUBUNGI PIHAK PENJARA PADA MALAM ITU JUGA DAN MENGARAHKAN ANWAR DIBAWA KE HOSPITAL UNTUK MENERIMA RAWATAN. JARANG SEKALI ADA BANDUAN YANG DIBAWA KELUAR DARI PENJARA PADA WAKTU MALAM, TETAPI BERBEZA DENGAN ANWAR YANG DIBERI LAYANAN ISTIMEWA OLEH PAK LAH SELAKU PERDANA MENTERI.

PERMOHONAN 2

WAN AZIZAH MEMOHON AGAR PAK LAH MEMBERI KEBENARAN KEPADA ANWAR UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN KE LUAR NEGARA.

REAKSI PM

PAK LAH TIDAK DAPAT MEMBERI JAMINAN KEPADA WAN AZIZAH, DAN BELIAU PERLU BERBINCANG DENGAN BEBERAPA PIHAK DAHULU SEBELUM BOLEH MEMBERIKAN KEBENARAN UNTUK ANWAR MENDAPATKAN RAWATAN KELUAR NEGARA.

PERMOHONAN 3

WAN AZIZAH MENYAMPAIKAN SALAM ANWAR, DAN ANWAR MEMINTA AGAR PAK LAH TIDAK MENGGANGGU PROSES MAHKAMAH YANG SEDANG MENDENGAR RAYUANNYA.

REAKSI PM

PAK LAH MENJAWAB KEPADA WAN AZIZAH, “PERCAYALAH PADA SAYA, SAYA KENAL ANWAR SEJAK DIA KECIL LAGI, SAYA KENAL IBUBAPA DAN KELUARGANYA, SAYA SEORANG ISLAM DAN SAYA TIDAK AKAN MENGANIAYA SEORANG ISLAM YANG LAIN”.

BUKTINYA, DALAM PENGHAKIMAN TERSEBUT ANWAR TELAH DIBEBASKAN OLEH PIHAK MAHKAMAH DAN TERBUKTI TIADA LANGSUNG CAMPURTANGAN PAK LAH DALAM PERKARA INI.

KESIMPULAN

Biar apapun istilah yang dilabelkan kepada Pak Lah, jelas membuktikan bahawa Pak Lah mempunyai akhlak dan keperibadian yang sangat tinggi pekertinya. Namun kita hairan, bagaimana pula akhlak dan keperibadian bagi insan bernama Anwar dan Wan Azizah, yang seolah-olah lupa ehsan yang pernah mereka pohon pada Pak Lah di tahun 2004, satu tempoh yang tidak lama dan masih baru.

Tergamak benar mereka, menabur onar dan fitnah kepada Pak Lah sebagai perancang kepada konspirasi ini. Jika di teliti secara mendalam, jika Pak Lah berniat untuk melakukan konspirasi terhadap Anwar, Pak Lah tidak perlu menunggu sehingga pada hari ini, tetapi beliau boleh melakukannya pada tahun 2004 lagi. Namun yang pasti, Pak Lah bukanlah manusia seperti Anwar Ibrahim dan Wan Azizah, yang menggigitnya semula selepas dilepaskan. Moga Allah SWT berkati perjalanan kehidupan Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan pemerintahannya sebagai Perdana Menteri Malaysia serta kita berdoa, moga Allah SWT tunjukkan kepada kita, siapa yang berada di jalan yang benar dan siapa di jalan yang salah, Insyaallah. Wassalam.