PERINGATAN UNTUK MELAYU

Berjuang demi Agama, Bangsa dan negara...

Berjuang demi Agama, Bangsa dan negara...

Sebagai manusia kita mesti sentiasa bersyukur akan nikmat yang Allah SWT berikan. Kemuliaan Allah telah kurniakan kepada kita khususnya bangsa Melayu untuk menjadi pemerintah dan pentadbir di bumi Malaysia ini. Nikmat kemuliaan yang Allah SWT berikan ini wajib untuk kita jaga dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan seluruh rakyat melalui pendekatan Hablum Minallah wa hablum Minannas. Dua pendekatan yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim sejati.

 

Jangan kita lupa dan menjauhkan Allah SWT dari bentuk kehidupan kita seharian, kerana sikap itu menjadikan Allah SWT murka lalu menarik semula kemuliaan yang telah dianugerahkan kepada kita. Jika itu berlaku, maka akan hina dan binasalah, bukan sahaja kita tetapi bangsa Melayu keseluruhannya di bumi Malaysia ini.

 

Sejarah telah membuktikan, Allah SWT sangat memuliakan bangsa Arab, dengan member pengiktirafan kepada Nabi Muhammad SAW seorang berbangsa Arab, menunggang Buraq sehingga ke Sidratul Muntaha dalam peristiwa Isra’ Mikraj. Namun kemuliaan yang Allah SWT berikan pada bangsa Arab ini, gagal disyukuri sepenuhnya, malah mereka agak jauh Hablum Minallah nya, menjauhkan hubungan sesame Islam, berpecah belah, fitnah, dengki mendengki hingga akhirnya Allah SWT menghancurkan mereka dengan sehina-hinanya sebagaimana yang dilakukannya di Iraq. Islam ditelanjangkan, pemimpinnya (Saddam Hussin) digantung pada pagi Hari Raya Korban di bumi negaranya sendiri. Rakyatnya sekadar marah dan protes, namun tidak mampu berbuat apa-apa dengan penghinaan yang mereka terima.

 

Melayu jangan jadi begitu. Kemuliaan dan rahmat yang Allah SWT berikan mesti disyukuri selalu. Muhasabah dan bermuzakarah perlu disemarakkan, untuk kepentingan Islam dan Melayu. Ini bukan masanya fitnah menfitnah dan mengsyakki antara satu sama lain. Lapangkan dada, ikhlaskan hati dan kita bertafakur sejenak demi kepentingan Islam dan Melayu yang telah Allah SWT kurniakan kemuliaan di bumi Malaysia. Marilah kita berusaha dan bermunajat kepada Allah SWT, agar kemuliaan itu Allah tidak tarik semula sehingga kita nanti hidup dalam serba kehinaan di bumi sendiri. Sedarlah saudara Islamku dan Bangsa Melayu ku, kita merti bertindak sekarang, sebelum segala-galanya terlambat. Wassalam.

3 Responses to “PERINGATAN UNTUK MELAYU”

  1. ulaq lidi Says:

    Idie dan fikiran yang bernas dari anda. Tahniah.

    Namun Sebagai rakyat bawahan tidak banyak dapat dilakukan dalam membentuk Malaysia yang makmur dan diberkati.

    Dalam maksud Hablumminallah dan hablumminannas Rakyat bawahan telah menjalankan tanggungjawab mereka. Hubungan mereka dengan Tuhannya dan dengan sesamanya asalnya adalah baik.

    Cuma mereka terbawa-bawa dengan gelagat pemimpin atasan. Contohnya Pemimpin tidak bersungguh-sungguh dalam menjalin hubungan dengan Tuhan mereka seperti menolak hukum-hukumNya, menggalakkan industri yang dicemari dengan maksiat seperti industri hiburan, menggalakkan pelancong yang membawa budaya yang bercanggah dengan islam, rasuah, kronisma dan sebagainya.

    Akhirnya rakyat jelata juga ternjauh dari suruhan agama sambil mendekati kebatilan.

    Saya yakin jika pemimpin atasan komitted terhadap Islam, melaksanakan pendidikan Islam di sekolah-sekolah, melaksanakan budaya Islam dalam kehidupan, melaksanakan hukum Islam dalam pentadbiran perundangan, pengagihan ekonomi dengan adil, tanpa kronisma, rasuah dan salahguna kuasa, menolak budaya kebatilan, menolak hiburan yang bercanggan dengan syarak, dan yang seumpamanya, pasti rakyat akan lebih selesa. Dan negara yang makmur dan diberkati akan lebih mudah dibentuk.

    Kerana pemimpin tidak bersungguh-sungguh dengan Islam secara total menyebabkan rakyat berpecah-belah mencari wadah masih-masing yang mereka percayai dapat membawa mereka kepada apa yang mereka ingini.

    Orang-orang yang inginkan kebahagian akhirat tidak
    yakin dengan UMNO lalu mereka meninggalkannya.
    Orang-orang yang inginkan dunia ramai dalam UMNO.

    Adakah anda yakin UMNO mampu memperjuangkan dan memartabatkan Islam ke tahap yang sepatutnya di Tanah air kita ini? Lihatlah UMNO telah berada dipunca kekuasaan lebih 50 tahun. Wajah Islam anak bangsa kita semakin terhakis tanpa berpeluang mencapai kemuncaknya peradaban Islam di Malaysia.

    Alasanya mudah… orang-orang melayu islam berpecah belah. Mengapa mereka berpecah belah? Jawabnya ialah kerana meraka yang diberi kuasa (UMNO) tidak bersungguh-sungguh terhadap Islam.

    Itu pandangan saya setakat ini.
    Fikir-fikirlah… Adakah selamanya anda akan berada dalam wadah sebegitu? Atau anda bercita-cita untuk mengubah wadah yang sedia ada kepada yang lebih baik?. Atau beralih ke medium yang lain?

    Sekian terima kasih.

  2. Khairul Says:

    Salam Sdr. Ulaq Lidi,

    Secara peribadi saya belum terfikir untuk memilih medium lain selain UMNO untuk menyumbangkan idea ke arah kesejahteraan Agama, Bangsa dan Negara. Itu azam saya. Kenapa saya katakan demikian, kerana sebahagian kita kurang memahami dalam konsep menyokong dan yang disokong.

    Maaf, SAYA TETAP BERSAMA UMNO, kerana sebelum saya menyokong secara langsung, dengan ilmu yang sedikit ini, saya mendalami dan memahami sejarah kenapa UMNO ditubuhkan, lantas saya berpendirian begini, dalam apa keadaan sekalipun UMNO tidak bersalah dalam hal ini, UMNO hanyalah sebuah pertubuhan yang wujud atas kesedaran pejuang Melayu ketika itu, yang merasa terhimpit kerana penjajahan. Ketika penjajahan perjuangan bangsa Melayu lebih tertumpu kepada perjuangan kenegerian, contohnya Dol Said khusus di Negeri Sembilan, Datuk Maharaja Lela di Perak, Mat Kilau di Pahang dan ramai lagi pejuang yang hanya berjuang sendirian. Kesedaran timbul dalam diri Dato’ Onn Jaafar yang melihat semangat juang Melayu ini mesti digabungkan bagi menjana kekuatan Bangsa Melayu, maka itulah pada 11 Mei 1946, UMNO ditubuhkan sebulat suara dengan membawa misi memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu yang telah sekian lama dijajah. Dan melalui semangat juang dalam UMNO ini juga akhirnya Tanah Melayu bebas dari penjajahan selama 446 tahun pada 31 Ogos 1957. Bagi saya jasa besar UMNO ini tak mungkin dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

    Dalam proses mencapai kemerdekaan, UMNO bersama pemimpin Cina dan India menubuhkan Perikatan (sekarang Barisan Nasional – BN) membincangkan penubuhan perlembagaan Malaysia. Disini UMNO berperanan dalam memastikan Islam menjadi Agama Resmi negara, Hak Istimewa orang Melayu dan berbagai kelebihan untuk Islam dan Melayu. Itu semua perjuangan UMNO, malah UMNO juga pembela Islam dan Melayu dalam memerangi kemiskinan melalui DEB yang diperkenalkan Tun Razak pada tahun 1970 selepas peristiwa 13 Mei 1969, yang melihatkan Islam dan Melayu diperlekeh dan dihina oleh kaum Cina. UMNO menjadi penggerak ke arah Perpaduan rakyat ketika zaman Tun Hussein Onn, malah lebih bermakna lagi penubuhan PAS itu juga asalnya hasil dari pertubuhan yang diwujudkan oleh UMNO.

    Kerana itu, bagi saya UMNO sangat besar jasanya kepada seluruh rakyat Malaysia, justeru untuk apa saya perlu meninggalkan UMNO….???. Mungkin Sdr melabel saya dengan berbagai andaian, namun bagi saya yang menimbulkan masalah dalam UMNO ini ialah sebahagian pemimpinnya. UMNO rosak kerana ada ahli dan pemimpinnya yang lebih mementingkan kepentingan peribadi berbanding perjuangan sebenar parti. Bagi saya bukan dalam UMNO sahaja, tetapi ia juga berlaku dalam semua parti politik termasuk PAS, PKR dan DAP. Sdr, saya tegaskan, yang bermasalah bukan parti tetapi pemimpin dan ahlinya, untuk kita memastikan parti terus konsisten dan cemerlang, kita jangan menghukum parti, tetapi kita mesti singkirkan individu yang bermasalah dalam dalam parti, itu langkah yang paling tepat. Bagi menyingkirkan mereka, kita jangan tinggalkan parti, tetapi kita mesti berada dalam parti, jika kita keluar ia akan menyukarkan usaha-usaha kita untuk memperbaiki parti itu. Ibarat rumahtangga bermasalah, elakkan penceraian, usaha dulu untuk baiki hubungan, jika telah bercerai lebih sukar masalah untuk diselesaikan. Usaha memperbetulkan dan mengubah perlu dibuat dengan sabar dan tertib. Konsep dakwah itu perlu dilakukan dengan ikhlas dan berhikmat, sebagaimana Rasullullah SWT mula-mula menyebarkan Islam. Baginda tidak terus menyeru kepada seluruh kafir Quraisy Arab, tetapi dilakukan secara perlahan-lahan. Bagi saya Sdr, biar kita lakukan dengan sedikit, yang penting ada kesannya.

    Apapun, itu sedikit pendirian saya, Saya sangat bersyukur jika Sdr boleh turut serta bersama saya dalam kerja-kerja dakwah ini. Maaf, penjelasan yang agak panjang, namun jika diikutkan banyak lagi yang ingin saya perkatakan. Saya berdoa, moga kita dipertemukan dan boleh bertukar-tukar fikiran demi Islam, Melayu dan Malaysia yang saya cintai. Wassalam.

  3. ulaq lidi Says:

    Terima kasih atas maklum balas saudara.

    Sejarah mencatatkan UMNO dan lain-lainnya bersama-sama berjuang bagi mencapai kemerdekaan.
    Pada fasa kedua pula , ia diguna untuk memperjuangkan pendaulatan bangsa/agama.

    Fasa seterusnya untuk perpaduan rakyat yang berbilang bangsa.
    Dan era terkini UMNO telah digunakan untuk kepentingan sekelompok elit dari kalangan pemimpin dan ahlinya.
    Dan saudara akui yang bermasalah adalah sebahagian pemimpin dan ahlinya. Mereka perlu disingkirkan, begitu kata saudara. Sedangkan mereka itu bukan sedikit. Mereka ada di setiap cawangan, mereka ada di setiap bahagian, mereka ada di setiap negeri. Jadi, bagaimana saudara dapat menyingkarkan mereka.

    Lihat Anwar yang telah menjadi orang buangan atas alasan yang saudara lebih maklum, dia hanya satu orang yang disingkir tetapi kini kesannya beliau menjadi pesaing utama terhadap UMNO. Kalau ramai yang dibuang saya rasa lebih parah.

    Memperbaiki manusia yang besar bilangannya dan luas ruanglingkupnya, bukan seperti memperdamaikan rumah tangga yang bertelingkah. Panggil suami isteri beri kaunseling. Ini manusia elit dari PM, TPM, Menteri2 dan seumpamanya, bijak-bijak belaka. Lihat beberapa tokoh agamawan seperti Ustaz Nakhaie, Dr Mashitah, Ustaz Firdaus, Abdullah sendiri dan lain-lainnya, apakah mereka dapat memperbaiki kepemimpinan dalam UMNO ?. Akibatnya mereka dianggap sebagai ulama bisu oleh sebahagian musuh UMNO.

    Akhirnya kita kena faham bahawa UMNO hanyalah alat untuk mencapai tujuan. Sebahagian tujuan sudah tercapai seperti kemerdekaan, perpaduan, dan pendaulatan bangsa Melayu. Islam sahaja yang masih belum tertegak kukuh. Dan itulah tujuan yang patut diutamakan dalam perjuangan. Dan alat yang telah disalahgunakan itu jika tidak dapat dibaiki, akan menjejas dan menyelewengkan tujuan asal perjuangan.

    Jadi bagaimana.? … berikan mereka pengajaran yang amat dahsyat sehingga mereka benar-benar insaf. Di Negeri yang BN tidak dapat perintah masih belum menampakkan keinsafan… mungkin mereka menunggu sehingga kesemua negeri jatuh ketangan orang lain?… Itulah pengajaran yang amat dahsyat…

    Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: