SAYA MENAWARKAN DIRI

"Saya ingin menyumbang untuk UMNO Kapar..."
“Saya ingin menyumbang untuk UMNO Kapar…”

Melalui blog ini, saya KHAIRUL ANUAR SAIMUN – Ketua cawangan Sri Putri2 – DUN Meru maklumkan kepada seluruh rakan dan perwakilan UMNO Bahagian Kapar bahawa saya menawarkan diri sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kapar pada pemilihan kali ini.

 

Saya ingin tawarkan khidmat dan menyumbang secara langsung untuk bersama-sama kepimpinan UMNO Bahagian Kapar ke arah memperkasa dan memantapkan UMNO. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada cawangan-cawangan yang telah memberii pencalonan dan berharap ianya akan berterusan.

 

Walaubagaimanapun hasrat ini saya sandarkan sepenuhnya kepada seluruh perwakilan untuk menilai dan menentukan samada saya punyai kelayakan untuk merealisasikan hasrat tersebut. Saya sentiasa akur dan percaya bahawa perwakilan pastinya bijak untuk menilai demi kepentingan dan survival UMNO.

 

Sekian terima kasih.

 

Salam Perjuangan.

 

UMNO, dulu…kini dan selamanya….

6 Responses to “SAYA MENAWARKAN DIRI”

  1. zelmey Says:

    Tahniah diatas kesudian saudara untuk berjuang demi parti dan bangsa.

    Semoga dapat menjalankan amanah dengan berhemah dan ikhlas.

    Undi terletak pada perwakilan, manakala menang atau kalah Allah yang tentukan.

  2. TDB Says:

    tahniah atas kesudian tuan untuk berkhidmat untuk parti. Yang peting terus bekerja dan pastikan anda reform untuk Cawangan anda di Taman sri Puteri. Kumpul lah ahli seramai mungkin… saudara tuan Mohd Khir mungkin mampu membantu saudara………

    terima kasih

  3. Khairul Says:

    Sdr. Zelmey & TDB,

    Terima kasih atas sokongan kalian. Saya akur, saya hanya berusaha hanya Allah yang menentukan. Menang atau kalah saya tetap bersyukur. Untuk makluman TDB Mohd. Khir sedang saya usahakan untuk dimasukkan dalam cawangan sri putri. segala urusan telah dibuat.

  4. azman miskam Says:

    assalmualaikum,

    terima kasih tidak terhingga hendaknya diatas kemurahan budi dan sudi melawat ke blog saya. Pelajaran saya sesingkat adanya,tapi pengalaman insyallah diberkati hendaknya. Segala apa yang dinyatakan oleh Tuan yang mulia saya fahami dan insaf hingga ke tulang hitam saya. Saya menawarkan diri bertanding ketua semata-mata inginkan perubahan menurut cara saya yang dangkal ini, tidak lebih daripada itu. Tiada niat untuk saya menguji pasaran diri saya lebih lagi untuk mengharu birukan suasana Bahagian Kapar. Jika pun perubhan itu perlu berdikit-dikit saya pasrah akan lumrah sedemikian. Dan jika tidak dicalonkan walau daripada satu cawangan pun, saya terima dengan lapang dada tiada sekelumit dendam saya gengami. Akhir kata saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi diatas kesudian saudara dalam memberi pandangan kepada saya.

    wasalam

  5. siti azrah razali Says:

    Salam…….

    Syukur nikmat hendaknya saya kehadrat Allah s.w.t. kerana adanya Makhluk mulia seperti Tuan yang dapat dilihat dengan mata hati dan mata fikiran dengan apa yang saya lalui. Saya tidak sedikit pun berkecil hati mahupun marah sesungguhnya. Tapi agak hiba dengan kelakuan masyarakat melayu kini yang langsung tidak sedikit pun mempamerkan sifat-sifat dan peribadi melayu yang suatu ketika dijadikan contoh untuk dikaji oleh para sarjana barat. Kini hanya terdapat dalam sejarah silam tiada akan ditemui apa yang suatu ketika amat dicari bagi diikuti. Yang ada hanya ringgit-ringgitan melayu. Tiada kecewa tiada kesal-perjuangan bukan bererti kita perlu akur dengan kehendaknya banyak ringgit-ringgitan tetapi perjuangan yang membawa kepada kemuliaan akhlak kepada semua generasi. Akhir kata terima kasih sekali lagi.

  6. siti azrah razali Says:

    Salam…….

    Syukur nikmat hendaknya saya kehadrat Allah s.w.t. kerana adanya Makhluk mulia seperti Tuan yang dapat dilihat dengan mata hati dan mata fikiran dengan apa yang saya lalui. Saya tidak sedikit pun berkecil hati mahupun marah sesungguhnya. Tapi agak hiba dengan kelakuan masyarakat melayu kini yang langsung tidak sedikit pun mempamerkan sifat-sifat dan peribadi melayu yang suatu ketika dijadikan contoh untuk dikaji oleh para sarjana barat. Kini hanya terdapat dalam sejarah silam tiada akan ditemui apa yang suatu ketika amat dicari bagi diikuti. Yang ada hanya ringgit-ringgitan melayu. Tiada kecewa tiada kesal-perjuangan bukan bererti kita perlu akur dengan kehendaknya banyak ringgit-ringgitan tetapi perjuangan yang membawa kepada kemuliaan akhlak kepada semua generasi. Akhir kata terima kasih sekali lagi. Taniah diatas kesanggupan Tuan menawarkan diri untuk berkhidmat kepada masyarakat. Saya sekadar dapat mengiring dengan doa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: