HJ. GHAZALI CALON NAIB KETUA BAHAGIAN

Hj. Ghazali...Saya akan terus berkhidmat....
Hj. Ghazali…Saya akan terus berkhidmat….

“Beri peluang saya menyumbang dan meneruskan khidmat yang tidak kesampaian”, itulah hasrat Haji Ghazali Mohd. Amin, calon Naib Ketua UMNO Bahagian Kapar. Beliau bakal berhadapan dengan penyandang jawatan tersebut Dato’ Abdul Rasyid Ashari.

 

Haji Ghazali juga satu nama yang sangat sinonim dengan ahli-ahli UMNO di Bahagian Kapar. Satu-satunya jawatankuasa bahagian paling senior. Beliau juga bekas Ketua Pemuda UMNO Kapar. Dalam PRU12 yang lalu, beliau telah dipilih sebagai calon BN di DUN Meru, menggantikan Dato’ Jaei, namun dalam PRU12 tersebut, beliau tewas kepada calon PAS.

 

Kekalahan beliau kepada calon PAS, ada rahmat rupanya. Rezeki murah beliau ditambah, dengan dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib. Hari-hari beliau sebagai Pegawai Khas Menteri memberi ruang kepada beliau untuk mendampingi rakyat berbagai kaum dengan lebih dekat dan memahami permasalahan yang mereka alami, khususnya orang Melayu.

 

Kegagalan beliau dalam PRU12 tidak pernah melemahkan semangatnya untuk terus menabur bakti dan sumbangan kepada seluruh warga UMNO khususnya di Bahagian Kapar. Kerana itulah beliau menawarkan diri sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Kapar. Selain untuk menyambung khidmat yang tidak kesampaian, beliau ingin memastikan UMNO kembali bangkit sebagai parti dominan pejuang kepentingan Islam dan Melayu.

 

Bagi saya, Haji Ghazali punya semangat juang dan ketabahan yang sangat kental dan mantap. Beliau individu yang tidak pernah kecewa dan putus asa walaupun pernah melalui ranjau politik yang berliku. Ketabahan dan kesabarannya membawa rahmat yang mungkin tidak beliau impikan hari ini. Saya pernah katakan pada seorang rakan, “tak sangka hanya tinggal di kampung, tapi rakan dan kenalannya pemimpin-pemimpin besar di peringkat nasional”.

 

Saya percaya, semangat juang yang dimiliki oleh Haji Ghazali pasti jadi pengukur kepada seluruh perwakilan untuk menentukan kedudukan beliau sebagai NAIB  KETUA UMNO BAHAGIAN KAPAR dan seterusnya mampu memikul amanah tersebut bersama gandingan mantap Dato’ Rahman, Haji Faizal dan Haji Ghazali. Inilah suara baru pimpinan UMNO BAHAGIAN KAPAR. Namun, segala-galanya saya serahkan kepada para perwakilan kapar yang bijaksana. Salam perjuangan. Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: