2 GAJAH BERTEMPUR…………

Jangan UMNO jadi mangsa…mati di tengah-tengah. Itu arus yang sedang melanda UMNO Bahagian Kapar. Keghairahan menjadi pemimpin menjadikan pemilihan di Kapar pada kali ini semakin panas. Gerakan-gerakan pasukan nampaknya tidak serancak mana…namun gerakan ‘underground’…sangat agresif.

 

Belum lagi ditambah dengan balaci calon-calon yang bertanding, yang sentiasa bermanis muka dan dalam senyap menyalur maklumat kepada calon lain. Hipokrit tak kena tempat. Hebatnya sekadar menjul maklumat…..kemudian berjalan mendada mengalahkan calon yang bertanding. Itulah sikap dan perangai sebahagian pencacai dalam UMNO yang tidak pernah memikirkan kepentingan kenapa UMNO itu perlu dimantapkan, lebih-lebih dalam situasi sekarang, UMNO seperti dipijak-pijak, bukan sahaja oleh orang Melayu sendiri tetapi turut diludah oleh bangsa lain.

 

Saya tidak menentang pertandingan. Cuma kalau boleh biar pertandingan itu dilalui dengan cara sihat dan berhemah. Proses demokrasi mesti kita tegakkan dan junjung, malah saya menentang jika ada yang menghalang sesiapa sahaja yang menawarkan diri. Berkempenlah dengan baik, jangan sentuh peribadi orang lain, hingga disebut semua benda luar dan dalam. Tak gentlemen langsung.

 

Jangan salah gunakan ketinggian ilmu dan pendidikan yang ada untuk merendah-rendah kemampuan orang lain. Biar kita berdiri dengan kekuatan sendiri yang kita miliki, tanpa menumpang dengan orang lain.

 

Cuma apa yang boleh saya katakan, kita semua di Kapar ni ibarat ‘biduk lalu, kiambang bertaut’…’carik-carik bulu ayam, akhirnya bertaut jua’. Hubungan kita ibarat bapa dan anak, adik dan abang…terkadang tergigit lidah, kekadang terlanggar…tetapi keakraban tetap kukuh dan mantap. Yang penting dalam pertandingan ini, bukan individu yang menang, tetapi yang menang ialah UMNO.

 

Saya pulangkan pada semua perwakilan untuk menentukan, kemana kalian nak bawa halatuju UMNO Bahagian Kapar. Wassalam.

One Response to “2 GAJAH BERTEMPUR…………”

  1. Ailin Osman Says:

    Saya bersetuju dengan pandangan En. Khairul, memang betul kegairahan menjadi pemimpin telah menyebabkan individu-individu ini terlupa objektif perjuangan UMNO yang sebenar. Ada pula yang sanggup menikam dari belakang, memburuk-burukkan dan menjadikan orang lain sebagai batu loncatan untuk menaikkan diri sendiri. Akibatnya, UMNO menjadi mangsa. Kebencian terhadap seseorang individu menyebabkan sesetengah orang membenci UMNO dah yang lebih menyedihkan lagi ada yang sanggup beralih arah menyertai parti lain. Kekalahan dalam pilihanraya March lalu mencerminkan bahawa setiap ahli UMNO perlu berubah baik pemimpin mahupun ahli. Jangan ada sifat dengki, iri hati dan pentingkan diri sendiri, ingatlah bahawa perjuangan kita bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk agama,bangsa dan negara. WALAU SIAPAPUN YANG DIPILIH MENJADI PEMIMPIN BERIKANLAH SOKONGAN DAN KERJASAMA KERANA KITA SEMUA ADALAH SRUMPUN. Bermesyuarat dan berbincang seandainya terdapat apa-apa permasalahan ataupun kemusykilan. Suarakanlah pandangan dan berikanlah kritikan yang membina.
    Sekian.
    BERSATU. BERSETIA. BERKHIDMAT.
    SEMOGA UMNO TETAP KUKUH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: