SAINGAN NAIB BAHAGIAN MAKIN MENARIK

Tinggal 2 kem gergasi sedang bersaing dalam pemilihan UMNO Bahagian Kapar yang dijangka diadakan pada bulan Oktober nanti. Saya tidak berminat nak menyebut kem mana, kerana saya yakin semua ahli UMNO di Bahagian Kapar sedia maklum. Masing-masing kem sedang mempertaruhkan tokoh-tokoh hebat untuk pertandingan ini, menjadikan bahang pemilihan ini makin panas….

 

Namun saya ingin membawa tumpuan kita semua kepada saingan Naib Ketua UMNO Bahagian yang saya kira lebih panas dan menarik berbanding saingan yang lain. Terkini yang saya sedia maklum, tinggal dua nama sahaja yang bakal bersaing untuk jawatan ini. Mereka ialah :

 

YBHG. DATO’ ABD. RASHID ASHARI – Calon dari DUN Selat Klang. Beliau merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Kapar sekarang. Bertanding untuk mempertahankan jawatan dan membuat come back. Beliau seorang peguam dan mempunyai syarikat guamannya sendiri. Mantan Ahli Majlis MBSA.

 

HAJI MOHD. GHAZALI MOHD. AMIN – Calon dari DUN Sementa. Seorang Ketua Cawangan. Beliau merupakan Jawatankuasa UMNO Bahagian Kapar paling senior. Merupakan mantan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar dan calon ADUN Meru dalam PRU12 yang lalu. Sekarang bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

 

Jelas saingan dua penjuru ini pastinya menjadi lebih menarik. Dua calon yang punyai nama besar dan hebat di Bahagian Kapar. Mereka punyai kekuatan yang tersendiri. Namun segala-galanya terpulang kepada para perwakilan untuk menentukan siapa yang menjadi pilihan untuk menerajui kerusi nombor 3 di Bahagian Kapar itu, kerana saya tetap yakin, perwakilan bijak untuk menentukan di mana kedudukan mereka. Selamat Berjuang.

2 Responses to “SAINGAN NAIB BAHAGIAN MAKIN MENARIK”

  1. zelmey Says:

    Saya pilih Tn Hj Ghazali …🙂

  2. Khairul Saimun Says:

    Zelmey…gambar senyum yg ko bagi tu je aku dah agak, ko memang hardcore haji Ghazali…Hidup Zelmey…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: