FITNAH MELEMAHKAN UMNO

Semakin hampir musim pemilihan di UMNO Bahagian Kapar, saya perhatikan semakin rancak budaya fitnah ditabur dan ditujukan kepada individu. Tidak cukup berkempen dengan menyentuh peribadi, malah sentuhan itu disensasikan lagi dengan cerita-cerita fitnah yang tidak berasas, tanpa bukti sahih, tanpa saksi tetapi sekadar mendengar cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut. Inilah sikap sebahagian ahli UMNO khususnya di bahagian Kapar yang masih dangkal dan cetek politiknya, yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi, menyerang saingannya habis-habisan dengan fitnah kotor yang mengaibkan.

 

Jangan jadikan budaya fitnah ini sebagai satu senjata untuk menjatuhkan orang lain, kerana budaya ini sangat dilaknat oleh Allah SWT. Fitnah ibarat api yang sedang marak. Ia boleh mencemarkan peribadi, memalukan keluarga dan menaikkan emosi pengikut. Api seperti ini boleh meruntuhkan negara, melemahkan umat dan memalukan bangsa.

 

Sejarah bahana fitnah yang dicatatkan oleh dunia sangat banyak. Kejatuhan empayar Islam Uthmaniah, kejatuhan kerajaan Melayu Melaka dan sebagainya, semuanya gara-gara bahana fitnah dan adu domba. Fitnah mampu mewujudkan perpecahan lantas terbit bibit-bibit permusuhan dan akhirnya membawa kepada pergaduhan yang berpanjangan. Kesan akhirnya ia membawa kepada kehancuran. Kerana itu Allah SWT mengingatkan, agar kita tidak berpecah belah melalui firmannya yang bermaksud, “dan berpegang teguhlah sekalian kamu dengan tali Allah (agama islam) dan janganlah kamu berpecah belah”.

 

Fitnah yang berlaku sekarang berkisar di sekitar kuasa. Allah melarang kita berebut kuasa. Apabila larangan Allah kita langgari, akibat buruk akan terjadi. Dalam Islam kuasa bukan keistimewaan tetapi tanggung jawab. Mereka yang faham takut pegang kuasa. Ia akan merupakan penyesalan di akhirat kelak.

 

Saya merayu sikap ini mesti dihentikan segera, kerana kekuatan, kredibiliti dan kehebatan seorang pemimpin itu bukan dinilai dari petahnya ia berpidato dan mengarang fitnah, tetapi ia lebih dilihat dari sudut ciri-ciri kepimpinannya yang dianjurkan dalam Islam. Bagi pemimpin begini, kepimpinannya akan sentiasa diiringi dengan rahmat dan inayah Allah SWT hingga keakhirnya.

 

Untuk akhirnya, marilah kita kembali kepada norma dan tatasusila yang sebenar. Pertandingan digalakkan, kerana amalan demokrasi yang subur di Negara kita. Namun biarlah kita lalui pertandingan itu dengan rasa insaf dan tawaduk kepada Allah SWT untuk memikul amanah yang bakal ditanya dihari kemudian. Soal menang atau kalah, itu adat pertandingan. Bagi yang menang kita bersyukur kerana Allah izinkan kita memikul amanah itu sementara bagi yang kalah, kita juga bersyukur kerana Allah sedang memberi ruang kepada kita untuk bermuhasabah mencari kekuatan dan kelemahan diri, Insyaallah. Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: