WANG PENENTU KEPIMPINAN

Bahagian Kapar sudah memulakan persidangan cawangan-cawangan pada 19 dan 20 Julai yang lalu. Cawangan-cawangan DUN Sg. Pinang memulakan persidangan di Bahagian Kapar ini dan akan diikuti oleh DUN Sementa pada 26 dan 27 Julai akan datang.

 

Saya berkesempatan melapangkan masa menghadiri persidangan beberapa cawangan di DUN Sg. Pinang. Bagi saya persidangan tahun ini agak menarik kerana ia merupakan tahun pemilihan bagi semua peringkat, samada cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi.

 

Ada di beberapa cawangan saingan agak panas ketika pencalonan Ketua Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri. Namun paling menarik pencalonan jawatan yang dipertandingkan diperingkat bahagian. Yang hangat bukan calon bertanding atau cawangan, tetapi yang paling hangat dan sibuk ialah para PENCACAI dan APEK LEMPANG calon yang bertindak brudus, menerjah Ketua Cawangan atau Pemuda bersalam sambil menghulur….untuk mendapatkan pencalonan bosnya, kemudian bergegas pergi ketempat lain dengan rasa puas.

 

Gaya jalannya seolah-olah membayangkan kehebatan. Namun saya memerhatikan dengan rasa sedih dan simpati, kerana seorang anak muda yang tidak memahami erti keperitan untuk menubuhkan UMNO, sedang berlalu dengan egonya setelah Berjaya melemahkan dan bakal menghancurkan UMNO yang ditubuhkan sejak 62 tahun yang lalu. Inikah yang hendak kita katakana bahawa mereka ini pewaris yang bakal menentukan UMNO pada masa hadapan atau adakah mereka ini yang sedang memalu pasak UMNO sedikit demi sedikit hingga akhirnya menjadi genting dan tumbang. Pewaris apakah mereka ini sebenarnya, adakah pewaris kekuatan UMNO atau pewaris kejatuhan UMNO, dua perkara yang wakjib diberi perhatian, demi memastikan UMNO tidak terkubur tanpa nesan.

 

Bagi anak-anak muda yang sedang ghairah berjuang, tidak salah mengatur dan mencatur perjuangan kalian. Tidak kira samada kalian berjuang di barisan hadapan ataupun penyokong kepada pejuang, tetapi dalam perjuangan tersebut, jangan kalian perlekehkan dengan tindakan-tindakan yang boleh melemah dan menghancurkan parti. Jangan keterlaluan dalam perjuangan itu, kerana natijahnya nanti sangat memedihkan. Semangat juang kalian mesti dimanfaatkan sepenuhnya untuk kekuatan parti dan kalian mesti yakin, bahawa hulubalang yang sedang kalian bawa itu memang hulubalang terhandal dan terbaik kerana wawasan dan kredibilitinya, bukan kerana hulubalang lemah yang menjana kekuatan dengan nilai harta dan kekayaannya. Wassalam dan Salam Perjuangan.

One Response to “WANG PENENTU KEPIMPINAN”

  1. siti azrah razali Says:

    Assalamualaiikum………..

    Terima kasih diatas kesudian Tuan yang mulia dalam melawati blog saya dan ditambah dengan kemurahan hati tuan memberi panduan dalam saya mengharungi badai Bahagian Kapar. Secara jujur dan ikhlas telah saya 70% cuba menemui puteri puteri lain dan menjadi lumrah sebagai manusia ada yang mengucapkan selamat datang dan ada yang didepan berwatakan puteri sri tetapi cemuh dibelakang. Usaha memang saya cuba tingkatkan tetapi jika segala-gala cara malah menurut kaedah yang diusulkan oleh Tuan yang mulia juga akan dan sedang saya lakukan dibuat tetapi hasilnya tidak menyebelahi saya-apakan daya saya hanya melihat kapal belayar berlalu pergi tanpa saya sebagai penumpang nya. Sepertimana Yang Mulia Tuan katakan: Blog merupakan satu media teknoloji baru dimana kita boleh sampaikan apa yang hendak kita katakan berbanding akhbar yang amat terbatas tetapi jika Puteri-puteri Bahagian Kapar sendiri tidak mengambil inisiatif untuk melayari atau belajar melayari sampai bila pun mereka tidak akan ketahui perubahan-perubahannya malah adalah lebih seronok itupun tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa budaya yang ada kini lebih menjerumus kepada “kata-kata” yang dibawa dari satu bibir ke satu bibir tanpa usul periksa malah kepercayaan ini lebih dipercayai dari membaca sendiri.

    Sekali saya ingin mengucapkan terima kasih diatas kesudian Tuan yang mulia dalam memberi panduan kepada saya secara ikhlas. Saya amat hargai.

    Terima kasih sekali lagi semoga dirahmati Allah s.w.t dengan keikhlasan tuan. Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: