PERSAHABATAN, SETIA KAWAN DAN KEPENTINGAN PERIBADI…

Ketika pemilihan beginilah masa terbaik untuk kita menilai sejauhmana erti PERSAHABATAN, SETIA KAWAN dan KEPENTINGAN PERIBADI mendahului segala-galanya.

 

Ada rakan yang ketawa dan tersenyum kerana dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang mempunyai semangat setia kawan yang tinggi samada dalam situasi senang atau susah, terutamanya ketika mengatur strategi untuk mengharungi pertandingan yang bakal dilalui.

 

Ada juga rakan yang menangis, kerana terkejut dan terkilan dengan sikap sahabat yang tidak mempunyai semangat setia kawan dan lebih mementingkan peribadi…walaupun sebelum ini sudah terlalu banyak yang dibantu rakan tersebut.

 

Saya ditanya, apakah pandangan saudara tentang perkara itu. Saya menjawab dengan mudah, “anggaplah itu satu proses pembelajaran yang tidak mungkin boleh diperolehi dari mana-mana institusi pengajian”.

 

Untuk menilai persahabatan dan setia kawan, perlu menunggu masa kita dalam kesusahan dan kesempitan. Waktu itu baru kita dapat melihat dimanakah erti persahabatan dan setiakawan yang dijana dengan rasa ikhlas dan kejujuran. Siapa kawan dan sahabat sebenar kita. Secara peribadi saya melihat antara KAWAN dan SAHABAT itu dua perkara yang berbeza. Kawan lebih banyak bersama kita apabila kita dalam situasi yang menyenangkan dan hanya mampu memberi kesenangan kepada orang lain. Sahabat pula adalah rakan dan teman yang akan sentiasa bersama kita samada kita dalam keadaan senang ataupun susah.

 

Sehubungan itu, untuk pemerhatian rakan-rakan, perhatikanlah bersempena dengan pemilihan UMNO pada tahun ini, siapa yang kalian fikir mereka itu sebenarnya KAWAN atau SAHABAT….Wassalam.

3 Responses to “PERSAHABATAN, SETIA KAWAN DAN KEPENTINGAN PERIBADI…”

  1. siti azrah razali Says:

    Assalamualaiikum………..

    Terima kasih diatas kesudian Tuan yang mulia dalam melawati blog saya dan ditambah dengan kemurahan hati tuan memberi panduan dalam saya mengharungi badai Bahagian Kapar. Secara jujur dan ikhlas telah saya 70% peratus cuba menemui puteri puteri lain dan menjadi lumrah sebagai manusia ada yang mengucapkan selamat datang dan ada yang didepan berwatakan puteri sri tetapi cemuh dibelakang. Usaha memang saya cuba tingkatkan tetapi jika segala-gala cara malah menurut kaedah yang diusulkan oleh Tuan yang mulia juga akan dan sedang saya lakukan dibuat tetapi hasilnya tidak menyebelahi saya-apakan daya saya hanya melihat kapal belayar berlalu pergi tanpa saya sebagai penumpang nya. Sepertimana Yang Mulia Tuan katakan: Blog merupakan satu media teknoloji baru dimana kita boleh sampaikan apa yang hendak kita katakan berbanding akhbar yang amat terbatas tetapi jika Puteri-puteri Bahagian Kapar sendiri tidak mengambil inisiatif untuk melayari atau belajar melayari sampai bila pun mereka tidak akan ketahui perubahan-perubahannya malah adalah lebih seronok itupun tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa budaya yang ada kini lebih menjerumus kepada “kata-kata” yang dibawa dari satu bibir ke satu bibir tanpa usul periksa malah kepercayaan ini lebih dipercayai dari membaca sendiri.

    Sekali saya ingin mengucapkan terima kasih diatas kesudian Tuan yang mulia dalam memberi panduan kepada saya secara ikhlas. Saya amat hargai.

    Terima kasih sekali lagi semoga dirahmati Allah s.w.t dengan keikhlasan tuan. Wassalam

  2. siti azrah razali Says:

    Assalamualaiikum………..

    Terima kasih diatas kesudian Tuan yang mulia dalam melawati blog saya dan ditambah dengan kemurahan hati tuan memberi panduan dalam saya mengharungi badai Bahagian Kapar. Secara jujur dan ikhlas telah saya 70% cuba menemui puteri puteri lain dan menjadi lumrah sebagai manusia ada yang mengucapkan selamat datang dan ada yang didepan berwatakan puteri sri tetapi cemuh dibelakang. Usaha memang saya cuba tingkatkan tetapi jika segala-gala cara malah menurut kaedah yang diusulkan oleh Tuan yang mulia juga akan dan sedang saya lakukan dibuat tetapi hasilnya tidak menyebelahi saya-apakan daya saya hanya melihat kapal belayar berlalu pergi tanpa saya sebagai penumpang nya. Sepertimana Yang Mulia Tuan katakan: Blog merupakan satu media teknoloji baru dimana kita boleh sampaikan apa yang hendak kita katakan berbanding akhbar yang amat terbatas tetapi jika Puteri-puteri Bahagian Kapar sendiri tidak mengambil inisiatif untuk melayari atau belajar melayari sampai bila pun mereka tidak akan ketahui perubahan-perubahannya malah adalah lebih seronok itupun tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa budaya yang ada kini lebih menjerumus kepada “kata-kata” yang dibawa dari satu bibir ke satu bibir tanpa usul periksa malah kepercayaan ini lebih dipercayai dari membaca sendiri.

    Sekali saya ingin mengucapkan terima kasih diatas kesudian Tuan yang mulia dalam memberi panduan kepada saya secara ikhlas. Saya amat hargai.

    Terima kasih sekali lagi semoga dirahmati Allah s.w.t dengan keikhlasan tuan. Wassalam

  3. Nashrin Nahar Says:

    bla3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: