JANGAN SENTUH PERIBADI…

Dalam keghairahan calon-calon menawarkan diri untuk bertanding di peringkat UMNO Bahagian Kapar, masing-masing rancak mengatur kempen dan mengadakan pertemuan dengan cawangan-cawangan. Ada juga yang anjurkan forum untuk memperkasakan UMNO.

 

Namun yang menjadi cacatnya, ada calon yang berkempen dengan menyentuh peribadi orang lain. Jangan begitu, jangan sentuh peribadi orang lain. Sepatah kita bercakap memburukkan orang lain, tak mustahil nanti berbakul-bakul orang lain bercakap memburukkan kita.

 

Berkempenlah cara gentlemen, lalui pertandingan ini dengan saingan yang sihat dan tamatkan pertandingan ini nanti dengan rasa kepuasan dan keseronokan, bukan rasa dendan dan kemarahan yang tak berpenghujung.

 

Kepada semua calon-calon, amalkanlah kempen yang sihat dan berhemah, kerana itu lebih menjadi penilaian perwakilan. Elakkan menabur dan menyemai sentimen benci dalam hati kita, kerana ia menjadi parasit dan virus yang mampu melemahkan UMNO. Teruskan perjuangan, kerana perjuangan itu satu jihad yang tak berpenghujung.

3 Responses to “JANGAN SENTUH PERIBADI…”

  1. zelmey Says:

    Salam..

    Sesungguhnya perwakilan bijak menilai pekerti calon.

  2. sesumpah Says:

    kalau calon tu ada agenda tersendiri salah ke kita beritahu orang apa yang berlaku…tak salah kan….melainkan satu iaitu fitnah DAN MENGADAKAN ADAKAN CERITA….kalau takat kempen guna gelaran baik2 tapi hakikatnya dibaliknya salah ke kita menceritAkan perkara yang benar walaupun pahit untuk di telan….BRO…

    LU PK LA SENDIRI BRO

  3. nazzcaveman Says:

    Salam,

    Saya setuju dengan Sdr. Khairul. Seeloknya, sembahkan kepada perwakilan tentang apa yang mahu dibuat jika menang. Siapa yang lebih rasional akan menang manakala yang emosional akan terlentang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: