SAINGAN NAIB BAHAGIAN SENGIT

Semuanya sedang hangat dan panas. Semakin hampir dengan persidangan cawangan-cawangan, bahang pemilihan peringkat UMNO Bahagian Kapar juga semakin terasa. Kalau sebelum ini saya cuba membawa saudara sekalian menganalisis secara ringkas calon-calon Ketua Pemuda,  saya kira saingan bagi jawatan NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN KAPAR juga wajar kita ambil perhatian. Jawatan nombor 3 dalam UMNO Bahagian Kapar ini diberitakan paling menarik.

 

Peringkat awalnya, yang saya dengar ia bakal ditandingi oleh 3 orang, namun khabar terbaru yang diterima sudah ada 4 nama yang disebut-sebut bakal bersaing dalam jawatan ini. Calon-calon tersebut bukanlah calang-calang orangnya, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri. Secara ringkas inilah calon tersebut :

 

YBHG. DATO’ ABD. RASHID ASHARI – Calon dari DUN Selat Klang. Beliau merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Kapar. Disebut-sebut bakal mempertahankan jawatan dan membuat come back. Beliau seorang peguam dan mempunyai syarikat guamannya sendiri. Mantan Ahli Majlis MBSA.

 

HAJI MOHD. GHAZALI MOHD. AMIN – Calon dari DUN Sementa. Seorang Ketua Cawangan. Beliau merupakan Jawatankuasa UMNO Bahagian Kapar paling senior. Merupakan mantan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar dan calon ADUN Meru dalam PRU12 yang lalu. Sekarang bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

 

KHAIRIL ANUAR HAJI RUSMAN – Calon dari DUN Meru. Seorang Ketua Pemuda Cawangan. Beliau merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar dan mantan Ahli Majlis MPK. Seorang usahawan muda dan seorang yang low profile.

HAJI SUKAIMAN BIN AHMAD – Calun dari DUN Meru. Bertanding setelah mendapat endorsement dari AJK Bahagian DUN Meru. Seorang Ketua Cawangan. Beliau merupakan Jawatankuasa UMNO Bahagian Kapar. Timbalan Pengarah PRU12 yang lalu bagi DUN Meru.

 

Secara peribadi saya mengenali semua calon-calon ini. Saya kategorikan mereka ini sebagai calon HEAVYWEIGHT di Bahagian Kapar. Bagi saya mereka memang layak untuk menawarkan diri bagi jawatan tersebut. Wibawa dan kredibiliti yang mereka miliki menjadikan kesemua calon ini pasti mampu memberikan saingan yang menggegarkan. Calon-calon memang sangat dikenali di UMNO Bahagian Kapar. Masing-masing telah dan pernah menyumbang berbagai bakti dan jasa kepada UMNO Bahagian.

 

Kini terpulanglah kepada cawangan dan perwakilan sekalian. Antara calon-calon ini, siapakah yang menjadi pilihan para perwakilan di UMNO Bahagian Kapar. Dalam bab ini, saya serahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan cawangan dan perwakilan untuk menentukan jawatan nombor 3 ini, siapa yang lebih layak, samada Dato’ Rashid, Haji Ghazali, Khairil Anuar atau Haji Sukaiman. Saya selalu sebut, perwakilan Kapar sudah bijak dan matang untuk menentukan siapa yang mampu untuk menyumbang sesuatu yang terbaik bagi mengembalikan semula maruah dan martabat UMNO dan Barisan Nasional di Parlimen Kapar ini. Inilah yang menjadi teras kepada perjuangan kita kali ini.

 

Disamping demi UMNO, sejauhmana juga kesediaan calon-calon ini memastikan maruah Agama dan Ketuanan Melayu mampu untuk dipertahankan. Apapun Tepuk Dada, Tanya Selera. Baik buruk calon yang bakal dipilih, bakal ditentukan oleh para perwakilan di UMNO Bahagian Kapar. Kepada semua cawangan, Selamat Bersidang dan semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua untuk memilih pemimpin yang ikhlas dan bertanggungjawab serta mampu menentukan halatuju UMNO Bahagian Kapar. Salam Perjuangan dan Wassalam.

11 Responses to “SAINGAN NAIB BAHAGIAN SENGIT”

  1. zelmey Says:

    Salam,

    Bagi saya, kedua-dua calon mempunyai kelebihan masing-masing. Dan kedua-dua calon layak untuk bertanding..

    Tetapi, jika diukur dari sudut pengalaman berpolitik, kredibiliti dan kelayakan, saya pilih Hj Ghazali.

    Kerana saya yakin beliau mampu menyumbang banyak perkara kepada UMNO bahagian Kapar, tambahan lagi beliau merupakan pegawai khas kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Di mana kementerian ini mempunyai pelbagai sumber untuk kemajuan di kampung-kampung.

    Justeru itu, saya mengajak para perwakilan UMNO Bahagian Kapar memberi undi kepada Hj Ghazali.

  2. Nizam Says:

    Bagi saya kesemuanya mempunyai pengalaman dan kelebihan masing-masing. Justeru itu haruslah bijak memilih dalam erti kata lain mereka inilah yang bakal menjadi penggerak kepada pembangunan dan juga pemodenan serta urbanisasi di kawasan masing-masing.

    Jika sekiranya saya di beri peluang untuk memilih saya akan memilih sdr Khairil Anuar Haji Rusman kerana beliau adalah calon yang low profile dan juga golongan muda yang bergerak aktif dan juga pada masa ini kita lihat kepimpinan golongan muda. Mereka yang telah meningkat usia bukan lagi pilihan. Namun atas kepentingan tertentu mereka ini(golongan veteran) masih lagi mau mencuba nasib. Berilah lalaun kepada Khairil Anuar untuk kehadapan kerana beliau telah mengatakan bahawa beliau sedia untuk berkorban, kena korban dan di korban. kenyataan itu adalah sangat dalam maknanya. Tapi bila mereka tidak memahaminya sudah tentu menganggap tidak ada apa-apa.
    fikir-fikirkan lah.

    anakjati meru

  3. sesumpah Says:

    BARISAN MANTAP
    PIMPINAN UMNO BAHAGIAN KAPAR
    YANG AKAN MEMBAWA PERUBAHAN

    “SUARA BARU”

    KETUA BAHAGIAN –
    YB.DATO’ ABD.RAHMAN PALIL

    TIMBALAN KETUA BAHAGIAN-
    TUAN HAJI FAIZAL ABDULLAH

    NAIB KETUA BAHAGIAN-
    TUAN HAJI MD GHAZALI MD AMIN

    KETUA PERGERAKAN WANITA
    PUAN NORLIZA AHMAD

    KETUA PERGERAKAN PEMUDA
    TUAN HAJI MOHD ROSLEE ABD.HAMID

    KETUA PERGERAKAN PUTERI
    PUAN SITI ASNITA SHAFIE

    BERILAH SOKONGAN PADU ANDA KEPADA MEREKA NESCAYA ANDA TIDAK AKAN KECEWA DAN DI KECEWAKAN..INSYA’ ALLAH

  4. sesumpah Says:

    khairil anuar tu elok la bertanding ajk bhg je la…awak tu masih muda…penangan mohd shah sanad masa bertanding naib ketua pemuda lepas masih berparut lagi….. x yah la berangan nak jadi calon naib ketua bhg…masa di pemuda DIBERI PELUANG jadi naib pun x menyumbang ape2 ada hati nak ke peringkat bhg…bertanding ajk bhg pun belum tentu lepas….kalau betul nak bertanding jadi la calon KETUA BAHAGIAN baru betul rela berkorban, di korban dan bla,bla,bla..jangn jadi “JEJAKA PERASAN” DAH LE
    sekadar ingatan daripada seorang teman tapi mesra…hehehe

    P/S UNTUK NIZAM …APE LU INGAT LU SORANG JE ANAK JATI MERU…LU PIKIR LA SENDIRI

  5. zelmey Says:

    salam saudara..

    saya telah addkan blog link saudara pada blog saya agar blog kita sama2 dilayari.

    sila buka blog saya

    harap maklum

  6. siti wan kembang Says:

    asalamualaikum wrt saya rasa sesusumpah ni baru kenal politik jadi dia agak tersentak bila dia mula dengar siapa yang menawarkan diri jadi sesumpah pun tulis cai kerana semua tu member dia sudah pasti dia tidak akan di kecewakan tu dia kita entah lah. kalau leh bagi jaminan nescaya aku ikut sesumpah. sesumpah koleh cerita kat aku tak dari ketua putri sampai ketua bahagian kenapa aku harus pilih orang yang kau sebut tu.

  7. SESUMPAH Says:

    KITA HANYA MERANCANG ALLAH JUA YG MENENTUKAN….S.W.K KAN ORANG LAMA DALAM POLITIK JADI “LU PIKIR LA SENDIRI” SAPE LA SAYA NAK MEMPENGARUHI S.W.K YG TERLEBIH MAKAN GARAM DARI SAYA(SAMPAI KENE DARAH TINGGI)CIAN NYA…TAKKAN LA S.W.K TAK KENAL MEREKA SEMUA (SUDAH TAU BERTANYA PULA)

    TAKBIRRRR

  8. tengok jer Says:

    hai sesumpah memang hebat dia dah tahu lebih dulu dia pun dah rancang dulu tapi dia rancang bukan semua betul pun dia ikut ikut jer.

  9. Orang Sementa Says:

    Semua muka2 lama je… tak de muka2 baru ke yang bley membawa perubahan terhadap bangsa melayu di Kapar. Yang nampak sekarang nie hanya usahawan india yang semakin memperluaskan empayar perniagaan mereka. Mana usahwan melayu yang telah dilahirkan oleh muka2 lama nie. Bagi lah chance orang muda lain, jangan dok dump diorang nie…..

  10. zaimir Says:

    berilah peluang kepada muka baru yang lama jadilah pemudah cara terutama di ajk bhgn & wanita bhgn kapar wslm org yg dahlama tinggal di meru dan mengundi 4kali utuk dunmeru wlu bkn anak jati meru,sgor,DIMANABUMI DIPIJAKDISITULANGIT DIJUNJUNG

  11. juragan rantau Says:

    SY NK BGTAU SAUDARA SUME
    SUME NK MUKA BARU,NK BG MUKA BARU,KNP MUKA LAME XBLEH NK KEJE DLM POLITIK KE?????
    KLU X BLEH MMG HARUS DIBUANG JAUH2..TP MCM NE PULAK DGN ORG LAME YG BLEH BEKERJA..JGN DIKETEPIKAN..
    KLU MUKA BARU PUN HARAP MUKA JE LEBEH WT KEJE TP PD HAKIKATNYER HAMPEHHH….YG MCM TU MCMNE PLAK…XKAN NK NK DIAMBIL JGK..MULA2 JE RAJIN…LM2 MENYUSAHKAN ADELAH..BERLAGAK PANDAI
    BARU SETAHUN JGUNG DLM POLITIK DH MCM PULOHAN THUN MEMIMPIN…TP X SUME MCM TU…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: