Archive for July, 2008

APA LAGI HELAH ANWAR

July 31, 2008
Bertaubatlah Anwar...

Bertaubatlah Anwar...

Hari ini pandangan Anwar Ibrahim semakin kabur. Beliau seakan-akan mahu pitam. Perancangan konspirasinya bersama doktor biasa, Dr. Muhammad Osman Abdul Hamid yang bertugas di Hospital Pusrawi tidak menjadi. Kenyataan Pengarah Perubatan Hospital Pusrawi, Dr. Kamaruddin Ahmad seolah-olah menampar mukanya yang sudah semakin tua tetapi bernafsu besar.

 

Kenyataan dari Pengarah Hospital Pusrawi (31 Julai 2008),“Tidak ada pemeriksaan dilakukan selanjutnya berkaitan dengan aduan sodomi (ke atas Mohd. Saiful),” tegasnya.

 

So….APA LAGI HELAH ANWAR untuk melepaskan dirinya. Siapa lagi yang hendak diupahnya untuk menyediakan laporan-laporan palsu dan menyebarkannya melalui internet, bagi dijadikan modal murahan ceramahnya. Berapa ramai lagi penyokongnya yang bersedia hidup tapi tak bersedia mati bersamanya. Berapa ramai lagi penyokongnya yang sudah semakin besar kemaluan mereka dengan gelagat dan tipu helah Anwar Ibrahim yang semakin sudah terbongkar sedikit demi sedikit.

 

Sekadar peringatan kepada Anwar Ibrahim, jangan terlalu banyak merancang konspirasi baru. Jangan terlalu banyak bercakap dan jangan terlalu banyak mengupah orang. Anwar Ibrahim boleh perdaya dan tipu penyokongnya, rakyat Malaysia dan warga dunia, tapi Anwar Ibrahim tidak boleh memperdaya dan menipu Allah SWT. Buatlah apa sahaja helahmu, Allah sedang tunjuk perlahan-lahan dosa yang telah Anwar lakukan.

 

Kalaupun Anwar tidak mengasihi dirinya, tetapi kasihanilah Isteri dan anak-anak mu. Kasihan dengan isterimu yang raut wajahnya jauh lebih tua dari Anwar, kerana terlalu banyak memikir karenah dan tingkah laku suami yang tidak pernah mahu bertaubat. Percayalah Wan Azizah pasti tahu dan faham karenah sebenar Anwar, kerana mereka hidup bersama dalam tempoh yang sangat lama. Hargailah isterimu yang banyak menangis dalam hati dan terpaksa berbohong kerana menjaga maruah suami dan anak-anak. Apapun bagi saya Anwar tetap beruntung kerana dikurniakan isteri se setia Datin Seri Wan Azizah, cuma saya kasihan dengan Wan Azizah, yang dikurniakan suami seperti Anwar Ibrahim.

 

Bagi saya, Anwar jangan lagi menabur tipu daya, banyakkan beristighfar, bermunajat dan bertaubat kepada Allah SWT, moga dosa-dosa silam, dosa kini dan dosa yang tidak disedarinya mendapat keampunan dari Allah SWT. Jangan lagi berada di atas awang-awangan, merasa kehebatan diri, kerana Allah SWT benci manusia begitu. Jangan ditentang ketentuan Allah SWT, kerana kita hanya insan yang sangat kerdil disisiNya. Sesungguhnya Allah maha pengampun, maha pengasih dan maha penyayang…BERTAUBATLAH ANWAR IBRAHIM.

Advertisements

SEGERAKAN MUZAKARAH

July 30, 2008
...Sedia Gempur....Takbirrrrrrrrrrrrrrrrr

...Sedia Gempur....Takbirrrrrrrrrrrrrrrrr

Jangan terlalu bermain politik. Islam dan Melayu semakin terhimpit. Persetankan suara-suara luar dari kafir harbi yang sengaja untuk melewat dan mengganggu niat suci Islam/Melayu untuk bersatu. Jangan difikir sangat, siapa perlu masuk siapa. Bila nak bubar dan tubuh satu parti sahaja. Itu bukan persoalan pokoknya. Tinggalkan dulu agenda itu, ia mungkin terkandung dalam agenda ke sepuluh. Yang paling penting kata sepakat mesti dicapai dulu untuk menjalin kerjasama membela nasib Islam dan Melayu yang semakin dihakis dalam angan dan sedar.

 

Mereka yang berada di luar Islam dan Melayu sedang berusaha menggagalkan usaha muzakarah itu, dalam diam mereka juga sedang menghakis dan mengganggu kepentingan Islam dan Melayu. Mereka sudah mula berani protes kerana azan Subuh yang kuat mengganggu ketenteraman. Mereka sedang memikir untuk meluaskan kawasan bagi membina rumah ibadat. Mereka sudah mengumumkan dengan bangganya projek najis mughallazah di kawasan perkampungan Melayu.

 

Jadi…apa lagi yang hendak kita tunggu. Mereka sentiasa mengintai peluang untuk menghakis dan memijak-mijak kontrak sosial yang mereka anggap sebagai musuh utama. Manusia apakah mereka ini…jawapannya mudah, inilah antara strategi kafir untuk melemahkan Islam dan Melayu.

 

Hari ini baru mereka buka mata. Mereka sudah mula terasa bahang kebangkitan Islam dan Melayu. Sudah banyak kali mereka diingatkan, jangan usik sarang tebuan, jangan jolok sarang tebuan…Islam dan Melayu ni kan bangsa sopan, tapi jangan sampai cuba dipijak, kerana sekali ia bangkit, ia lebih menggerunkan dari tsunami.

 

Sudah, lupakan segera kepentingan-kepentingan lain. Anak cucu sedang bersemangat menantikan natijah kebangkitan pemimpin-pemimpin Islam dan Melayu, kerana mereka ini juga sudah tidak sabar untuk mewarisi semangat dan nilai perjuangan ini. Percayalah, mereka yang bakal mengambil alih kepimpinan ini nanti, pastinya punya semangat yang lebih jitu dan mantap untuk memepertahankan kesucian Agama dan kedaulatan bangsa Melayu.

 

 

PERINGATAN UNTUK MELAYU

July 30, 2008
Berjuang demi Agama, Bangsa dan negara...

Berjuang demi Agama, Bangsa dan negara...

Sebagai manusia kita mesti sentiasa bersyukur akan nikmat yang Allah SWT berikan. Kemuliaan Allah telah kurniakan kepada kita khususnya bangsa Melayu untuk menjadi pemerintah dan pentadbir di bumi Malaysia ini. Nikmat kemuliaan yang Allah SWT berikan ini wajib untuk kita jaga dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan seluruh rakyat melalui pendekatan Hablum Minallah wa hablum Minannas. Dua pendekatan yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim sejati.

 

Jangan kita lupa dan menjauhkan Allah SWT dari bentuk kehidupan kita seharian, kerana sikap itu menjadikan Allah SWT murka lalu menarik semula kemuliaan yang telah dianugerahkan kepada kita. Jika itu berlaku, maka akan hina dan binasalah, bukan sahaja kita tetapi bangsa Melayu keseluruhannya di bumi Malaysia ini.

 

Sejarah telah membuktikan, Allah SWT sangat memuliakan bangsa Arab, dengan member pengiktirafan kepada Nabi Muhammad SAW seorang berbangsa Arab, menunggang Buraq sehingga ke Sidratul Muntaha dalam peristiwa Isra’ Mikraj. Namun kemuliaan yang Allah SWT berikan pada bangsa Arab ini, gagal disyukuri sepenuhnya, malah mereka agak jauh Hablum Minallah nya, menjauhkan hubungan sesame Islam, berpecah belah, fitnah, dengki mendengki hingga akhirnya Allah SWT menghancurkan mereka dengan sehina-hinanya sebagaimana yang dilakukannya di Iraq. Islam ditelanjangkan, pemimpinnya (Saddam Hussin) digantung pada pagi Hari Raya Korban di bumi negaranya sendiri. Rakyatnya sekadar marah dan protes, namun tidak mampu berbuat apa-apa dengan penghinaan yang mereka terima.

 

Melayu jangan jadi begitu. Kemuliaan dan rahmat yang Allah SWT berikan mesti disyukuri selalu. Muhasabah dan bermuzakarah perlu disemarakkan, untuk kepentingan Islam dan Melayu. Ini bukan masanya fitnah menfitnah dan mengsyakki antara satu sama lain. Lapangkan dada, ikhlaskan hati dan kita bertafakur sejenak demi kepentingan Islam dan Melayu yang telah Allah SWT kurniakan kemuliaan di bumi Malaysia. Marilah kita berusaha dan bermunajat kepada Allah SWT, agar kemuliaan itu Allah tidak tarik semula sehingga kita nanti hidup dalam serba kehinaan di bumi sendiri. Sedarlah saudara Islamku dan Bangsa Melayu ku, kita merti bertindak sekarang, sebelum segala-galanya terlambat. Wassalam.

PERGERAKAN WANITA TENANG…

July 30, 2008

Kepimpinannya masih diperlukan...

Kepimpinannya masih diperlukan...

 

Dalam kehangatan dan keghairahan calon-calon yang akan bertanding dalam pemilihan UMNO Bahagian Kapar pada bulan oktober nanti, saya perhatikan situasi paling tenang tetap milik Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kapar.

 

Situasinya berbeza, berbanding Pergerakan Pemuda dan Puteri. Wanita senyap…mesyuarat berjalan seperti biasa, lobi melobi kurang kedengaran. Secara kesimpulannya saya dapat katakana hebatnya Ketua Wanitanya yang berjaya mengawal situasi dan keghairahan ahli-ahlinya.

 

Dengarnya juga, jawatan Ketua Wanita, selesa. Puan Norliza tidak dicabar. Aura kepimpinannya masih diperlukan oleh wanita UMNO Kapar. Mantan ADUN Selat Klang ini, memang telah berjaya membuktikan betapa dedikasinya beliau memimpin wanita selama ini. Syabas wanita, kalianlah sumber tenaga paling penting yang menggerakkan UMNO dan Barisan Nasional dalam setiap pilihanraya. Kerja-kerja kalian memang diakui dan sukar untuk dilaksanakan oleh orang lain. Teruskan perjuangan kalian, kerana perjuangan itu pastinya tidak akan selesai. Wassalam.

 

SAYA MENAWARKAN DIRI

July 28, 2008
"Saya ingin menyumbang untuk UMNO Kapar..."
“Saya ingin menyumbang untuk UMNO Kapar…”

Melalui blog ini, saya KHAIRUL ANUAR SAIMUN – Ketua cawangan Sri Putri2 – DUN Meru maklumkan kepada seluruh rakan dan perwakilan UMNO Bahagian Kapar bahawa saya menawarkan diri sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kapar pada pemilihan kali ini.

 

Saya ingin tawarkan khidmat dan menyumbang secara langsung untuk bersama-sama kepimpinan UMNO Bahagian Kapar ke arah memperkasa dan memantapkan UMNO. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada cawangan-cawangan yang telah memberii pencalonan dan berharap ianya akan berterusan.

 

Walaubagaimanapun hasrat ini saya sandarkan sepenuhnya kepada seluruh perwakilan untuk menilai dan menentukan samada saya punyai kelayakan untuk merealisasikan hasrat tersebut. Saya sentiasa akur dan percaya bahawa perwakilan pastinya bijak untuk menilai demi kepentingan dan survival UMNO.

 

Sekian terima kasih.

 

Salam Perjuangan.

 

UMNO, dulu…kini dan selamanya….

HJ. GHAZALI CALON NAIB KETUA BAHAGIAN

July 25, 2008
Hj. Ghazali...Saya akan terus berkhidmat....
Hj. Ghazali…Saya akan terus berkhidmat….

“Beri peluang saya menyumbang dan meneruskan khidmat yang tidak kesampaian”, itulah hasrat Haji Ghazali Mohd. Amin, calon Naib Ketua UMNO Bahagian Kapar. Beliau bakal berhadapan dengan penyandang jawatan tersebut Dato’ Abdul Rasyid Ashari.

 

Haji Ghazali juga satu nama yang sangat sinonim dengan ahli-ahli UMNO di Bahagian Kapar. Satu-satunya jawatankuasa bahagian paling senior. Beliau juga bekas Ketua Pemuda UMNO Kapar. Dalam PRU12 yang lalu, beliau telah dipilih sebagai calon BN di DUN Meru, menggantikan Dato’ Jaei, namun dalam PRU12 tersebut, beliau tewas kepada calon PAS.

 

Kekalahan beliau kepada calon PAS, ada rahmat rupanya. Rezeki murah beliau ditambah, dengan dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib. Hari-hari beliau sebagai Pegawai Khas Menteri memberi ruang kepada beliau untuk mendampingi rakyat berbagai kaum dengan lebih dekat dan memahami permasalahan yang mereka alami, khususnya orang Melayu.

 

Kegagalan beliau dalam PRU12 tidak pernah melemahkan semangatnya untuk terus menabur bakti dan sumbangan kepada seluruh warga UMNO khususnya di Bahagian Kapar. Kerana itulah beliau menawarkan diri sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Kapar. Selain untuk menyambung khidmat yang tidak kesampaian, beliau ingin memastikan UMNO kembali bangkit sebagai parti dominan pejuang kepentingan Islam dan Melayu.

 

Bagi saya, Haji Ghazali punya semangat juang dan ketabahan yang sangat kental dan mantap. Beliau individu yang tidak pernah kecewa dan putus asa walaupun pernah melalui ranjau politik yang berliku. Ketabahan dan kesabarannya membawa rahmat yang mungkin tidak beliau impikan hari ini. Saya pernah katakan pada seorang rakan, “tak sangka hanya tinggal di kampung, tapi rakan dan kenalannya pemimpin-pemimpin besar di peringkat nasional”.

 

Saya percaya, semangat juang yang dimiliki oleh Haji Ghazali pasti jadi pengukur kepada seluruh perwakilan untuk menentukan kedudukan beliau sebagai NAIB  KETUA UMNO BAHAGIAN KAPAR dan seterusnya mampu memikul amanah tersebut bersama gandingan mantap Dato’ Rahman, Haji Faizal dan Haji Ghazali. Inilah suara baru pimpinan UMNO BAHAGIAN KAPAR. Namun, segala-galanya saya serahkan kepada para perwakilan kapar yang bijaksana. Salam perjuangan. Wassalam.

FAIZAL TAWAR DIRI TIMBALAN KETUA BAHAGIAN

July 25, 2008
Faizal Abdullah...komited, tegas,berani...

Faizal Abdullah...komited, tegas,berani...

Tuan Haji Faizal Abdullah, bukan nama asing dalam UMNO Bahagian Kapar dan negeri Selangor. Beliau merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor.

 

Keputusannya mengosongkan kerusi Ketua Pemuda Kapar pada kali ini memeranjatkan pemuda, namun hasratnya direstui akhirnya apabila beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kapar dan mendapat sokongan padu dari Pergerakan Pemuda di Bahagian Kapar serta mendapat restu dari cawangan-cawangan UMNO.

 

Saya melihat perkara ini dari sudut positif dan saya yakin Sdr. Faizal sedang merealisasikan hasrat YAB Perdana Menteri untuk membuat reform dalam UMNO. Bagi saya juga tenaga muda yang inovatif dan komited seperti Sdr. Faizal sangat diperlukan oleh UMNO sekarang dalam usaha untuk mengembalikan semula kekuatan UMNO disamping satu usaha untuk menarik golongan muda kembali menyertai, menyokong dan mendokong UMNO sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Agama dan bangsa Melayu.

 

Saya juga yakin, penawaran diri Sdr. Faizal sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kapar bukan untuk menidakkan kredebiliti dan kehebatan Dato’ Jaei sebagai penyandang jawatan itu sekarang, tetapi ia lebih kepada hasratnya untuk memberikan khidmat yang menyeluruh dan spesifik kepada setiap DUN di Parlimen Kapar, sebagaimana yang pernah dilakukannya sepanjang beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kapar.

 

Saya yakin, pastinya track record Sdr. Faizal yang cemerlang sepanjang khidmatnya sebagai Ketua Pemuda Kapar wajar dijadikan kayu pengukur dan pertimbangan para perwakilan sekalian untuk menilai sejauh mana kemampuan beliau bagi memikul tanggungjawab sebagai TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN KAPAR. Segala-galanya saya serahkan kepada para perwakilan kapar yang bijaksana. Salam perjuangan. Wassalam.

DATO’ RAHMAN MASIH DIPERLUKAN

July 25, 2008
Menang tanpa bertanding di DUN Sementa

Menang tanpa bertanding di DUN Sementa

Kepimpinan Dato’  Abdul Rahman Palil masih diperlukan sebagai Ketua UMNO Bahagian Kapar, itu luahan hati sebahagian besar Ketua-ketua Cawangan UMNO di Bahagian Kapar, bagi memikul tanggungjawab untuk mengembalikan semula aura dan kekuatan UMNO dan seterusnya mengepalai jentera Barisan Nasional untuk merampas semula kerusi-kerusi pilihanraya di Parlimen Kapar dari genggaman Pakatan Rakyat.

 

Bagi mereka kepimpinan Dato’ Rahman masih relevan dan tanggungjawab tersebut mesti dilaksanakan secara bersama dengan seluruh jentera UMNO dan Barisan Nasional Kapar. Kerana itu, rata-rata Ketua Cawangan menolak sebarang calon baru yang berhasrat untuk mencabar Dato’ Rahman dalam pemilihan kali ini. Bagi mereka ini bukan masa terbaik untuk menukar pucuk pimpinan di Bahagian Kapar, tetapi ini masa untuk memantapkan barisan kepimpinan yang ada. Kerana itu mereka bersetuju menerima sebarang perubahan bagi jawatan nombor 2 dan 3, yang diharapkan mampu untuk berpadu bersama Ketua Bahagian mengembalikan maruah UMNO dan Barisan Nasional.

 

Cuma yang menjadi harapan ialah, jangan sampai pertandingan kali ini tambah memecahbelahkan UMNO, kerana jika itu terjadi mereka bimbang tsunami lebih besar bakal melanda Parlimen Kapar dalam PRU13 nanti.

CALON BARU CABAR KETUA BAHAGIAN

July 25, 2008

Cikgu Harun Said diberitakan telah menarik diri dari mencabar Dato’ Rahman Palil sebagai Ketua UMNO Bahagian Kapar. Pengganti beliau ialah :

 

·         ENCIK SAHAR BIN JAAFAR – Ketua Cawangan dari DUN Meru. Berkelulusan Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan UiTM merupakan seorang usahawan dan sedang mengusahakan ladang nenas di DUN Meru. Beliau adalah seorang YDP PIBG SK Sungai Binjai selama 7 tahun dan Naib YDP PIBG SMKA Simpang Lima Sungai Besar.

 

Serah pada perwakilan untuk tentukan.

 

Wassalam.

2 GAJAH BERTEMPUR…………

July 25, 2008

Jangan UMNO jadi mangsa…mati di tengah-tengah. Itu arus yang sedang melanda UMNO Bahagian Kapar. Keghairahan menjadi pemimpin menjadikan pemilihan di Kapar pada kali ini semakin panas. Gerakan-gerakan pasukan nampaknya tidak serancak mana…namun gerakan ‘underground’…sangat agresif.

 

Belum lagi ditambah dengan balaci calon-calon yang bertanding, yang sentiasa bermanis muka dan dalam senyap menyalur maklumat kepada calon lain. Hipokrit tak kena tempat. Hebatnya sekadar menjul maklumat…..kemudian berjalan mendada mengalahkan calon yang bertanding. Itulah sikap dan perangai sebahagian pencacai dalam UMNO yang tidak pernah memikirkan kepentingan kenapa UMNO itu perlu dimantapkan, lebih-lebih dalam situasi sekarang, UMNO seperti dipijak-pijak, bukan sahaja oleh orang Melayu sendiri tetapi turut diludah oleh bangsa lain.

 

Saya tidak menentang pertandingan. Cuma kalau boleh biar pertandingan itu dilalui dengan cara sihat dan berhemah. Proses demokrasi mesti kita tegakkan dan junjung, malah saya menentang jika ada yang menghalang sesiapa sahaja yang menawarkan diri. Berkempenlah dengan baik, jangan sentuh peribadi orang lain, hingga disebut semua benda luar dan dalam. Tak gentlemen langsung.

 

Jangan salah gunakan ketinggian ilmu dan pendidikan yang ada untuk merendah-rendah kemampuan orang lain. Biar kita berdiri dengan kekuatan sendiri yang kita miliki, tanpa menumpang dengan orang lain.

 

Cuma apa yang boleh saya katakan, kita semua di Kapar ni ibarat ‘biduk lalu, kiambang bertaut’…’carik-carik bulu ayam, akhirnya bertaut jua’. Hubungan kita ibarat bapa dan anak, adik dan abang…terkadang tergigit lidah, kekadang terlanggar…tetapi keakraban tetap kukuh dan mantap. Yang penting dalam pertandingan ini, bukan individu yang menang, tetapi yang menang ialah UMNO.

 

Saya pulangkan pada semua perwakilan untuk menentukan, kemana kalian nak bawa halatuju UMNO Bahagian Kapar. Wassalam.