CALON-CALON…ANDA PELAKON TERBAIK

Sejak dua menjak ni, situasi UMNO di Bahagian Kapar agak meriah sekali. Dari sekecil-kecil majlis sampailah program besar, tetamu berpusu-pusu. Kebanyakannya calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan UMNO Bahagian pada bulan Oktober nanti.

 

Yang jarang Nampak sebelum ni pun dah mula muncul, malah lebih ramah mesra dari sebelumnya. PR nya bukan main, lembut gigi dari lidah. Bersalam keliling dengan setiap yang hadir, sambil-sambil tu sempat gak…jangan lupa ya. Bagi yang dah biasa menjadi perwakilan, kita memang faham dengan 3 perkataan keramat tu “JANGAN LUPA YA”. Perkataan tu menunjukkan untuk fasa pertama mohon pencalonan waktu persidangan cawangan dan fasa kedua mohon undi waktu persidangan bahagian. Jangan bimbang calon-calon sekalian, kalau memang sebelum ni kalian memang komited dengan perjuangan parti, insyaallah perwakilan akan undi lagi, tapi kalau setakat muncul bila musim pemilihan saja, faham-faham sajalah. UMNO hari ini bukan macam dulu lagi, perwakilan sekarang bukan macam perwakilan dulu, mudah digula-gulakan. Perwakilan UMNO hari ini sudah matang dan bijak. Kalau  kalian melobi, perwakilan akan kata insyaallah, maklumlah nak jaga hati, tapi hakikatnya kadang-kadang tak begitu.

 

Malah ada sebahagian tu, bila dah menang tak pernah muncul langsung, program-program di bahagian tak pernah Nampak, malah nak jumpa perwakilan pun payah, bila ditegur jawabnya mudah, ala…pemilihan lambat lagi, bila nak pemilihan nanti baru keluar jumpa orang. Elok juga jawapan begitu, maka kita bolehlah jawab…alaa…pemilihan nanti bolehla kita undi orang lain. Tapi yang bagusnya, bila ada pemimpin datang…orang inilah yang muncul dulu, pemimpin sampai pukul 3 petang, dia ni jam 2 petang dah terpacak di tempat program, lepas tu sibuk ke hulu ke hilir sambnil mengarah sana dan mengarah sini, seolah-olah macam dialah manusia paling sibuk dan paling penting.

 

Peristiwa dan insiden-insiden begini memang banyak yang berlaku dalam UMNO. Sandiwara, hipokrit dan retorik sebahagian ahli UMNO yang boleh kita perhatikan. Nak gelak pun ada, marah pun ada, seronok pun ada. Apapun itulah lakonan-lakonan yang biasa kita lihat bukan sahaja di Bahagian Kapar, tetapi turut dirasai di bahagian-bahagian lain.

 

Kesimpulannya, kepada seluruh perwakilan, usia UMNO sudah 62 tahun, gunakanlah kematangan itu untuk kita memilih yang terbaik kepimpinan UMNO Bahagian Kapar, jangan sampai kita tersalah pilih, kerana kepimpinan kali ini punyai tanggungjawab besar untuk mengembalikan kekuatan UMNO di Bahagian Kapar. Salam Perjuangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: