WELCOME EZAM MOHD. NOR

MT UMNO telah mengesahkan permohonan Ezam Mohd. Nor bagi menyertai UMNO semula. Keputusan ini membuktikan bahawa UMNO sedia menerima sesiapa sahaja yang ingin menyumbang khidmat baktinya demi survival UMNO, Islam dan bangsa Melayu. Keputusan ini juga wajar kita lihat sebagai petanda positif terhadap pimpinan UMNO yang sentiasa terbuka dan bermusyawarah dalam menentukan sesuatu keputusan. Inilah amalan dan budaya UMNO yang telah diamalkan sejak dulu.

 

Bermula dari sekarang, marilah kita lupakan rasa sangsi dan prejudis kita kepada Ezam yang sebelum ini sebahagian ahli-ahli UMNO merasa kemasukan Ezam boleh menimbulkan masalah dalam UMNO, lebih-lebih lagi kemasukannya ketika musim pemilihan yang semakin hangat diperkatakan. Ada yang bimbang Ezam menawarkan diri bertanding merebut jawatan dalam UMNO dan berbagai lagi spekulasi yang timbul.

 

Akhirnya rasa sangsi itu pasti semakin melegakan sebahagian ahli UMNO bila MT mensyaratkan Ezam tidak boleh bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan kali ini. Mungkin keputusan tersebut dibuat agar Ezam perlu membuktikan dahulu sepenuhnya keikhlasan hatinya kembali semula kepada UMNO. Yang lebih seronok lagi dengan keputusan ini ialah individu yang merasakan tergugat dengan kembalinya Ezam dalam pentas politik UMNO.

 

Sehubungan itu, dalam diam saya terfikir, hebat rupanya insan bernama Mohamad Ezam Mohd. Nor ini. Namanya sahaja sudah mempunyai aura yang tersendiri. Cakapnya menjadi buruan media dan pasti kemasukannya semula ke UMNO mengegarkan jiwa pemimpin utama Pakatan Rakyat, yang sebahagian besar rahsia mereka dalam poket Ezam. Apakan tidak, ketika Ezam menyerahkan borang UMNO pada Pak Lah sahaja, berbagai-bagai rasa orang UMNO, hinggalah ada yang memikirkan berbagai spekulasi. Begini rupanya aura orang hebat seperti Ezam.

 

Apapun, tahniah pada Ezam. Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bi kum, Welcome dan selamat datang ke UMNO. Ayuh kita teruskan perjuangan ini. Kita ikhlaskan diri dalam arus perjuangan UMNO demi Agama, Bangsa dan Negara. Jangan dilayan sangat segelintir kecil ahli UMNO yang terngiang-ngiang seperti langau, itu hanya ahli yang bimbang kedudukan mereka tergugat. Saya yakin Ezam ikhlas bersama UMNO, bagi beliau soal bertanding atau tidak bukanlah agenda yang terlalu penting. Soal jawatan bukanlah matlamat perjuangannya. Kalau Ezam jenis yang gilakan jawatan, beliau sudah pernah memegang berbagai jawatan tinggi dan penting samada sebagai Setiausaha Politik hinggalah memimpin gerakan politik di peringkat kebangsaan.

 

Marilah kita bersangka baik, positif thinking dan berganding bahu menggembeling kehebatan kita bersama, seiring berjuang dan saya yakin kita yang ada, digabung dengan apa yang Ezam miliki, percayalah UMNO akan lebih digeruni dalam tempoh mendatang ini. Lupakan titik kesangsian dalam diri kita, segala perjuangan ini bukanlah untuk Perdana Menteri, Majlis Tertinggi atau peribadi, tetapi segala-galanya untuk UMNO, Agama, Bangsa dan Negara. Salam Perjuangan. UMNO…Dulu…Kini dan Selamanya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: