CAKAP TAK SERUPA BIKIN

EXCO Selangor, Dato’ Dr Hasan Ali membidas kerajaan persekutuan kerana melakukan sekatan dengan tidak membenarkan beliau turut serta dalam Program Sukarelawan Ziarah Hospital yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Gombak baru-baru ini memandangkan hospital dibawah kerajaan pusat.

 

Beliau mengulas, “ ini adalah sistem yang paling zalim dan tidak masuk akal serta menyeru supaya pentadbiran pusat yang terdiri dari jabatan dan kementerian menghapuskan sekatan tersebut”, katanya.

 

Saranan Dato’ Hasan Ali itu memang baik, tetapi beliau sedarkah bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor juga turut bertindak sama dengan tidak membenarkan wakil-wakil rakyat BN di Selangor hadir ke sekolah-sekolah agama milik kerajaan negeri, sebagaimana yang dialami oleh ADUN Sementa, Dato’ Abdul Rahman Palil. Dalam satu peristiwa, beberapa jam sebelum majlis berlangsung, Dato’ Rahman telah dihubungi ioleh Guru Besar sekolah tersebut memaklumkan beliau tidak boleh hadir kerana arahan dari kerajaan negeri.

 

Berdasarkan peristiwa ini, saya bersetuju ungkapan ‘sistem paling zalim dan tidak masuk akal’ yang dikatakan oleh Dato’ Hasan Ali. Terbukti memang kerajaan PR Selangor turut zalim dan melaksanakan sistem yang tidak masuk akal dalam pentadbirannya kerana menghalang wakil rakyat BN hadir ke sekolah agama milik kerajaan negeri, sedangkan sekolah tersebut sudah mempunyai hubungan yang baik dengan Dato’ Rahman sejak PR belum wujud lagi, bayangkan siapa yang lebih zalim dan tidak masuk akal.

 

Sehubungan itu, rakyat janganlah terlalu cepat percaya dan terpengaruh dengan sandiwara kerajaan PR di Selangor. Tembelangnya sudah banyak yang pecah. Busuknya PR di Selangor ini sudah tidak tertanggung lagi oleh rakyat, bukan sahaja di Selangor, tetapi seluruh Negara. Kalau setakat mahukan popular dengan mencipta publisiti murahan dengan membohongi rakyat dengan berbagai janji manifesto yang tak tertunai, lupakanlah. Hari ini mungkin rakyat masih boleh kata, “cuba kita beri peluang”, baru 100 hari, tapi kalau dan bertahun takkan memanjang nak meminta peluang. Saya yakin rakyat Selangor, rakyat yang berfikir dengan standard rakyat sebuah negeri maju, jangan banyak sangat sandiwaranya, kerana sandiwara itu nanti bakal lebih cepat ditamatkan episodnya.

 

Bagi Dato’ Hasan Ali, banyakkan muhasabah. Inilah balanya kalau bersekongkol dengan kelompok manusia yang banyak agenda tersembunyi dibelakang kita, khususnya untuk menghancurkan Islam. Allah SWT tak redha. Jangan banyak menentang ulama’, singkir kelompok Us. Hasan Syukri. Balanya datang menimpa diri. Yang zalim sebenarnya bukan sesiapa, tapi diri sendiri yang buat, akhirnya ia akan kembali memakan diri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: