ISLAM…MANGSA KONSEP KEADILAN DAN KESAMARATAAN

Keputusan kerajaan negeri Selangor untuk menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam yang tidak boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi di negeri itu telah menimbulkan berbagai reaksi dari berbagai pihak dan orang ramai, khususnya di kalangan orang Islam, sehingga ada suara-suara yang menyebutkan ‘Adakah konsep keadilan dan kesamarataan yang menjadi teras pentadbiran kerajaan negeri Selangor sekarang melabelkan Agama Islam itu setaraf dengan agama-agama lain di Negara ini.

 

Isu ini semakin hangat diperkatakan, bukan sahaja oleh rakyat negeri Selangor, malah sudah menjadi isu nasional, selepas diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Dr. Xavier Jayakumar bersama Pengerusi Tetap Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Ronnie Liu.

 

Setiausaha Agung ABIM dalam satu kenyataannya meminta agar kerajaan negeri mengkaji semula keputusan tersebut, memandangkan menurut kajian yang telah dibuat oleh ABIM di lembah Klang mendapati, rumah ibadat lebih banyak kewujudannya berbanding masjid.

 

Sementara itu, ada pihak yang mahu kerajaan pusat campur tangan dalam menangani isu ini, namun menurut Dato’ Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Kerajaan Pusat tidak mempunyai bidang kuasa untuk campur tangan dengan keputusan kerajaan negeri Selangor itu, memandangkan keluasan sesuatu rumah ibadat bukan Islam hanya ditentukan oleh kerajaan negeri dengan melalui pihak berkuasa tempatan.

 

Menurut beliau lagi, isu tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan oleh kedua-dua EXCO tersebut, memandangkan telah wujud satu garis panduan khas kerana Islam adalah agama rasmi negara dan mempunyai garis panduan tertentu tanpa mengetepikan agama lain.

 

Kesimpulannya, terpulanglah kepada rakyat negeri Selangor sendiri untuk bersama-sama mengambil pendekatan terbaik bagi menangani masalah ini. Apa yang penting bagi kita semua, kesucian Islam itu mesti di[pertahankan sebagai sebuah agama yang adil dan syumul, tanpa boleh diganggu gugat oleh sesiapa pun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: