ISLAM HADHARI LWN AMANAT HAJI HADI

10 prinsip Islam Hadhari

 

1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi.
2. Kerajaan adil dan beramanah.
3. Rakyat berjiwa merdeka.
4. Penguasaan ilmu pengetahuan.
5. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif.
6. Kehidupan berkualiti.
7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.
8. Keutuhan budaya dan moral.
9. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi.
10. Kekuatan Pertahanan dan Perpaduan.

 

Amanat Haji Hadi

 

”Saudara-saudara sekalian,

 Percayalah. Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO.

Kita menentang Barisan Nasional (BN), bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia menegakkan perlembagaan penjajahan, mengekalkan peraturan kafir.

 

”Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad,derma kita adalah jihad dan kerana itu kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita  adalah mati Islam.”Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak  payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha tetapi kita akan menjadi  kafir dengan mengatakan politik suku (asing), agama suku”.

 

Pakatan Rakyat di Selangor tetap dengan keputusannya tidak membenarkan program mempromosikan Islam hadhari di negeri itu kerana ia “mengelirukan” dan programnya “membuang masa”, kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

 

Sehubungan itu, adalah dicadangkan juga agar Dato’ Dr. Hasan Ali turut mengambil langkah sama agar mengharamkan juga Amanat Haji Hadi yang masih menjadi pegangan sebahagian ahli PAS yang taksub dengan fahaman tersebut, kerana dibimbangi akhirnya boleh membawa kepada kesan yang lebih buruk, lebih-lebih lagi sekarang ini PAS juga telah menjalin kerjasama dengan parti kafir DAP dan PKR yeng terang-terangan menolak penubuhan Negara Islam yang di celotehkan oleh PAS selama ini. Malah DAP juga sudah beranggapan bahawa PAS sudah melupakan hasrat menubuhkan Negara Islam, memandangkan dalam pilihanraya yang lalu, langsung tidak disebutkan tentang Negara Islam lagi.

 

Keyakinan DAP ini juga pastinya diperkuatkan lagi melalui strategi terdesak PAS untuk mendapatkan sokongan kafir dalam parti mereka dengan menubuhkan kelab penyokong PAS yang dianggotai oleh kelompok bukan Islam.

 

Alahaiiii…PAS, kerana kepentingan peribadi, perkara kecil berkisar istilah dianggap besar, yang penting dilihat adalah kandungannya….Isunya mudah, kerana Konsep Islam Hadhari di perkenalkan oleh Pak Lah…maka di tolak, tetapi Amanat Haji Hadi oleh Hadi Awang, mau tak mau kena terima dan tidak boleh ditolak, nanti derhaka pada Presiden.

 

 

 

3 Responses to “ISLAM HADHARI LWN AMANAT HAJI HADI”

  1. TAIKO Says:

    biasa la tu PAS skang dah cam sesumpah

  2. Nyong Says:

    Saya tak kisah ia HADHARI atau tidak HADHARI, yang teramat penting pada saya ialah PERLAKSANAAN ISLAM itu sendiri. .

    Yang mempromosikan dan yang menyokong sepenuh hati akan HADHARI itu adakah mereka benar-benar mengamalkan suruhan AL Quran dan Hadis Rasul SAW?.

    Contoh paling mudah tentang AURAT wanita. Bila rakyat melihat mereka (pemimpin HADHARI) tidak menutup aurat seperti yang digariskan dalam Al Quran maka awam melihat inilah HADHARI. Akibatnya mereka yang kurang pendidikan agamanya akan mencontohi pemimpin HADHARI dalam berpakaian. Lalu semakin beranilah anak-nak remaja kita meninggalkan tuntuan berfurdah.

    Dari posisi yang lain mereka yang faham akan tuntutan Islam menjadikan perkara ini untuk menolak HADHARI dan menganggap HADHARI hanya slogan yang merosakkan Islam. Mereka menganggap wajar diperangi.
    Sekadar satu contoh mudah untuk renungan bersama.

    Dan janganlah mencari-cari alasan untuk meninggalkan syarak.
    Dan jangalah terlalu emosi atau egois dalam mengulas sanggahan orang-orang yang menyanggah. Jangan sekadar melihat teks, lihatlah adakah teks itu dilaksanakan.

    Sekian, wassalaam.

  3. pemerhati Says:

    Hadhari itu penciptaan Iblis.
    amanat hj hadi itu betul sangat tapi belum sampai kafir , tp MUNAFIQ terbesar dan dibebani dosa maka semestinya akan diseksa Sang Pencipta.
    Wallahua’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: