MELAYU DALAM BAHAYA

Konsep KETUANAN MELAYU mesti dipertahankan, jika tidak Melayu hanya tinggal nama sahaja di bumi Malaysia ini. Sehubungan itu cadangan untuk menjadikan matapelajaran sejarah untuk diajar semula di sekolah rendah merupakan satu langkah yang wajar, agar anak-anak kita akan lebih memahami sejarah perjuangan bangsa dan kenapa dalam perlembagaan  terdapat Artikel 153 yang mencatatkan Hak Istimewa Orang Melayu.

 

Sewajarnya kaum lain tidak perlu gusar atau bimbang dengan istilah Ketuanan Melayu itu, kerana Ketuanan Melayu bukanlah bermaksud orang Melayu itu menjadi tuan sementara kaum lain menjadi hamba kepada orang Melayu. Istilah Ketuanan melayu merujuk kepada sejarah bahawa Negara ini pernah diperintah oleh Sultan dan raja-raja Melayu yang merupakan tuan kepada Tanah Melayu, yang sudi memberikan kuasa mereka kepada rakyat melalui penerimaan system Raja berperlembagaan.

 

Catatan dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia yang menyebutkan tentang Hak Istimewa Orang Melayu, tetap tidak meminggirkan kepentingan bangsa-bangsa lain di Negara ini. Bangsa lain masih bebas untuk mengamalkan cara dan budaya kehidupan mereka selagi tidak mengganggu gugat kepentingan kaum lain. Sehubungan itu, sepatutnya ketuanan Melayu itu tidaklah menjadi isu yang perlu untuk dibahas dan dipertikaikan.

 

 Namun sejak kebelakangan ini, muncul satu lagi istilah yang cuba untuk menidakkan Ketuanan Melayu. Istilah Ketuanan Rakyat mula dijaja oleh orang Melayu sendiri yang mempunyai agenda dan kepentingan peribadi. Itu yang amat menyedihkan. Sehubungan itu, UMNO sebagai parti dominan yang memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan Islam di Negara ini mestilah terus berani mempertahankan konsep ini. Ini merupakan satu jihad dan perjuangan yang mesti dilaksanakan bersama, demi memastikan kepentingan Islam dan Melayu itu akan terus terjaga di bumi Malaysia. Pastinya kita tidak mahu satu hari nanti Islam dan Melayu ini tarafnya sama seperti lain-lain agama dan bangsa di Malaysia ini.

 

Antara pendekatan terbaik, Melayu mesti bersatu. Lupakan soal parti dan fahaman individu, tetapi ayuhlah kita bersatu atas nama Islam dan Melayu. Segala-galanya kerana untuk survival berterusan Islam dan Melayu di bumi Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: