BUDAYA BUSUK UMNO

Bila musim pemilihan semakin hampIr, maka bermulalah cakap-cakap belakang yang menghentam, menuduh, adu domba dan berbagai kaedah digunakan untuk menjatuhkan populariti dan wibawa calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding. Inilah BUDAYA BUSUK dalam UMNO yang seolah-olah sudah menjadi darah daging dan sukar untuk diubah. Inilah masalahnya bila ada ahli-ahli UMNO yang rakus mencari tempat, tetapi kurang cerdik berpolitik dan hanya mementingkan diri sendiri. Lebih banyak berfikir, “lantaklah orang lain, yang penting aku menang bertanding’. Selepas itu sekadar ke hulu ke hilir menjaja cerita, kononya dialah yang paling bagus sebagai pemimpin. Ini adalah sebahagian masalah yang dihadapi oleh UMNO bila ada ahli yang tak berpendidikan, tetapi berlagak seperti dialah manusia yang paling hebat dan tahu segala-galanya. Hebatnya menjaja cerita yang belum pasti dan sekadar mendengar dari mulut orang lain di kedai kopi. Inilah orangnya yang melemahkan UMNO dan mampu menghancurkan UMNO kalau tidak dibendung.

 

Situasi ini turut berlaku di Kapar. Saya sudah mula dihujani dengan berbagai cerita tersebut. Bagi saya, biarlah saya sekadar menjadi pendengar, namun saya masih yakin saya mampu memilih siapa yang selayaknya untuk dinobatkan memimpin UMNO Bahagian Kapar untuk menghadapi cabaran masa hadapan. Cerita paling hangat yang disebar sekarang antaranya timbulnya isu kroni, di Meru contohnya, Haji Mustafa, Jawatankuasa UMNO Bahagian sudah dilabel sebagai kroni Dato’ Jaei dan beberapa nama lagi yang tak perlu disebutkan. Cerita pemilihan UMNO Bahagian, lebih hangat. Ada yang melabel, Haji Faizal, Ketua Pemuda memberi restu kepada Puan Norliza menentang Dato’ Rahman sebagai Ketua Bahagian melalui gabungan Pn. Liza sebagai Ketua Bahagian, Haji Faizal sebagai Timbalan dan Hj. Ghazali sebagai Naib. Dalam waktu yang sama juga Dato’ Rahman dikatakan sudah membuat announcement, beliau akan mempertahankan jawatan dengan bergabung bersama Haji Faizal sebagai Timbalan Ketua dan Haji Ghazali sebagai Naib Ketua. Malah muncul sekelompok lagi yang berusaha mempertahankan team Dato’ Rahman, Dato’ Jaei dan Dato’ Rasyid untuk memimpin Bahagian Kapar.

 

Kalau diteliti propaganda ini, yang hebatnya bukan Dato’ Rahman atau Pn. Liza, tetapi Haji Faizal…powerfull tu, boleh bagi restu pada Pn. Liza untuk bertanding Ketua Bahagian, kemudian dalam waktu yang sama team up dengan Dato’ Rahman untuk mempertahankan jawatan. Intipati dari propaganda ini, niat pembawa cerita bukan untuk mengukuhkan UMNO Bahagian Kapar, tetapi mereka sedang merangka untuk menghancurkan perpaduan dan kekuatan UMNO Kapar sendiri.

 

Saya berharap, semua ahli UMNO di Bahagian Kapar, berhati-hati dengan propaganda ini, saya bimbang cerita ini dijaja oleh parti-parti pembangkang yang menggunakan orang UMNO yang berkepentingan untuk melemahkan Bahagian Kapar. Bagi ahli UMNO yang disogokkan dengan cerita ini, singkirkan sahaja pembawa cerita, walaupun ia seorang ahli UMNO, biar kita korbankan pengadu domba ini, demi UMNO yang kita dokong selama ini.

24 Responses to “BUDAYA BUSUK UMNO”

  1. PA Dato Says:

    Sdr Khairul, budaya blog ini memang masih baru dengan kita. Banyak parti yang memblog sekarang termasuk webmaster pas yang mengelolakan http://www.kaparblog.blogspot.com.

    Blog ini banyak menghentam pemimpin kita. Orang-orang kita pun satu hal juga, kedai kopi, kedai tomyam dijadikan tempat berkumpul menjelang pemilihan ini. Maka terburailah banyak cerita, ada yang betul tapi banyak yang tak betul.

    Tulisan sdr juga kadang-kadang canonnya semacam. Fakta sdr juga tidak tepat. Idea sdr juga tidak ketahuan. Ramai pemimpin kapar juga yang kecil hati dengan tulisan sdr. Kalau menulis biar lah faktanya tepat. Jangan main hentam keromo saja.

  2. Khairul Saimun Says:

    Salam PA Dato’,

    Maaf Sdr. PA Dato’, ini para terakhir catatan saya :

    “Saya berharap, semua ahli UMNO di Bahagian Kapar, berhati-hati dengan propaganda ini, saya bimbang cerita ini dijaja oleh parti-parti pembangkang yang menggunakan orang UMNO yang berkepentingan untuk melemahkan Bahagian Kapar. Bagi ahli UMNO yang disogokkan dengan cerita ini, singkirkan sahaja pembawa cerita, walaupun ia seorang ahli UMNO, biar kita korbankan pengadu domba ini, demi UMNO yang kita dokong selama ini”.

    Jangan terlalu emosi, senario tersebut saya catatkan kerana ketidak tepatan cerita-cerita yang sedang berlegar di Bahagian Kapar. Rasanya belum ada lagi catatan saya yang menghentam individu. Saya sekadar mencatat semula beberapa propaganda yang saya adaptasi dari beberapa blog lain yang tidak dikenali yang membicarakan soal kapar. Blog ini memberi ruang untuk kita berbincang dan mensahihkan setiap fakta. Kan lebih baik kalau kita berkongsi fakta sebenar lantas kita sebarkan kepada rakan-rakan yang lain, agar mereka juga dapat maklumat yang lebih tepat.

  3. siti wan kembang Says:

    saya sudah membaca dan meneliti baik-baik tentang apa yang diperkatan olih sipembawa cerita dan saya sedang membuat postmotem tentang sipembawa cerita walaupun saya masih setahun jagung dalam politik umno tapi cerita sebenar umno kapar banyak juga saya mengetahui kerana saya masih lagi mencari maklumat menerusi otai otai drp dun sementa selat klang sungai pinang dan meru. Untuk makluman sipembawa cerita dan sdr khairil saya takut nak buat komen lagi, takut tak betul,tapi saya nak tanya sipembawa cerita dan sdr khairil apa yang abang abang tahu tentang politik kapar.

  4. Khairul Saimun Says:

    Salam Siti Wan Kembang,

    Terima kasih kerana melayari blog ini. Semoga saudari terus bersama saya dalam bhicarakapar2. Saya mengalu-alukan setiap pandangan yang dikemukakan.

    Saudari perihatin rupanya dengan perkembangan UMNO Bahagian Kapar. kalau saya ditanya apa yang saya tahu tentang politik kapar, khususnya UMNO, saya suka katakan begini, Saya bangga kerana berada dalam kancah politik UMNO Bahagian Kapar. Pengalaman saya berada diluar kapar dalam beberapa tahun kerana tugas hakiki dan memerhatikan perkembangan UMNO disana, bagi saya Kapar jauh lebih baik, malah kawan-kawan saya bila saya sebutkan sahaja saya dari Bahagian Kapar, mereka semua jawab…Kapar lainlah, Hebat….kerana ini hingga hari ini saya masih setia bersama UMNO Bahagian Kapar.

    Sebahagian yang tercatat dalam artikel tersebut, saya ambil dari beberapa blog lain yang ditulis sebagai propaganda dan cuba melaga-lagakan pimpinan Kapar. Cuma bagi saya, kesimpulannya jadikan cerita tersebut sebagai panduan untuk kita lebih berhati-hati dengan individu yang cuba merosakkan perpaduan dan kekuatan UMNO di Bahagian Kapar. Wassalam.

  5. zelmey Says:

    Biasa lah Khairul …. Org2 UMNO kan mg dari dulu cepat melatah… mana boleh kena hentam sikit. Mula lah menggelupuh mcm pacat kena panas.. Bila tak kena panas asik nak menghisap darah je .(bukan semua org UMNO tau). hehe .. Al maklum dah lama hidup selesa dan jarang sangat kalah berjuang. Tu yang lupa diri kejap tu…

    Kepada pemimpin2, bersikap terbukalah kepada setiap rintihan dan keluhan ahli parti, kerana apa yg dirintihkan itu biasanya lahir dari hati dan jiwa. Kalau tak diambil peduli, ia bisa merosakkan hati dan memendam rasa. Nanti kesannya tak elok.

    Dan kepada ahli parti pulak, kalau nak mengadu dan mengeluh pun tengok2 la juga, Yang patut tu ok lah ….

    Aku sentiasa berusaha tak kira apa sahaja untuk memberi sumbangan kepada UMNO dan Melayu ..

    Wassalam….

  6. siti wan kembang Says:

    asalamualaikum kepada abang abang si pembawa cerita pa dato abang kharul sameon dan yang terbaru abang zelmey tahniah kerana tak jemu jemu memberi sumbangan kepada UMNO dan Melayu.
    Tapi saya nak tanya apakah sumbangan anda semua kepada UMNO dan Melayu. adakah ia berupa sokongan kepada seorang tokoh kerana takut apabila ia tidak diberi jawatan atau sebagainya untuk kepentingan diri. atau pun budaya cium tangan pemimpin walaupun pemimpin itu lebih muda drp nya.kerana ada sesuatu yang tersembunyi atau pun akur tak tentu pasal kerana wang nya. kalau ini yang dikatakan sumbangan maka ia akan hancur
    dan saya melihat ada sedikit budaya ini tapi saya harap abang abang tidak begitu . saya harap juga diri saya jangan sampai jadi begitu kata orang tabik tabik dato. dan satu lagi budaya hormati lah pemimpin yang telah kita lantik dahulu pemimpin ini telah berjasa jasa nya kita tak nampak tapi selagi dia tidak tukar parti dan tidak melakukan 7 dosa besar maka ia saya kira masih relewan. tapi musim musim pemilihan ni saya tengok banyak lah mulut leser yang semuanya nak kena listrin mengumpat macam macam pasal pemimpin saya tak tahu apa jenis ahli parti ni dan tak kurang pulak tangan pekong suka tulis bahan busuk jadi semua nya berbau.
    maaf lah saya ni emosi sikit , untuk makluman saya lum habis lagi buat tysis umno kapar ni adalah otai otai lama tu saya jumpa ada yang bercerita juga tapi saya nak pastikan dulu baru lah bolih kita buat bahan untuk bicara, oh ya apa lah salah hanimasra ketua putri tu hingga nak kena lawan dengar nya yang pelik calun nya pulak drp meru apakah dia telah melakukan 7 dosa besar yang saya maksukan. tapi kalau ketua tak betul kena salahkan jawatankuasanya dah tahu tak betul tegor kan bimbingkan barulah ia jadi betul ini tak diumpat setiap hari kumpulkan orang lawan dia kalau macam ni lah budaya nya saya rasa seperti ibu ketam menyuruh anaknya berjalan betul dan atau jawatankuasa nya tu memang ada niat nak duduk kat tempat tu hingga dia tak mahu menegor ketuanya , tapi tu lah manusia kalau dah setiusaha dilantik pun nak melawan bukan ketuanya tak betul tapi yang dilantik tu iriagaknya. ok bye

  7. Khairul Saimun Says:

    Assalamualaikum Siti Wan Kembang,

    Terima kasih kerana berkongsi maklumat di blog ini. Apa yang Siti catatkan memang saya akui, cuma bagi saya amat baik kalau ada lebih ramai ahli UMNO yang punya kesedaran seperti Siti. Walau apa pun biarlah kita bermula dari sekarang secara berhemah, semoga kita mampu untuk mengubah dan memberi kesedaran sebenar kepada Melayu pada satu hari nanti.

    Bagi saya, biarkanlah pertandingan itu berlaku, kerana semakin ramai yang menawarkan diri, semakin ramai anak Melayu yang berani memikul amanah dan tanggungjawab untuk mempertahankan Agama dan bangsanya. Biarkan semakin ramai pelapis UMNO menonjolkan diri, Percayalah Siti, ini mampu menjelmakan perkembangan positif kepada survival UMNO itu sendiri. Perwakilan sudah semakin bijak, pada yang menawarkan diri dengan menggunakan kaedah kotor dan di luar batasan tatasusila, pasti bakal tercicir. Teruskan perjuangan Siti, dan semoga lebih ramai lagi yang akan muncul pejuang UMNO seperti Siti di Bahagian Kapar ini. Terima Kasih.

  8. siti wan kembang Says:

    asalamualaikum wrt. kepada abang khirol yang sentiasa peka dan bersemangat bila bercerita tentang perjuangan saya tabik dan ucapkan syabas saya kira kalau ada ramai yang bersemangat seperti abang sudah tentu umno ini akan terpelihara. Tetapi apa yang saya muskil apa itu perjuangan bila kita mula menawarkan diri untuk memimpin apa kah itu budaya dalam umno yang tulin . semalam saya mencelah tentang kepimpinan putri yang saya lihat agak kurang sihat tapi apakah pergerakan putri terpengaruh dengan kuasa wanita atau pemuda kalau pemilihan putri adalah pemilihan yang sihat tidak ada unsur atau camrpur tangan daripadaa pihak pemuda atau wanita saya tabik lagi dengan perjuangan putri, tapi kalau ada pihak yang mengadu domba rakus mengatur kekuatan atau stratigi politik untuk perut individu tertentu dengan berteraskan perjuangan dan perubahan dengan mengambil kesempatan kekalan kerajaan negeri selangor ditangan pembangkang saya andaikan seperti tikus membaiki labu.saya harap abang khairol yang mungkin lebih mengenali putri putri ini di ajak berunding dan dinasihati sebab saya dah buat beberapa kajian memang ada unsur untuk mengalih kan keduduk putri ini ketempat lain bagi menyelamatkan individu tertentu.
    itulah saja kisah putri.

    Saya juga nak menyentuh soal pemuda. apakah perjuangan sebenar pergerakkan pemuda kapar ini. saya sebagai insan biasa tertarik juga dengan gaya pemuda kapar kalau tak kuat iman rasa macam nak ikut balik. ramai juga yang merenung saya ada juga yang menegur saya takkisah sangat tapi ada juga yang memuji saya ucapkan terima kasih.
    tapi kalau nak cerita pasal perjuangan saya rasa itu bukan perjuangan ia seakan akan dewan perniagaan atau persatuan kontraktor aje. ketua pergerakan pemuda saya salute dan angkat topi itu pandangan mata kasar saya, tapi yang ajk nya dan segelintir nya saya kalau bolih semua ajk tersebut memberikan menifesto diri masing masing sebelum nak mempertahankan jawatan kerana kamu adalah pewaris jenerasi akan datang kalau takut nak melakukan perubahan pada diri sendiri macammana nak buat perubahan pada umno, jadi jangan lah jadikan gelang politik umno ni sebangai gelanggan perjuanngan untuk mengisi kantong sendiri . ini jelas apa yang dilihat olih semua ahli termasuk lah saya , tapi ada pemuda yang memang seorang pejuang ada yang refomis ada yang terpelajar dan sederhana,ini lah pemimpin tulin yang harus di gilap dan diketengahkan . tapi malangnya budaya elit pemuda kapar harapan dan masa depan yang cerah dan bersinar akan malap dan gelap kerana dikaburi mata nya dengan individu tertentu yang menawarkan diri mereka sebagai taiko di dun masing masing maka orang orang yang saya sebutkan tadi mula lah di tinggalkaan dan dicop tak bdagus menentang arus berbagai tonahan menakutkan hingga pemuda pemuda ini rasa macam sesuatu macam tak relevan bye.

  9. umnokapar Says:

    Assalamualaikum,

    Jika dulu bangsa kita dibelenggu oleh buta huruf, tetapi kini kita dibelenggu lagi oleh sindrom buta IT. Saya berharap, agar ramai lagi blogger muncul di UMNO Kapar sepanjang excercise pemilihan UMNO yang menjelang tiba. Cuma gunakanlah prasarana ini secara profesional lagi berhemah.

    Saya mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan blogger UMNO Bahagian Kapar ke dunia maklumat tanpa sempadan.🙂

  10. Khairul Saimun Says:

    Assalamualaikum Siti,

    Saya sekadar memiliki semangat dan sedikit ilham untuk digerakkan dalam perjuangan memartabatkan Agama dan bangsa saya. Platformnya hanya UMNO. Saya selalu memberitahu rakan-rakan dan mengingatkan diri saya, bahawa semangat UMNO yang sedang mengalir dalam diri saya ini, bukan sekadar tempelan, tetapi ia datang dari dalam hati. Jasa pimpinan lalu amat saya hargai. Perjuangan mereka bersama UMNO mesti saya teruskan. Itulah azam yang saya genggam selama ini.

    Walau bagaimanapun, kadang-kadang cara saya agak radikal dan sukar diterima oleh orang lain, namun bagi saya ia satu kepuasan bila saya dapat meluahkan pandangan dan menegur sikap lalai sebahagian sahabat-sahabat dalam UMNO yang terlalu meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan parti. Mungkin agaknya kami dalam situasi yang berbeza, saya bukan ahli perniagaan berbanding orang lain, yang sebahagiannya menjadikan UMNO ini sebagai platform mencari peluang perniagaan. Risikonya, bila UMNO gagal membantu, mereka akan kecewa, marah dan mula menyalahkan UMNO dan orang lain.

    Oklah siti lupakan dulu soal itu, mungkin kita boleh bicarakan dalam sesi dialog yang lain, yang lebih khusus. Saya juga ada dengar cerita-cerita taja menaja dalam pertandingan kali ini. Cuma mungkin saya agak kurang berminat dengan gelagat yang begitu. Kerana itu dalam blog ini saya menentang sepenuhnya istilah cai, kapal, team dan sebagainya, dan alhamdulillah, baru-baru ini MT telah memutuskan bahawa segala elemen tersebut tidak dibenarkan lagi digunakan dalam pemilihan kali ini. Selain itu saya juga selalu mengingatkan, bahawa perwakilan kali ini sudah sangat matang dalam menentukan kepimpinan, lebih-lebih lagi setelah apa yang kita alami dalam PRU12. Percayalah Siti, pemilihan kali ini situasinya pasti berubah, kalau memang calon yang menawarkan diri tiada wibawanya, sebesar mana pun penajanya, ia pasti akan gagal. Konsep inilah sahaja yang mesti kita sebarkan kepada rakan-rakan perwakilan kita. Ingatkan mereka, “bahawa setiap pemimpin yang kita pilih, kelak kita akan ditanya”, sejauh manakah amanah dan keikhlasan pemimpin tersebut.

    Selain itu, sikap merupakan salah satu faktor penting dalam melahirkan pemimpin yang bertanggungjawab. Rasa elit, hebat dan seolah-olah taiko di DUN, segala-galanya itu berpunca dari sikap individu. Bagi saya ilmu merupakan elemen paling penting dalam melahirkan seorang pemimpin agung dan hebat. Maksud Ilmu tidak semestinya mempunyai pendidikan yang tinggi melangit, walaupun ia juga satu keperluan. Tetapi Ilmu yang saya maksudkan, adalah menguasai ilmu bagi memenuhi pakej seorang pemimpin. Contoh kepimpinan terbaik (Kepimpinan Rasullullah) adalah seperti berikut, Berilmu pengetahuan, Teras Aqidah yang kukuh, Seorang lelaki, Amanah, Benar dalam perkataan dan tindakan, Keadilan yang meliputi segenap aspek yang dipimpin, Bersifat rahim, Bijak dalam menangani masalah, Sentiasa menyampaikan pesanan dan perkara-perkara yang hak.

    Kesimpulannya, biarlah kita memilih seorang pemimpin yang PANDAI dan CERDIK.

    Terima Kasih.

  11. Khairul Saimun Says:

    Sdr. umnokapar ,

    Sabar, mungkin blog satu elemen baru di Kapar ini atau mungkin sebahagian rakan-rakan kita belum mengetahui lagi kewujudan blog-blog ini. Saya yakin satu masa nanti ia pasti akan jadi pilihan utama untuk kita berinteraksi antara satu sama lain. Kapar Boleh.

  12. siti wan kembang Says:

    waalaikumussalam abang kharil semalam saya agak emosi sedikit tetang pemuda tapi saya salute dengan abang kerana abang mempunyai moral yang tinggi abang tidak mudah di jolok abang untuk bicara busuk soal umno saya menggalakkan untuk abang khairul bertanding AJK UMNO BAHAGIAN KAPAR sudah pasti abang akan dapat undi drp saya kalau saya diterima untuk menjadi perwakilan.saya ingin menyentuk soal kelopok atau bakul yang menjadikan umno lemah selalu nya ia di ujudkan olh kumpulan tertentu bagi menjaga kepentingan orang orang tertentu ini akan melibatkan dasar dan keputusan mana tidak kalau dah ketua punya kawan kawan yang ada kat situ sudah tentu tak betul pun di sokong jer kalau lah ada sorang dua yang tercicir dan duduk dalam barisan orang orang yang ada sifat terpuji berilmu dan amanah sudah tentu di pandang serong bukan begitu abang khairul. saya sedang memikirkan yang mana lebih telus dalam pemilihan semua jawatan dalam umno ni adakah budaya menawarkan diri itu relewan saya ada berjumpa otai di selat klang dia kata budaya menawarkan diri ini ujud semasa anwar melawar tun ghafar jadi kalau ini jadi ikutan maka budaya ini memang tidak elok. saya dok melihat sekarang masing masing menawarkan diri macam hidung mancung pipi tersorang sorang jadi hentikan budaya ini tak sampai 10 tahun masuk umno buat penyata tahunan pun kadang tak betul dah nak menawarkan diri .itu ok gak kalau dia rela untuk menjadi seorang ahli umno tapi yang dulu malas lah itu lah ini lah pun menawarkan diri juga. jadi kepimpinan nya tidak teruji lagi tapi ada yang bagus dia bukan tak nak menawarkan diri tapi dia sedar akan tanggung jawap yang akan dipikul .jadi saya setuju budaya cai dan kabinet bayangan ini di hentikan jadi perwakilan akan menilai seseorang itu sebelum membuat keputusan bukan ambil mudah jer. cadangan ini mistilah dikuatkuasakan bukan saja di bahagian kapa tapi mistilah di seluruh negara dari peringkat caw hinggalah majlis kerja tertinggi barulah ahli ahli puas hati tidak ada dakwa dakwi kalau orang tu buat kesilapan. apa pandanga saudara.

  13. Khairul Saimun Says:

    Assalamualaikum Siti,

    Saya sangat menghargai setiap pandangan yang dikemukakan. Terima kasih Siti. Dua perkara yang ingin saya sentuh dalam pandangan Siti. Pertamanya soal KELOMPOK atau BAKUL yang menjadikan umno lemah. Saya telah memberikan penjelasan terhadap isu ini dengan jelas dalam tulisan saya yang lalu di blog ini bertajuk TOLAK CAI…STYLE LAMA.

    Kedua mengenai soal penawaran diri untuk bertanding sebarang jawatan dalam UMNO Bahagian khususnya. Bagi saya penawaran diri itu tidaklah menjadi kesalahan sangat atau mampu dilihat seolah-olah mahu menonjolkan diri. Secara ikhlas saya memang telah awal-awal lagi menawarkan diri untuk turut serta bertanding sebagai AJK UMNO BAHAGIAN KAPAR pada kali ini. Bagi saya penawaran diri ini penting, kerana secara tidak langsung kita akan dapat memaklumkan kepada cawangan-cawangan tentang hasrat kita. Lebih-lebih lagi, kadang-kadang kita sendiri tidak mengenali semua ketua-ketua cawangan di Bahagian Kapar ini dan mungkin kita juga tidak dikenali oleh semua ketua-ketua cawangan. Bagi saya niat untuk menawarkan diri bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau terlalu beria-ia. Bagi diri saya, saya sekadfar menawarkan diri dan memaklumkan hasrat saya untuk bertanding, jika cawangan rasa saya layak, mereka bolehla mencalonkan dalam persidangan cawangan, tanpa paksaan, jika sebaliknya itu hak mereka. Begitu juga dalam pemilihan nanti, jika saya difikirkan layak dan mampu menyumbang untuk UMNO Kapar, terpulang kepada perwakilan untuk memilih, jika ada calon yang lebih baik saya tak kisah. Bagi saya untuk menyumbang tidaklah semestinya kita mesti mempunyai jawatan atau kedudukan dalam cawangan atau bahagian. Prinsip perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Negara merupakan satu kewajipan kepada kita, so…sebagai rakyat dan umat yang bertanggungjawab, tanpa disuruh, desakan dan paksaan, kita harus sedia berkorban dan menyumbang pada bila-bila masa, Insyaallah. Apa pun, terima kasih sekali lagi atas kepercayaan Siti untuk mengundi saya dalam pemilihan nanti. Wassalam.

  14. siti wan kembang Says:

    asalamualaikum wrt selamat kita berjumpa lagi dan hari ini baru lah saya tahu abang saya ni rupanya ada hajat kalau bergitu sudah pasti saya akan cuba calunkan abang di mesyuarat cawangan saya nanti dan layaklah abang untuk bertanding AJK UMNO BAHAGIAN KAPAR. Hari ini saya nak mengupas sedikit tentang perjuangan ada tiga perkara dalam perjuangan NO satu ialah perjuangan tulin untuk agama bangsa dan tanah air yang NO2 perjuangan untuk seseorang individu untuk mendapatkan ganjaran yang ni langsung tak bolih pakai dan yang N0 3 perjuangan untuk diri sendiri saya harap kalau kita berjuang untuk sebuah negara yang merdeka ini tidak menjurus ke NO2 dan NO3. saya pasti semua ahli umno perjuangannya iklas untuk agama bangsa dan negara lantas kerana iltizam ini maka dicemberui olih parti parti lawan yang tak henti henti menghentam institiusi ini dan pemimpin kita dengan berbagai konspirasi dan tomahan.olih yang demikian ahli umno khusus nya di bahagian kapar am nya di seluruh negara mistilah merapatkan barisan berganding bahu dan menjadikan institiusi ini cemerlang gemilang dan terbilang. Kelmarin saya ada menyentuh pergerakan putri dan pemuda olih kerana abang sudah menawarkan diri untuk bertanding AJK BAHAGIAN abang kenalah berusaha dan berkerja keras saya pulak menawarkan diri untuk menjadi campaign manager kerana saya kenal banyak otai otai drp selat kelang sementa dan sungai pinang dan juga di meru.senario politik kapar agak berbeza sedikit, sekarang ini anjakkan kepimpinan mungkin berlaku di UMNO BAHAGIAN KAPAR situasi nya agak merumitkan tapi tawakal tu allalah dan usaha gigih adalah senjata utama dalam pertandingan ingat abang khairul rintangan pertama ialah pencalunan dimana dun sungai pinang akan mendahului untuk mengadakan mesyuarat agung. Dun sungai pinang akan memulakan persidangan dan kita lihat 15 cawangan dengan trend perubahan dan sudah pasti akan menghidangkan pencalunan bagi membuka tirai persidangan umno di bahagian kapar. umno sungai pinang juga akan mula mencalunkan nama nama AJK UMNO BAHAGIAN KAPAR yang baru daripada Pengurusi tetap hingalah pemeriksa kira kira saya harap nama abang akan tercatit salah seroang daripadanya. abang bolih lah jumpa otai otai sungai pinang seperti Setiusaha bahagian dan 4 orang Ajk bahagian yang ada di sungai pinang tu. dan disini lah saya kira titek permulaan perubahan akan berlaku dan akan mempengaruhi pemilihan umno di bahagian kapar. satu sahaja soalan saya apakah abang tak berpuas hati dengan ajk bahagian kapar sekarang dan apa kah sebab nya.

  15. Khairul Saimun Says:

    Assalamualaikum Siti,

    Secara peribadi saya tiada sebarang masalah dengan AJK Bahagian Kapar yang ada sekarang. Hubungan saya dengan mereka sangat baik dan kami mesra setiap kali berjumpa sama ada secara resmi atau tidak.

    Cuma apa yang saya inginkan pada kepimpinan kali ini ialah satu pasukan jawatankuasa gabungan antara orang lama dan muka baru dari kalangan orang muda. Saya tidak berniat untuk menolak keseluruhan orang lama dalam kepimpinan UMNO Bahagian. Bagi saya ada pengalaman berharga mereka yang perlu ditagih, malah kalau sebahagiannya tidak lagi menjadi jawatankuasa, mereka masih boleh menyumbang sebagai penasihat kepada kepimpinan muda.

    Saya berpandangan, bila sudah berada terlalu lama dalam kepimpinan, komitmen, kreativiti dan produktif mereka sudah semakin kurang. Teori kepimpinan juga harus diambil kira, bila kita sudah terlalu selesa, kita akan mudah lupa dan mula merudum komitmennya.

    Selain itu senario PRU12 yang lalu telah memberi mesej jelas, pengundi golongan muda sudah mula berubah arah. Saluran 4,5 &6 secara puratanya di antara usia 45 tahun ke bawah sudah kurang yang menyokong Barisan Nasional. Sehubungan itu saya membuat kesimpulan, era hari ini seolah-olah milik orang muda yang harus mula diberi peluang untuk memimpin dan menarik semula golongan muda ini untuk kembali bersama kita dan menyokong kita. Kerja-kerja ini mesti dilakukan oleh orang muda, yang lebih memahami apa kehendak orang muda.

    Ada pihak yang mempertikaikan, kenapa tidak Pergerakan Pemuda atau Puteri yang memikul tanggungjawab ini, kerana mereka semua orang muda. Bagi saya Pemuda dan Puteri serta Wanita ada agenda lain yang perlu mereka laksanakan. Kalau semua tanggungjawab itu diserah pada mereka, apa pula tanggungjawab AJK Bahagian. Adakah mereka sekadar memerhatikan dari jauh, dan melemparkan semua kesalahan kepada 3 sayap ini bila ada permasalahan yang berbangkit. Saya anggap kenyataan begitu sebagai kenyataan yang kurang bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri.

    Secara kesimpulannya, saya berdoa semoga AJK UMNO Bahagian Kapar pada kali ini berupaya memenuhi kehendak semasa dan mampu membawa perubahan mendadak kepada perjuangan dan survival UMNO Bahagian Kapar khususnya. Paling saya harapkan pada kali ini hasrat saya melihat gandingan kepimpinan muda dan lama akan terjelma dalam AJK UMNO Bahagian Kapar. Wassalam.

  16. siti wan kembang Says:

    asalamualaikum semua

    Semalam pencalunan AJK UMNO bahagian kapar sudah dibuka dato rahman telah dinobatkan semula jadi ketua bahagian timbalannya pula ialah saudara faizal abdullah serta naibnya pula hj ghazali mohd amin tahniah kepada semua. cukup mantap dan saya lihat ia bolih merubah senario politik kapar yang agak malap selepas pilihanraya.Walaubagaimana pun seramai 110 orang yang menawarkan diri bertanding hanya 57 orang yang layak dan calun G7 yang layak seramai 27 orang.

    saya harap abang khairil bersama didalam senarai 57 orang itu.

    Hari ini saya tertarik untuk memberikan kan komen tentang calun calun G7 calun ini adaalah calun yang bakal menentukan pucuk kepimpinan jadi pilih lah calun yang betul betul komited kalau setakat nak pilih calun yang pergi tu ada kepentingan tak payah lah. pilih calun yang bolih menilai kepimpinan jadi kita dapat hasil yang baik . para perwakilan cawangan kebahagian pun kena lah pilih yang baik sikit yang cakap banyak provok orang suruh tarik diri tu misti ada kepentingan jangan takut undi rahsia semua orang nak macam macam lah helah digunakan untuk mendapatkan nya. apa macam abang khairil ok tak komen ni. cuba abang khairil komen sikit. kalau bolih abg khairil bagi gambaran siapa yang akan pergi agak nya.

  17. Khairul Saimun Says:

    Salam Siti,

    Terima kasih kerana masih setia bersama bicarakapar2 dan terima kasih juga kerana memberikan maklumat mengenai pencalonan UMNO Bahagian Kapar. Saya sebenarnya tidak berada di Kapar sekarang, kerana saya telah diarah bertugas di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh sehingga 27 ogos nanti.

    Saya juga berharap, moga saya tersenarai dalam 57 calun yang layak bertanding sebagai Jawatankuasa UMNO Bahagian Kapar dan turut tersenarai dalam 27 calun G7. Soal pemilihan nanti, saya serahkan sepenuhnya pada para perwakilan Kapar yang bijaksana. Mungkin Siti boleh bantu saya agaknya.

    Untuk komen siapa yang layak menjadi perwakilan G7, saya pun tak punya idea. Bagi saya biasanya perwakilan akan berbincang dengan pimpinan bahagian terlebih dahulu sebelum mereka sepakat untuk memilih Ahli MT UMNO. Saya kira siapa saja yang layak nanti, mereka pasti mampu untuk menentukan kepimpinan terbaik bagi UMNO, kerana mereka telah melalui proses muzakarah bersama-sama perwakilan yang lain.

    Apapun Siti, yakinlah bahawa kita telah laksanakan tanggungjawab kita untuk memilih perwakilan yang terbaik, maka terpulanglah kepada mereka untuk menunaikan amanah yang telah kita berikan itu. Moga mereka menjadi seorang pemimpin dan menunaikan amanah dengan baik dan sempurna. Wassalam.

  18. siti wan kembang Says:

    asalamualaikum abang khairul
    saya pun berada di permatang pauh hari ini saya nak ucapkan tahniah kepada ketua bahagian timbalan ketua bahagian naib ketua bahagian ketua wanita bahagian ketua pemuda bahagian dan ketua putri bahagian kerana mereka semua tu menang tanpa tanding.
    Ini menujukan cawangan di bahagian kapar sudah matang dan sayangkan umno dan pemimpin nya syabas dah tahniah sekali lagi.

    Saya pun sependapat dengan abang khairul menyerahkan semua jawatan yang ditandingi kepada perwakilan, dan umno kapar juga memberikan kepercayaan kepada pucuk pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi Perdana menteri yang kita kasihi. Saya nak ingatkan kepada abang khairul beritahu lah rakan seperjuangan dan perwakilan Umno Kapar tolak calun G7 yang tidak menyokong Pak Lah kerana itu yang akan menjadikan UMNO bahgian Kapar tidak stabil . Ini akan menjadikan titik tolak perpecahan dalam umno yang saya lihat bertambah kukuh selepas persidangan Agong cawangan cawangan. Wakil wakil G7 ini mistilah mengikut keputusan yang umno bahagian telah putuskan jangan pandai pandai sendiri kerana itu adalah untuk kepentingan diri bukan untuk perpaduan dalam UMNO. sekian

  19. siti wan kembang Says:

    asalamualaikum

    apa kah abang khairul sudah jemu tidak menulis lagi teruskan bang. saya hari ni nak tabik dengan pergerakkan putri kapar yang mempunyai adunan dan gaya kepimpinan yang amat terpuji hingga bolih meletaktakan perbagai jawatan dalam satu adunan yang memberikan keselesaan kepada organisasi tersebut. Tahniah kepada kakak Hanimasra
    ni apa pulak cerita G7 dengar citer cikgu tamyes dah jadi mangsa haji azhar sibendahari tu lepas ni sg pinang pulak lepas tu selat klang lepas tu
    meru tapi dah agak kot sesiapa yang kena jadi mangsa tarik diri taapalah cikgu haji tu banyak kenal menteri menteri jadi dia lebih layak.abang khairul leh tak nasihatkan tiga orang ni abang salam abang bakar dan abang mustapa suruh abg tu muhasabah sikit.

  20. Khairul Says:

    Salam Siti Wan Kembang,

    Saya masih menulis seperti biasa. Di blog ini kali terakhir catatan saya pada 8 september yang lalu, siti masih boleh mengikuti tulisan saya. Cuma sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab saya. Agak banyak kerja-kerja luar yang perlu diselesaikan, menjadikan ruang saya agak terhad, walau bagaimanapun saya akan sentiasa up date blog ini, kerana bagi saya hanya inilah ruang kecil yang saya ada untuk berinteraksi dengan beberapa rakan di UMNO Kapar.

    Cerita G7, saya agak malas nak komen. Bagi saya simple, perwakilan tahu siapa yang hendak dipilih. Mereka dah kenal sangat mainan politik sebahagian ahli UMNO do bahagian Kapar. Sabarlah Siti.

    Terima kasih.

  21. siti wan kembang Says:

    asalamualakum

    Selamat berpuasa , saya rasa lega dengan komen yang abang khairul lemparkan kerana komen itu terlalu dewasa buat saya yang baru mengenal apa itu politik tapi sayang saya baru mula berjinak-jinak dengan politik malangnya saya dianugerahkan dengan keadaan yang getir saya menerima sebagai satu cabaran.

  22. Khairul Saimun Says:

    Salam Siti,

    Cabaran itu nikmat berpolitik, kerana itu sesetengah ahli politik takut berhadapan dengan cabaran, kerana mereka tidak yakin dengan kemampuan yang dimiliki. bagi saya kita mesti berani menyahut cabaran, kerana dengan cabaran itulah akan lebih mematangkan kita untuk terus berjuang dalam bidang ini. Jangan fikirkan sangat soal berjaya atau tidak, iktikadkan dalam hati kita bahawa kita ikhlas dan segala-galanya kerana Allah SWT, kerana ada hikmah yang sedang menanti. Selamat berjuang, Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.

  23. siti wan kembang Says:

    asalamualaikum abang khairul saya mengucapkan selamat hari raya aidil fitri minal aidil walfaizin maaf zahir batin kalau ada tulisan saya yang menyinggung atau menyakiti abang khairil atau mana-mana ahli umno dibahagian kapar. Abang khairil saya harap dengan kehadiran hari yang mulia ini marilah kita sama sama ahli umno berganding bahu rapatkan barisan daripada yang veteran hinggalah yang baru hari ini menjadi ahli umno kita tingkatkan tali siratulrahim dan tanamkan semangat perjuangan yang jitu dengan satu tekad kita kembalikan semula negeri selangor kepangkuan UMNO. Untuk pemilihan bahagian kita serahkanlah kepada para perwakilan yang dilantik mereka semua telah dilantik tentu merekaa lebih faham. selamat hari raya maaf zahir dan batin.

  24. siti wan kembang Says:

    asalamualaikum semua terutama kat abg khairol sya dah lama TAK BUAT KOMEN tapi hari ni saya nak berikan pandangan kepada pembaca blok ini khususnya dah khas nya kepada raayat malaysia, SAYA nak mulai dengan perkataan tak faham dengan sikap parti pas pkr dan dap senang citer pr kalau kita perhatikan dan dengar saya yang budak budak pun bolih berfikir setiap pemimpin pembangkang ini tidak pernah bercakap tentang kebaikan umno termasuk pemimpin nya secara sedar atau tidak mereka menidkan kebolihan mentadbir dan membangunkan negara yang telah di terajui olih umno hingga hari ini hingga membolihkan semua yang konon nya pemimpin dikalangan pakatan raayat sekarang mempunya kepintaran dan kebolihan satetlah mendapat pendidikan yang telah diasaskan olih umno tapi mereka sebenarnya telah menderhaka kepada datuk nenek moyang mereka sendiri secara tidak sadar datuk nenek yang telah memberi amanah supaya menjaga ne gara dan umno dengan baik-baik tapi sudah ingkar mereka ini seperti anak anak yang telah menderhaka seperti ketagiahan dadah dilarang lagi dibuat . Kalau mereka tu bagus sangat tentu negeri kelantan tu dah maju gila tak lah raayat nya berhijrah kemeratarata tempat untuk mencari sesuap nasi jadi apakah realitya kemakmuran yang telah diujudkan olih nik aziz . cuba lah fikirkan macammana nak benteras dadah anak anak muda liar dan sudah tidak takut dengan dosa apakah mereka ni semua kalau menyokong pas leh masuk syurga dan orang umno pula kafir saya nak sangat dengar fatwa nik aziz . anuar ibrahim pulak dengan retoric ucapan nya buktikan lah kepada negeri selangor makmurkan lah kalau betul dia bijak dah bagus sangat jangan banyak sangat cakap ini tak betul itu tak betul kamu kaya pun hasil daripada perjuangan mu dalam umno saya sedih tak ada langsung kemajuan dinegeri selangor ini kalau asyik nak menukar orang sana orang sini semua orang tak betul betulkan diri sendiri dulu lainlah kalau dulu BN semua orang papa kedana bila PR memerintah raayat kaya kaya pigidah keluarga saya berniaga kedai runcit masa zaman bn orang banyak beli tunnai bila PR mula memerintah ayah saya mula menanggung hutang ada yang kena bua g kerja kerana kontrak tamat ada yang kena buang kerja kilang macam macam lagi yang pasti selama 15 tahun kedai keluarga kami tidak pernah mengalami depesit bila PR memerintah dah mula banyak hutang makna nya kerajaan nya tak makmur kerajaan yang pilih bulu dan banyak retorik. DAP pun sama juga makmur ke puau pinang kalau betul betul 1 tahun misti dah makmur tak ada duit suruh anuar ibrahim pinjam duit imf tapi tak asyik dok bercakap aje awak kerjaan negeri balun ajelah janji raayat mkmur ini tidak yang bukan bukan isu raja-raja lah isu isa lah isu hakim lah isu bpr lah macam macam lagi tada satu pun yng betul dia orang ni macam balas dendam pulak betul lah tu nak merusuh buat kurang ajar dengan raja nak buat demo kalau tak ada isa kerajaan tak leh ambil tindakan tapi bila buat demo kena tangkap peguam peguam lah untung dan konon lah mereka tolong secara iklas tu semua konsep rasuah apa yang saya lihat diorang ni macam nak balas dendam zaman darurat dulu bila akta ini dikuatkuasakan jadi mungkin juga nenek moyang mereka ada yang kena isa jadi saya nasihatkan buatpapa kita takut isa dan nak buang benda tu sebenarnya iitulah senjata yang paling mustajab . ok esok saya tulis lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: