TOLAK CAI…STYLE LAMA

Setiap kali bila ada pemilihan dalam UMNO, akan muncullah istilah group, team, kapal dan yang paling kesiannya pada hari Mesyuarat Perwakilan tersebut, terutama jika ada pemilihan pimpinan keluarlah satu istilah yang dinamakan Cai, yang menyenaraikan kabinet bayangan khususnya bagi kelompok-kelompok tertentu yang menawarkan diri bertanding untuk pimpinan peringkat Bahagian. Inilah budaya ortodok dalam UMNO, walaupun usia UMNO sudah 62 tahun, Cai masih menjadi amalan ahli-ahli UMNO hingga sekarang. Sebab itu saya katakan ‘kesian’ dengan ahli-ahli UMNO yang begini. Negara sudah merdeka 51 tahun, tetapi cara berfikiran masih tetap mundur.

 

Atas dasar kesedaran itulah, saya sangat setuju dengan konsep reform yang mesti dilaksanakan dalam UMNO sendiri. Jangan lagi menganggap perwakilan UMNO tidak matang. Tempoh 62 tahun itu sudah terlalu matang bagi UMNO. Ahli-ahli, perwakilan dan para pejuang UMNO sudah sangat bijak untuk menentukan mana intan dan mana kaca, siapa pemimpin sebenar dan siapa penumpang, mana pejuang dan mana pembodek. Mereka tahu siapa yang perlu dipilih. Tidak perlu disogok dengan Cai pada hari pemilihan, cukup sekadar menyenaraikan semua calon yang menawarkan diri dan aturlah kaedah berkempen yang disarankan oleh Majlis Tertinggi secara telus dan jujur. Kalau kita memang memenuhi kriteria yang diperlukan oleh perwakilan, saya yakin perwakilan akan meletakkan setiap calon ditempat yang sewajarnya.

 

Bagi yang masih totok dengan cara Cai, kalian sebenarnya tidak punyai wibawa dan pengaruh, kalian sekadar menumpang atau memegang kaki pemimpin lain untuk turut serta dalam kapal tersebut, dan bakal menjadi pengikut YES BOS atau OK BOS bila setiap kali mesyuarat atau melaksanakan program.

 

Kepada semua perwakilan, ayuh kita fikirkan sejenak sebelum membuat keputusan, saya selalu mengingatkan diri saya, bahawa kelak kita akan ditanya siapa pemimpin yang kita pilih. Mari kita lupakan berbagai Cai yang bakal menghujani kita pada hari pemilihan, tetapi kita gunakan sepenuhnya kematangan dan kebijaksanaan kita untuk menentukan barisan pimpinan yang bakal mengemudi UMNO Bahagian Kapar kemercu kejayaan.

 

Ayuh kita sematkan dalam diri kita, kita memilih pemimpin bukan kerana kawan, tetapi kerana wibawa dan kepimpinannya. Selamat Bersidang dan Salam Perjuangan.

8 Responses to “TOLAK CAI…STYLE LAMA”

  1. Mohd Nizam Iksan Says:

    Pada pandangan saudara siapakah yang layak untuk mewakili bahagian kapar?

  2. Khairul Saimun Says:

    Sdr. Mohd. Nizam,

    Saya melihat di Kapar ini mula muncul ramai pemimpin muda yang punyai kelayakan untuk mewakili Bahagian Kapar. Saya katakan demikian bukan kerana tidak mengiktiraf sumbangan pemimpin lama. Pengalaman pemimpin lama masih kita tagih, namun dalam waktu yang sama pemimpin muda mesti diberi ruang sebaiknya untuk bersama memimpin Bahagian kapar.

    Kalau saya ditanya untuk menamakan secara individu, mungkin agak tidak adil, tetapi saya tegaskan, adalah lebih baik pimpinan UMNO Bahagian Kapar memberi ruang yang lebih luas kepada pemimpin muda, untuk mengemudi cabaran UMNO di bahagian Kapar. wassalam.

  3. siti wan kembang Says:

    asalamualaikum wrt kepada abang khairul saimun saya hari ini ingin memberikan sedikit pandangan untuk pemilihan ajk bahagian sebenarnya memang ada pemimpin muda yang berkelayakan di bahagian kapar ini tapi belum tentu ada pengalaman dan ada pemimpin lama yang penuh dengan pengalaman dan kelayakan tidak diberi peluang saya tidak menolak ada pemimpin lama yang ada pengalaman tapi tidak ada kelayakan ada pemimpin muda yang berkelayakan tapi jumut soalnya ini adalah pendemokrasian nak cari pemimpin berkelayakan dan berpengalaman kadang kadang unsur itu di ketipikan yang penting ia adalah calon popular yang suka ampu bodek ketahanan mental dan pendiriannya tidak dipernah diuji jadi mari kita cuba lah berikan pandangan siapa yang agak layak di ketengahkan disini kita ada 137 cawangan hampir 22000 orang ahli sudah tentu ramai yang ada di pasaran di luar sana.

  4. siti wan kembang Says:

    aslamualaikum wrt . selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada abang khairul dan kepada semua pembaca blog ini hari ini genap umur saya 19 tahun kalau dikira saya belum bolih mengundi lagi tapi saya sudah ada pilihan untuk memilih mana satu parti yang akan mewakili saya . Sudah tentu UMNO menjadi pilihan saya kerana ia satu satu nya parti perjuangan jangan di khianati parti ini . parti yang menjadi pusaka warisan bangsa dan menjadi amanah atau wasiat untuk dipelihara olih datuk nenek moyang kepada anak cucu cicit serta generasi mendatang. Saya lihat sudah banyak orang telah menderhaka kepada wasiat ini. Kalau lah wasiat yang berupa spiritual ini juga tidak bolih di jaga bagaimana hendak diamanahkan untuk menjaga sebuah negara. wadah yang sudah di berikan begitu cantik dan rapi masih tidak sempurna sepatutnya kita sebagai penerima wasiat kenalah memperbaikinya ini tidak dirosakkan lagi ada. orang orang yang menderhaka ini kadang tidak sedar , marah kalau anak-anak menderhaka
    kepada ibu bapa tapi apakah perasaan nenek moyang kalau tahu anak dan cucu mereka telah menderhaka kepada UMNO. Saya pelik bagaimana ada orang bolih terpedaya dengan kempen pilihanraya yang telah di launglaungkan olih beberapa parti orang umno kereta besar orang umno rumah besar orang umno sombong siapakah yang sombong siapakah yang banyak ada kereta besar siapakah yang ada rumah berharga baratus ribu ringgit dan lihat lah siapakah yang bercakap dengan sombongnya di sisi parliment macam mereka pulak yang lebih tahu untuk mentadbir dan banyak lagi lepas ini kita jumpa lagik k.

  5. Khairul Says:

    Salam Siti,

    ALLAH SELAMATKAN KAMU… 2X
    ALLAH SELAMATKAN SITI WAN KEMBANG….
    ALLAH SELAMATKAN KAMU…

    Moga panjang umur, murah rezeki dan jadi, sebaik-baik manusia, adalah manusia yang banyak manfaatnya kepada manusia lain…

    Terima kasih.

  6. siti wan kembang Says:

    asalamualaikum wrt . terimakasih saya suka takbir itu melambangkan kebesaran allah dan terima kasih mendoakan saya murah rezeki saudara hari ini saya sudah mula meluat dengan keadaan pembangkang yang seolah olah dia yang menang pilihanraya yang pelik nya kenapa dia selalu menuding telunjuk kearah UMNO tomahan dan kecaman serta kata kata kesat yang di tuding kearah UMNO akan memakan diri sedarlah wahai pakatan raayat sebelum kamu ada pakatan raayat sebahagian kamu pun pernah bersama umno malah kamu lah orang yang telah diberi keistimeaan saya akan tunjukkan satu persatu kemewahan yang telah orang pkr kecapi daripada umno apalah nasib pejuang kemerdekaan yang masih bernyawa lagi pada saat ini saya rasa kalau dibandingkan pemimpin pkr yang pernah jadi orang umno dulu mereka lebih kaya raya tapi pemimpin ini tidak sedar insaf lah kerana apabila kamu menuding telunjuk kearah orang lain tiga daripad jari kamu menuding kearah diri sendiri.

    manusia tidak akan puas bila banyak duit
    masa tu dia hendak kuasa pulak
    tak dapat kuasa mula lah mengaruk tak tentu pasal
    mulalah salah kan orang lain

    betul tak abang khairol

  7. Khairul Says:

    Sabar Siti, pembangkang kemaruk kuasa kerana mereka telah menunggu sejak sekian lama, yang penting sekarang kita jangan lupa diri dan kena mengatur strategi untuk merampas kembali kuasa yang telah hilang. Allah sedang membalas kelalaian kita selama ini.

  8. siti wan kembang Says:

    asalamualaikum
    selamat berjumpa lagi mari kita gempur pakatan raayat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: