KAPAR LEMBAB…LAMBAT

Terkedu gak saya bila seorang kawan menelefon dengan penuh emosi dan mengatakan…”apa ko nak sibuk-sibuk sangat ni dengan blog bicarakapar, ahli-ahli UMNO di Kapar ni tau ke nak berblog”. Isshhh…jangan cakap macam tu, kata saya, mungkin blog ni satu benda baru di Kapar, yang penting kita mula beri pendedahan.

 

Menurutnya lagi, sebahagian ahli-ahli UMNO di Kapar ni lebih sibuk dengan pemilihan bahagian, katanya “ sibuk sangat buat team sana, team sini, jumpa Ketua Cawanganlah, diorang tak tau ke kapal UMNO ni dah nak karam, tak ikut perkembangan langsung”, rungut kawan saya itu.

 

Kadang-kadang bila difikir, betul gak. Pemilihan UMNO Bahagian ni jadikan sebahagian ahli lupa daratan. Masing-masing sibuk menawarkan diri, tanpa membuat servey, ada sokongan atau tidak. Setakat bersandar pada kehebatan yang diiktiraf sendiri, bagi saya baik lupakan saja hasrat tersebut. Kalau setakat menawarkan diri untuk test market, kut-kut ada sokongan, pemimpin tu jenis yang tiada wawasan langsung, baik undur awal-awal, supaya tak menyusahkan UMNO nanti. Bagi saya yang penting bukan individu, tapi UMNO itu sendiri.

 

Sejak kebelakangan ini, semakin terasa hangatnya, sudah mula ada propaganda melabel orang itu penyokong calon ini dan sebagainya. Sudah ada calon-calon yang mula gabra. Bagi saya apa nak takut sangat, kalau kita rasa perkhidmatan kita selama ini ikhlas untuk membantu UMNO dan orang Melayu, insyaallah, jasa kita akan dikenang orang. Tapi kalau setakat cakapnya saja berdegar-degar, tapi habuk pun tarak…faham-faham ajalah. Sementara bagi yang dah lama sangat tu, cukupla…beri peluang pada yang lain, yang lebih agresif, muda dan banyak idea. Jawatan dalam UMNO ni bukan untuk seumur hidup. Janganlah sampai nak kena pancung baru nak turun. Kan lebih baik berundur dengan cara terhormat. Berundur bukan kerana kalah, tetapi kerana sayangkan UMNO dan bangsa Melayu. Barulah kita boleh maju di masa hadapan. Wassalam dan renungkan.

3 Responses to “KAPAR LEMBAB…LAMBAT”

  1. hk Says:

    Sdr ks

    Pemilihan umno bahagian merupakan proses demokrasi yang dibenarkan oleh perlembagaan parti. Tidak ada salahnya mana-mana orang ingin menawarkan diri untuk bertanding mana-mana jawatan dalam parti, asalkan dia ikut peraturan dan prosidur pemilihan. Yang tua yang muda, yang orang kecil dan yang orang besar boleh saja bertanding, ini demokrasi kan. Proses demokrasi akan menjadikan parti kita lebih dewasa tetapi sentiasa remaja.

    Yang dimahukan adalah jangan minta wang, jangan minta projek dan jangan beri wang, jangan beri projek. Itu rasuah politik namanya. Itu menghancurkan parti namanya. Itu politik semalam namanya. Bertanding lah secara sihat. Bertanding lah secara sendirian, jangan buat rakit, jangan buat kapal, jangan buat chai. Pamirkan lah kredibiliti masing-masing, tunjukkan lah kebolehan kepimpinan masing-masing.

    Yang ingin bertahan, jangan takut ditandingi. Perwakilan sudah matang. Mereka sudah tahu antara emas dengan permata, antara intan dengan kaca. Perwakilan juga sayangkan parti, mereka juga mahukan pemimpin yang hebat untuk memimpin parti.

    Saya ingin mengajak sdr dan semua pejuang UMNO di kapar untuk kita sama-sama kita menyemai bait-bait REFORM dalam parti seperti mana yang di luahkan oleh Pak Lah dalam ucapan ulangtahun UMNO baru-baru ini. Hanya reform yang mampu untuk menjadikan parti kita terus relevan dalam perjuangan orang melayu. Reform ini bukan sekadar perubahan. Reform adalah tajdid.

    Reform adalah membaharuan untuk mempertingkatkan qualiti duniawi dan ukhrawi, qualiti spritual mental dan fizikal, kualiti perjuangan dan qualiti kehidupan agar lebih hampir dengan yang MAHA PENCIPTA.

    ikhlas; hk

  2. anak jati meru Says:

    tahniah atas wujudnya blog bicarakapar2.wordpress.com

  3. anak jati meru Says:

    Memang betul bahagian kapar sibuk daLam mencari pengaruh untuk pemilihan akan datang. Jadi kewujudan blog ini haruslah di sebarkan kepada semua agar dijadikan medan untuk pemilihan secara tidak rasmi jejauh manakah pengaruh seseorang sebelum mereka menawarkan diri dan dicalonkan untuk beberapa jawatan tertentu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: