Archive for June, 2008

TERESA KOK KURANG AJAR

June 30, 2008

Saya memetik teks ini dari Blog Bicara Politik DUN Meru untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan di UMNO Bahagian Kapar.

 

Dalam dewan undangan negeri Selangor, Terresa Kok telah mengepalai satu petisyen penduduk di Puchong kepada Datuk Satim Diman (Sri Kembangan) mengenai aduan penduduk bukan Islam terhadap laungan azan subuh yg didakwa menggangu ketenteraman penduduk. Yang bagusnya, wakil-wakil rakyat Islam dari PR yang duduk sebagai ahli dewan undangan negeri Selangor sebagai kerajaan negeri tidak langsung membantah isu ini diketengahkan. Masing-masing menikus, bimbang kedudukan tergugat kerana menentang kerajaan sebenar iaitu DAP. Bimbang kalau-kalau DAP marah nanti, pilihanraya PAS tak kan dapat undi dari cina. Bimbang gak kedudukan tergugat, Dr. Rani, Hasan Ali, Dr. Halimah dan ramai lagi masih gian nak jadi Wakil Rakyat.


Org-org UMNO pula telah diperintah duduk oleh speaker (yg bukan org islam) yg cuba membantah petisyen ini… Dan maklumat disebalik tabir memberitahu, sebenarnya Menteri Besar Selangor adalah Terresa kerana dia banyak mempengaruhi keputusan dewan undangan negeri….


Woi…!!! Dimanakah perginya perjuangan Islam yang dilaungkan oleh PAS. Hassan Ali dah jadi BONEKA Teresa Kok ke, Khalid Ibrahim dah tak berani angkat muka gak ke? Makin hilang arah dah pemimpin PAS dan Islam di Selangor ni kerana tergoda dengan dara tua pelahap babi Teresa Kok.

CALON-CALON…ANDA PELAKON TERBAIK

June 30, 2008

Sejak dua menjak ni, situasi UMNO di Bahagian Kapar agak meriah sekali. Dari sekecil-kecil majlis sampailah program besar, tetamu berpusu-pusu. Kebanyakannya calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan UMNO Bahagian pada bulan Oktober nanti.

 

Yang jarang Nampak sebelum ni pun dah mula muncul, malah lebih ramah mesra dari sebelumnya. PR nya bukan main, lembut gigi dari lidah. Bersalam keliling dengan setiap yang hadir, sambil-sambil tu sempat gak…jangan lupa ya. Bagi yang dah biasa menjadi perwakilan, kita memang faham dengan 3 perkataan keramat tu “JANGAN LUPA YA”. Perkataan tu menunjukkan untuk fasa pertama mohon pencalonan waktu persidangan cawangan dan fasa kedua mohon undi waktu persidangan bahagian. Jangan bimbang calon-calon sekalian, kalau memang sebelum ni kalian memang komited dengan perjuangan parti, insyaallah perwakilan akan undi lagi, tapi kalau setakat muncul bila musim pemilihan saja, faham-faham sajalah. UMNO hari ini bukan macam dulu lagi, perwakilan sekarang bukan macam perwakilan dulu, mudah digula-gulakan. Perwakilan UMNO hari ini sudah matang dan bijak. Kalau  kalian melobi, perwakilan akan kata insyaallah, maklumlah nak jaga hati, tapi hakikatnya kadang-kadang tak begitu.

 

Malah ada sebahagian tu, bila dah menang tak pernah muncul langsung, program-program di bahagian tak pernah Nampak, malah nak jumpa perwakilan pun payah, bila ditegur jawabnya mudah, ala…pemilihan lambat lagi, bila nak pemilihan nanti baru keluar jumpa orang. Elok juga jawapan begitu, maka kita bolehlah jawab…alaa…pemilihan nanti bolehla kita undi orang lain. Tapi yang bagusnya, bila ada pemimpin datang…orang inilah yang muncul dulu, pemimpin sampai pukul 3 petang, dia ni jam 2 petang dah terpacak di tempat program, lepas tu sibuk ke hulu ke hilir sambnil mengarah sana dan mengarah sini, seolah-olah macam dialah manusia paling sibuk dan paling penting.

 

Peristiwa dan insiden-insiden begini memang banyak yang berlaku dalam UMNO. Sandiwara, hipokrit dan retorik sebahagian ahli UMNO yang boleh kita perhatikan. Nak gelak pun ada, marah pun ada, seronok pun ada. Apapun itulah lakonan-lakonan yang biasa kita lihat bukan sahaja di Bahagian Kapar, tetapi turut dirasai di bahagian-bahagian lain.

 

Kesimpulannya, kepada seluruh perwakilan, usia UMNO sudah 62 tahun, gunakanlah kematangan itu untuk kita memilih yang terbaik kepimpinan UMNO Bahagian Kapar, jangan sampai kita tersalah pilih, kerana kepimpinan kali ini punyai tanggungjawab besar untuk mengembalikan kekuatan UMNO di Bahagian Kapar. Salam Perjuangan.

CAKAP TAK SERUPA BIKIN

June 27, 2008

EXCO Selangor, Dato’ Dr Hasan Ali membidas kerajaan persekutuan kerana melakukan sekatan dengan tidak membenarkan beliau turut serta dalam Program Sukarelawan Ziarah Hospital yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Gombak baru-baru ini memandangkan hospital dibawah kerajaan pusat.

 

Beliau mengulas, “ ini adalah sistem yang paling zalim dan tidak masuk akal serta menyeru supaya pentadbiran pusat yang terdiri dari jabatan dan kementerian menghapuskan sekatan tersebut”, katanya.

 

Saranan Dato’ Hasan Ali itu memang baik, tetapi beliau sedarkah bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor juga turut bertindak sama dengan tidak membenarkan wakil-wakil rakyat BN di Selangor hadir ke sekolah-sekolah agama milik kerajaan negeri, sebagaimana yang dialami oleh ADUN Sementa, Dato’ Abdul Rahman Palil. Dalam satu peristiwa, beberapa jam sebelum majlis berlangsung, Dato’ Rahman telah dihubungi ioleh Guru Besar sekolah tersebut memaklumkan beliau tidak boleh hadir kerana arahan dari kerajaan negeri.

 

Berdasarkan peristiwa ini, saya bersetuju ungkapan ‘sistem paling zalim dan tidak masuk akal’ yang dikatakan oleh Dato’ Hasan Ali. Terbukti memang kerajaan PR Selangor turut zalim dan melaksanakan sistem yang tidak masuk akal dalam pentadbirannya kerana menghalang wakil rakyat BN hadir ke sekolah agama milik kerajaan negeri, sedangkan sekolah tersebut sudah mempunyai hubungan yang baik dengan Dato’ Rahman sejak PR belum wujud lagi, bayangkan siapa yang lebih zalim dan tidak masuk akal.

 

Sehubungan itu, rakyat janganlah terlalu cepat percaya dan terpengaruh dengan sandiwara kerajaan PR di Selangor. Tembelangnya sudah banyak yang pecah. Busuknya PR di Selangor ini sudah tidak tertanggung lagi oleh rakyat, bukan sahaja di Selangor, tetapi seluruh Negara. Kalau setakat mahukan popular dengan mencipta publisiti murahan dengan membohongi rakyat dengan berbagai janji manifesto yang tak tertunai, lupakanlah. Hari ini mungkin rakyat masih boleh kata, “cuba kita beri peluang”, baru 100 hari, tapi kalau dan bertahun takkan memanjang nak meminta peluang. Saya yakin rakyat Selangor, rakyat yang berfikir dengan standard rakyat sebuah negeri maju, jangan banyak sangat sandiwaranya, kerana sandiwara itu nanti bakal lebih cepat ditamatkan episodnya.

 

Bagi Dato’ Hasan Ali, banyakkan muhasabah. Inilah balanya kalau bersekongkol dengan kelompok manusia yang banyak agenda tersembunyi dibelakang kita, khususnya untuk menghancurkan Islam. Allah SWT tak redha. Jangan banyak menentang ulama’, singkir kelompok Us. Hasan Syukri. Balanya datang menimpa diri. Yang zalim sebenarnya bukan sesiapa, tapi diri sendiri yang buat, akhirnya ia akan kembali memakan diri.

WELCOME EZAM MOHD. NOR

June 27, 2008

MT UMNO telah mengesahkan permohonan Ezam Mohd. Nor bagi menyertai UMNO semula. Keputusan ini membuktikan bahawa UMNO sedia menerima sesiapa sahaja yang ingin menyumbang khidmat baktinya demi survival UMNO, Islam dan bangsa Melayu. Keputusan ini juga wajar kita lihat sebagai petanda positif terhadap pimpinan UMNO yang sentiasa terbuka dan bermusyawarah dalam menentukan sesuatu keputusan. Inilah amalan dan budaya UMNO yang telah diamalkan sejak dulu.

 

Bermula dari sekarang, marilah kita lupakan rasa sangsi dan prejudis kita kepada Ezam yang sebelum ini sebahagian ahli-ahli UMNO merasa kemasukan Ezam boleh menimbulkan masalah dalam UMNO, lebih-lebih lagi kemasukannya ketika musim pemilihan yang semakin hangat diperkatakan. Ada yang bimbang Ezam menawarkan diri bertanding merebut jawatan dalam UMNO dan berbagai lagi spekulasi yang timbul.

 

Akhirnya rasa sangsi itu pasti semakin melegakan sebahagian ahli UMNO bila MT mensyaratkan Ezam tidak boleh bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan kali ini. Mungkin keputusan tersebut dibuat agar Ezam perlu membuktikan dahulu sepenuhnya keikhlasan hatinya kembali semula kepada UMNO. Yang lebih seronok lagi dengan keputusan ini ialah individu yang merasakan tergugat dengan kembalinya Ezam dalam pentas politik UMNO.

 

Sehubungan itu, dalam diam saya terfikir, hebat rupanya insan bernama Mohamad Ezam Mohd. Nor ini. Namanya sahaja sudah mempunyai aura yang tersendiri. Cakapnya menjadi buruan media dan pasti kemasukannya semula ke UMNO mengegarkan jiwa pemimpin utama Pakatan Rakyat, yang sebahagian besar rahsia mereka dalam poket Ezam. Apakan tidak, ketika Ezam menyerahkan borang UMNO pada Pak Lah sahaja, berbagai-bagai rasa orang UMNO, hinggalah ada yang memikirkan berbagai spekulasi. Begini rupanya aura orang hebat seperti Ezam.

 

Apapun, tahniah pada Ezam. Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bi kum, Welcome dan selamat datang ke UMNO. Ayuh kita teruskan perjuangan ini. Kita ikhlaskan diri dalam arus perjuangan UMNO demi Agama, Bangsa dan Negara. Jangan dilayan sangat segelintir kecil ahli UMNO yang terngiang-ngiang seperti langau, itu hanya ahli yang bimbang kedudukan mereka tergugat. Saya yakin Ezam ikhlas bersama UMNO, bagi beliau soal bertanding atau tidak bukanlah agenda yang terlalu penting. Soal jawatan bukanlah matlamat perjuangannya. Kalau Ezam jenis yang gilakan jawatan, beliau sudah pernah memegang berbagai jawatan tinggi dan penting samada sebagai Setiausaha Politik hinggalah memimpin gerakan politik di peringkat kebangsaan.

 

Marilah kita bersangka baik, positif thinking dan berganding bahu menggembeling kehebatan kita bersama, seiring berjuang dan saya yakin kita yang ada, digabung dengan apa yang Ezam miliki, percayalah UMNO akan lebih digeruni dalam tempoh mendatang ini. Lupakan titik kesangsian dalam diri kita, segala perjuangan ini bukanlah untuk Perdana Menteri, Majlis Tertinggi atau peribadi, tetapi segala-galanya untuk UMNO, Agama, Bangsa dan Negara. Salam Perjuangan. UMNO…Dulu…Kini dan Selamanya….

ISLAM HADHARI LWN AMANAT HAJI HADI

June 25, 2008

10 prinsip Islam Hadhari

 

1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi.
2. Kerajaan adil dan beramanah.
3. Rakyat berjiwa merdeka.
4. Penguasaan ilmu pengetahuan.
5. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif.
6. Kehidupan berkualiti.
7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.
8. Keutuhan budaya dan moral.
9. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi.
10. Kekuatan Pertahanan dan Perpaduan.

 

Amanat Haji Hadi

 

”Saudara-saudara sekalian,

 Percayalah. Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO.

Kita menentang Barisan Nasional (BN), bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia menegakkan perlembagaan penjajahan, mengekalkan peraturan kafir.

 

”Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad,derma kita adalah jihad dan kerana itu kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita  adalah mati Islam.”Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak  payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha tetapi kita akan menjadi  kafir dengan mengatakan politik suku (asing), agama suku”.

 

Pakatan Rakyat di Selangor tetap dengan keputusannya tidak membenarkan program mempromosikan Islam hadhari di negeri itu kerana ia “mengelirukan” dan programnya “membuang masa”, kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

 

Sehubungan itu, adalah dicadangkan juga agar Dato’ Dr. Hasan Ali turut mengambil langkah sama agar mengharamkan juga Amanat Haji Hadi yang masih menjadi pegangan sebahagian ahli PAS yang taksub dengan fahaman tersebut, kerana dibimbangi akhirnya boleh membawa kepada kesan yang lebih buruk, lebih-lebih lagi sekarang ini PAS juga telah menjalin kerjasama dengan parti kafir DAP dan PKR yeng terang-terangan menolak penubuhan Negara Islam yang di celotehkan oleh PAS selama ini. Malah DAP juga sudah beranggapan bahawa PAS sudah melupakan hasrat menubuhkan Negara Islam, memandangkan dalam pilihanraya yang lalu, langsung tidak disebutkan tentang Negara Islam lagi.

 

Keyakinan DAP ini juga pastinya diperkuatkan lagi melalui strategi terdesak PAS untuk mendapatkan sokongan kafir dalam parti mereka dengan menubuhkan kelab penyokong PAS yang dianggotai oleh kelompok bukan Islam.

 

Alahaiiii…PAS, kerana kepentingan peribadi, perkara kecil berkisar istilah dianggap besar, yang penting dilihat adalah kandungannya….Isunya mudah, kerana Konsep Islam Hadhari di perkenalkan oleh Pak Lah…maka di tolak, tetapi Amanat Haji Hadi oleh Hadi Awang, mau tak mau kena terima dan tidak boleh ditolak, nanti derhaka pada Presiden.

 

 

 

100 HARI PR SELANGOR HEBAT

June 25, 2008

Tempoh pentadbiran 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor boleh dikategorikan sebagai hebat dan dipenuhi dengan berbagai tindakan-tindakan popular sehingga menjadi tumpuan media dan rakyat seluruh Negara. Maklumlah satu-satunya kerajaan PR di negeri maju. Antara pencapaian memberangsangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor adalah :

 

·        Meluluskan projek mega ternakan BABI bernilai RM100 Juta.

·       Menghapuskan peraturan menghadkan keluasan rumah ibadat bukan Islam dan menambahkan peruntukan sediada.

·        Mengharamkan Islam Hadhari.

·        Siasatan BPR terhadap pegawai kanan Pejabat MB

·        Penyaluran sumbangan kewangan Majlis Sambutan 100 hari Pakatan Rakyat ke akaun PKR ( naya Dato’ Hasan Ali kena kincing PKR).

 

Saya agak bersetuju dengan kenyataan Ketua Pembangkang DUN Selangor, Dato’ Seri Dr. Khir Toyo yang mempertikaikan kerajaan PR ini yang lebih sibuk menyelongkar dan mencari kesilapan kerajaan lalu daripada merangka perancangan jangka panjang untuk rakyat Selangor. Kerakusan mencari kesilapan orang lain itu, akhirnya menyerlahkan berbagai kelemahan dan kesilapan sendiri tanpa perlu didedahkan oleh orang lain.

 

Seperkara lagi, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah atas keberanian Pemuda PAS Selangor pimpinan Sdr. Sallehen Muhyi yang mengkritik kepimpinan  kerajaan PR ini, samada mengenai isu Konsert maupun isu penyaluran sumbangan sambutan 100 hari. Tindakan cepat Pemuda PAS yang mampu mengesan dan menentang penyelewengan ini, saya yakin ia mampu menghalang penyelewengan yang lebih besar berlaku pada masa akan datang, atau yang lebih jelas, mungkin mereka sudah mula merasa PAS hanya sebagai sleeping partner sahaja dalam kerajaan PR Selangor pada hari ini, selain mampu mengembalikan maruah Pengerusi Sambutan majlis tersebut dari terus diperbodohkan dan dijadikan boneka PKR dan DAP. Syabas Pemuda PAS, Takbirrrrrrrrrr.

 

Tahniah juga kepada, Sdr. Mohd Yahya Mat Sahri, Setiausaha PKR Selangor yang juga sekarang mantan Pegawai Tugas-Tugas Khas MB Selangor yang disiasat BPR dengan mengambil tindakan meletak jawatan gara-gara kecewa dengan tindakan MB yang menggantung tugas beliau hanya melalui SMS sahaja, atas alasan agar beliau tidak terkejut apabila menerima surat resmi. Sangat menghairankan, sebagai bekas seorang CEO sebuah agensi tersohor, begitu mudah mengambil tindakan sedemikian. Sekadar mengingatkan Tan Sri Khalid Ibrahim, ini bukan syarikat…tapi ini politik, situasinya berbeza. Kalau kurang faham, kan lebih baik bertanya pada yang tahu. Syabas Sdr. Mohd. Yahya yang Berjaya menghimpunkan penyokongnya di rumah MB. Reformasiiiiii.

 

Apapun, menjadi harapan rakyat Selangor, agar air percuma yang dijanjikan bermula Jun ini dapat diteruskan berpanjangan, sekurang-kurangnya kerajaan PR ada modal untuk dijaja sepanjang tempoh memerintah, dengan menunaikan satu manifesto dan melupakan banyak lagi manifesto yang lain. Agaknya Tan Sri Khalid Ibrahim dah mula rasa, tempoh 100 hari ini, seksanya macam dah memerintah 100 tahun.

ISLAM…MANGSA KONSEP KEADILAN DAN KESAMARATAAN

June 25, 2008

Keputusan kerajaan negeri Selangor untuk menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam yang tidak boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi di negeri itu telah menimbulkan berbagai reaksi dari berbagai pihak dan orang ramai, khususnya di kalangan orang Islam, sehingga ada suara-suara yang menyebutkan ‘Adakah konsep keadilan dan kesamarataan yang menjadi teras pentadbiran kerajaan negeri Selangor sekarang melabelkan Agama Islam itu setaraf dengan agama-agama lain di Negara ini.

 

Isu ini semakin hangat diperkatakan, bukan sahaja oleh rakyat negeri Selangor, malah sudah menjadi isu nasional, selepas diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Dr. Xavier Jayakumar bersama Pengerusi Tetap Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Ronnie Liu.

 

Setiausaha Agung ABIM dalam satu kenyataannya meminta agar kerajaan negeri mengkaji semula keputusan tersebut, memandangkan menurut kajian yang telah dibuat oleh ABIM di lembah Klang mendapati, rumah ibadat lebih banyak kewujudannya berbanding masjid.

 

Sementara itu, ada pihak yang mahu kerajaan pusat campur tangan dalam menangani isu ini, namun menurut Dato’ Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Kerajaan Pusat tidak mempunyai bidang kuasa untuk campur tangan dengan keputusan kerajaan negeri Selangor itu, memandangkan keluasan sesuatu rumah ibadat bukan Islam hanya ditentukan oleh kerajaan negeri dengan melalui pihak berkuasa tempatan.

 

Menurut beliau lagi, isu tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan oleh kedua-dua EXCO tersebut, memandangkan telah wujud satu garis panduan khas kerana Islam adalah agama rasmi negara dan mempunyai garis panduan tertentu tanpa mengetepikan agama lain.

 

Kesimpulannya, terpulanglah kepada rakyat negeri Selangor sendiri untuk bersama-sama mengambil pendekatan terbaik bagi menangani masalah ini. Apa yang penting bagi kita semua, kesucian Islam itu mesti di[pertahankan sebagai sebuah agama yang adil dan syumul, tanpa boleh diganggu gugat oleh sesiapa pun.

MELAYU DALAM BAHAYA

June 24, 2008

Konsep KETUANAN MELAYU mesti dipertahankan, jika tidak Melayu hanya tinggal nama sahaja di bumi Malaysia ini. Sehubungan itu cadangan untuk menjadikan matapelajaran sejarah untuk diajar semula di sekolah rendah merupakan satu langkah yang wajar, agar anak-anak kita akan lebih memahami sejarah perjuangan bangsa dan kenapa dalam perlembagaan  terdapat Artikel 153 yang mencatatkan Hak Istimewa Orang Melayu.

 

Sewajarnya kaum lain tidak perlu gusar atau bimbang dengan istilah Ketuanan Melayu itu, kerana Ketuanan Melayu bukanlah bermaksud orang Melayu itu menjadi tuan sementara kaum lain menjadi hamba kepada orang Melayu. Istilah Ketuanan melayu merujuk kepada sejarah bahawa Negara ini pernah diperintah oleh Sultan dan raja-raja Melayu yang merupakan tuan kepada Tanah Melayu, yang sudi memberikan kuasa mereka kepada rakyat melalui penerimaan system Raja berperlembagaan.

 

Catatan dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia yang menyebutkan tentang Hak Istimewa Orang Melayu, tetap tidak meminggirkan kepentingan bangsa-bangsa lain di Negara ini. Bangsa lain masih bebas untuk mengamalkan cara dan budaya kehidupan mereka selagi tidak mengganggu gugat kepentingan kaum lain. Sehubungan itu, sepatutnya ketuanan Melayu itu tidaklah menjadi isu yang perlu untuk dibahas dan dipertikaikan.

 

 Namun sejak kebelakangan ini, muncul satu lagi istilah yang cuba untuk menidakkan Ketuanan Melayu. Istilah Ketuanan Rakyat mula dijaja oleh orang Melayu sendiri yang mempunyai agenda dan kepentingan peribadi. Itu yang amat menyedihkan. Sehubungan itu, UMNO sebagai parti dominan yang memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan Islam di Negara ini mestilah terus berani mempertahankan konsep ini. Ini merupakan satu jihad dan perjuangan yang mesti dilaksanakan bersama, demi memastikan kepentingan Islam dan Melayu itu akan terus terjaga di bumi Malaysia. Pastinya kita tidak mahu satu hari nanti Islam dan Melayu ini tarafnya sama seperti lain-lain agama dan bangsa di Malaysia ini.

 

Antara pendekatan terbaik, Melayu mesti bersatu. Lupakan soal parti dan fahaman individu, tetapi ayuhlah kita bersatu atas nama Islam dan Melayu. Segala-galanya kerana untuk survival berterusan Islam dan Melayu di bumi Malaysia.

BUDAYA BUSUK UMNO

June 24, 2008

Bila musim pemilihan semakin hampIr, maka bermulalah cakap-cakap belakang yang menghentam, menuduh, adu domba dan berbagai kaedah digunakan untuk menjatuhkan populariti dan wibawa calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding. Inilah BUDAYA BUSUK dalam UMNO yang seolah-olah sudah menjadi darah daging dan sukar untuk diubah. Inilah masalahnya bila ada ahli-ahli UMNO yang rakus mencari tempat, tetapi kurang cerdik berpolitik dan hanya mementingkan diri sendiri. Lebih banyak berfikir, “lantaklah orang lain, yang penting aku menang bertanding’. Selepas itu sekadar ke hulu ke hilir menjaja cerita, kononya dialah yang paling bagus sebagai pemimpin. Ini adalah sebahagian masalah yang dihadapi oleh UMNO bila ada ahli yang tak berpendidikan, tetapi berlagak seperti dialah manusia yang paling hebat dan tahu segala-galanya. Hebatnya menjaja cerita yang belum pasti dan sekadar mendengar dari mulut orang lain di kedai kopi. Inilah orangnya yang melemahkan UMNO dan mampu menghancurkan UMNO kalau tidak dibendung.

 

Situasi ini turut berlaku di Kapar. Saya sudah mula dihujani dengan berbagai cerita tersebut. Bagi saya, biarlah saya sekadar menjadi pendengar, namun saya masih yakin saya mampu memilih siapa yang selayaknya untuk dinobatkan memimpin UMNO Bahagian Kapar untuk menghadapi cabaran masa hadapan. Cerita paling hangat yang disebar sekarang antaranya timbulnya isu kroni, di Meru contohnya, Haji Mustafa, Jawatankuasa UMNO Bahagian sudah dilabel sebagai kroni Dato’ Jaei dan beberapa nama lagi yang tak perlu disebutkan. Cerita pemilihan UMNO Bahagian, lebih hangat. Ada yang melabel, Haji Faizal, Ketua Pemuda memberi restu kepada Puan Norliza menentang Dato’ Rahman sebagai Ketua Bahagian melalui gabungan Pn. Liza sebagai Ketua Bahagian, Haji Faizal sebagai Timbalan dan Hj. Ghazali sebagai Naib. Dalam waktu yang sama juga Dato’ Rahman dikatakan sudah membuat announcement, beliau akan mempertahankan jawatan dengan bergabung bersama Haji Faizal sebagai Timbalan Ketua dan Haji Ghazali sebagai Naib Ketua. Malah muncul sekelompok lagi yang berusaha mempertahankan team Dato’ Rahman, Dato’ Jaei dan Dato’ Rasyid untuk memimpin Bahagian Kapar.

 

Kalau diteliti propaganda ini, yang hebatnya bukan Dato’ Rahman atau Pn. Liza, tetapi Haji Faizal…powerfull tu, boleh bagi restu pada Pn. Liza untuk bertanding Ketua Bahagian, kemudian dalam waktu yang sama team up dengan Dato’ Rahman untuk mempertahankan jawatan. Intipati dari propaganda ini, niat pembawa cerita bukan untuk mengukuhkan UMNO Bahagian Kapar, tetapi mereka sedang merangka untuk menghancurkan perpaduan dan kekuatan UMNO Kapar sendiri.

 

Saya berharap, semua ahli UMNO di Bahagian Kapar, berhati-hati dengan propaganda ini, saya bimbang cerita ini dijaja oleh parti-parti pembangkang yang menggunakan orang UMNO yang berkepentingan untuk melemahkan Bahagian Kapar. Bagi ahli UMNO yang disogokkan dengan cerita ini, singkirkan sahaja pembawa cerita, walaupun ia seorang ahli UMNO, biar kita korbankan pengadu domba ini, demi UMNO yang kita dokong selama ini.

TOLAK CAI…STYLE LAMA

June 23, 2008

Setiap kali bila ada pemilihan dalam UMNO, akan muncullah istilah group, team, kapal dan yang paling kesiannya pada hari Mesyuarat Perwakilan tersebut, terutama jika ada pemilihan pimpinan keluarlah satu istilah yang dinamakan Cai, yang menyenaraikan kabinet bayangan khususnya bagi kelompok-kelompok tertentu yang menawarkan diri bertanding untuk pimpinan peringkat Bahagian. Inilah budaya ortodok dalam UMNO, walaupun usia UMNO sudah 62 tahun, Cai masih menjadi amalan ahli-ahli UMNO hingga sekarang. Sebab itu saya katakan ‘kesian’ dengan ahli-ahli UMNO yang begini. Negara sudah merdeka 51 tahun, tetapi cara berfikiran masih tetap mundur.

 

Atas dasar kesedaran itulah, saya sangat setuju dengan konsep reform yang mesti dilaksanakan dalam UMNO sendiri. Jangan lagi menganggap perwakilan UMNO tidak matang. Tempoh 62 tahun itu sudah terlalu matang bagi UMNO. Ahli-ahli, perwakilan dan para pejuang UMNO sudah sangat bijak untuk menentukan mana intan dan mana kaca, siapa pemimpin sebenar dan siapa penumpang, mana pejuang dan mana pembodek. Mereka tahu siapa yang perlu dipilih. Tidak perlu disogok dengan Cai pada hari pemilihan, cukup sekadar menyenaraikan semua calon yang menawarkan diri dan aturlah kaedah berkempen yang disarankan oleh Majlis Tertinggi secara telus dan jujur. Kalau kita memang memenuhi kriteria yang diperlukan oleh perwakilan, saya yakin perwakilan akan meletakkan setiap calon ditempat yang sewajarnya.

 

Bagi yang masih totok dengan cara Cai, kalian sebenarnya tidak punyai wibawa dan pengaruh, kalian sekadar menumpang atau memegang kaki pemimpin lain untuk turut serta dalam kapal tersebut, dan bakal menjadi pengikut YES BOS atau OK BOS bila setiap kali mesyuarat atau melaksanakan program.

 

Kepada semua perwakilan, ayuh kita fikirkan sejenak sebelum membuat keputusan, saya selalu mengingatkan diri saya, bahawa kelak kita akan ditanya siapa pemimpin yang kita pilih. Mari kita lupakan berbagai Cai yang bakal menghujani kita pada hari pemilihan, tetapi kita gunakan sepenuhnya kematangan dan kebijaksanaan kita untuk menentukan barisan pimpinan yang bakal mengemudi UMNO Bahagian Kapar kemercu kejayaan.

 

Ayuh kita sematkan dalam diri kita, kita memilih pemimpin bukan kerana kawan, tetapi kerana wibawa dan kepimpinannya. Selamat Bersidang dan Salam Perjuangan.