SIAPA KETUA PEMUDA UMNO KAPAR

Dalam banyak-banyak persaingan untuk pemilihan di UMNO Bahagian Kapar, nampaknya pemilihan peringkat Pergerakan Pemuda agak panas dan mendapat perhatian. Mungkin kerana pergerakan pemuda Kapar sebelum ini dilihat paling menonjol berbanding sayap yang lain.

 

Maklumat yang diterima, setakat ini 3 orang calon telah menawarkan diri untuk menjadi calon Ketua Pemuda UMNO Kapar. Antara yang disebut-sebut ialah :

 

HAJI ROSLEE ABD. HAMID – Seorang usahawan muda yang Berjaya. Berasal dari DUN Sementa. Merupakan Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kapar.

 

SDR. ROSFUAD HAJI SHAHID – Seorang usahawan muda yang berjaya. Merupakan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg. Haji Mohd. Sharif. Berasal dari DUN Meru. Merupakan Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kapar.

 

HAJI MOHD. FAREED SAMAES – Bekas Ketua Pegawai Penyelaras Masjid negeri Selangor. Merupakan seorang Ketua Cawangan dari DUN Meru. Beliau juga merupakan Pengerusi Kelab Mahasiswa Parlimen Kapar.

 

Sekali pandang, ke tiga-tiga calon yang menawarkan diri, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri untuk mengemudi Pemuda UMNO Bahagian Kapar ke era yang lebih gemilang. Pimpinan lalu tidak perlu dipertikaikan. Kejayaan mereka membawa pergerakan pemuda ke era kegemilangan telah terbukti, sehinggakan Ketua Pemuda UMNO Kapar pernah diberi pengiktirafan, dimana Sdr. Jaya Kusuma Haji Rusman pernah ditabal sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor, sementara Tuan Haji Faizal Abdullah pula dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor.

 

Bagi saya, sesiapa sahaja yang bakal dipilih oleh perwakilan untuk menerajui Pemuda UMNO Kapar, kalian sebenarnya mempunyai tanggungjawab berat untuk kembali meletakkan pemuda sebagai sayap yang digeruni dan disegani, khususnya di Parlimen Kapar. Perubahan iklim politik selepas PRU12, menuntut pergerakan pemuda memainkan peranan yang besar untuk memastikan maruah UMNO itu mampu dikembalikan. Slogan “SEDIA GEMPUR” yang menjadi kebanggaan pemuda, mestilah diterjemahkan dengan sebaiknya. Kesediaan membentuk satu jatidiri yang kukuh dan mentap dengan perjuangan parti mestilah dipasakkan sekuat mungkin dalam diri pemuda, agar pemuda akan sentiasa bersedia mendepani cabaran tsunami politik yang bakal mendatang. Inilah antara strategi awal yang mesti dilaksanakan oleh pimpinan pemuda kapar akan datang. Semangat dan keyakinan pemuda UMNO mesti dikembalikan semula untuk menggempur pakatan pembangkang yang semakin ghairah mempertahankan kedudukan.

 

Selain itu, pimpinan pemuda juga mesti segera menyediakan pasukan pemuda yang mampu untuk berdebat, berdialog dan berhadapan dengan gerakan pemuda pihak pembangkang yang sebahagiannya dilihat mempunyai sedikit kelebihan. Soal boleh berdalil atau tidak bukan menjadi ukuran, tetapi yang penting keberanian berhadapan dengan mereka bersama perkembangan isu semasa dan kebijaksanaan menggunakan isu tersebut adalah lebih penting. Suka atau tidak, ia merupakan satu penanda aras kepada pemuda yang wajar di rancang dan dilaksanakan dengan sistematik agar pemuda Kapar benar-benar mampu dilihat sebagai gerakan yang berwibawa.

 

Saya yakin, calon-calon yang menawarkan diri mampu untuk merealisasikan hasrat tersebut, bersama EXCOnya yang bakal dipilih nanti. Selain itu saya juga yakin, jika diperlukan, pastinya mantan-mantan pemuda di bahagian Kapar masih mampu untuk menyumbang kepada gerakan ini. Laksanakanlah kempen kalian dengan berhemah dan berintegriti. Yakinkanlah semua perwakilan bahawa kalian adalah calon terbaik untuk menerajui Pemuda UMNO Bahagian Kapar. Salam Perjuangan.

About these ads

18 Responses to “SIAPA KETUA PEMUDA UMNO KAPAR”

  1. TAIKO Says:

    Nak jadi calon tu kena la ukur baju pada badan sendiri….kalau syok sendiri susah jugak…bukan ape takut menyusahkan diri aje…

    saper makan cili dia la terasa pedas….hehehe

    P/s…(ada la mamat sorang tu belum ape2 dah melatah komplain sane sini…macam mane nak jadi pemimpin)

  2. zelmey Says:

    Bagaimana kalau zelmey yang jadi calon?

  3. Khairul Saimun Says:

    Saudara Zelmey,

    Saudara layak kalau saudara memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu ahli UMNO yang sah, membayar yuran dan umur tidak melebihi 40 tahun. Demokrasi Zelmey, sesiapa sahaja layak menawarkan diri. Lawan jangan tak lawan. Terima kasih.

  4. PetirV6 Says:

    Salam.

    Ketiga-tiga calon 2 ok.Tapi salah 1 darinya adalah yang terbaik dari semua segi,tidak perlu dipersoalkan.harap2 semua dapat menilai kebolehan wakil calon yang dipilih.Demi masa depan bangsa melayu & agama islam.

  5. siti wan kembang Says:

    aslamualaikum wrt kepada semua penulis blogs disini rupanya abang abang yang saya kasihi berada saya memang suka membicarakan soal pertandingan pemuda dia bergitu sensasi kalau dibandingkan putri wanita dan bahagian nasib mungkin menyebelahi saya kalau ada jodoh nanti saya nak cari juga pemuda pemuda hansom daripada kapar bolih ke abang khairul. Saya pula berpandangan sebenarnya calun tu masih kurang lagi kalau nak dibanding kan dengan ketua pemuda yang ada sekarang ini lebih ramai calun lebih bagus barulah kita bolih pilih yang mana satu terbaik tapi jangan lah sebagai calun mulut celupar pulak kena ada visi dan misi kena ada intergriti kena ada aklak yang mulia kena ada pengalaman dan pendidikan yang maha penting amanah .kata abang kahirul misti mempunya ciri ciri sifat nabi tablik sidik amanah dan fatonah. Begitu juga ajk pemuda bahagian mistilah juga mempunyai ciri ciri tersebut diatas jangan lah berkomplot yang pelik ketua komplot ni pulak tak bertanding tapi dah berangan jawatan tertentu seperti setiusa penerangan dan bendahari ini lkonon nya ia menjadi taiko di dun masing masing siapa jadi keua besok carilah setiusa yang ada kebolihancari lh penerangan yang bolih bercakap dan cari lah bendahari yang amanah bukn kerana dia berlagak samseng kerana bolih mengumpulkan ketua ketua pemuda.bye

  6. SESUMPAH Says:

    ALO BRO….jangan asyik sibuk nak cari pencalonan aje…tengok2 la sikit cawangan-cawangan tu, jangan nanti bile tgh syok ronda cari pencalonan sampai hari persidangan bilik gerakan cawangan gantung bendera PKR…ada cawangan yang dan nak gulung tikar dan juga dah berkubur…lagi satu hal ada pulak calon KP yang pemuda cawangan takde pun ada hati nak bertanding peringkat bhg..nak pilih calon KP biarlah yang betul…teringat pulak cakap ustaz tentang ciri-ciri pemimpin yang munafik….LU PIKIR LA SENDIRI..BRO

  7. SESUMPAH Says:

    ALO BRO….lu orang jangan asyik sibuk nak cari pencalonan aje…tengok2 la sikit cawangan-cawangan tu, jangan nanti bile tgh syok ronda cari pencalonan sampai hari persidangan bilik gerakan cawangan gantung bendera PKR…ada cawangan yang dah nak gulung tikar dan juga dah berkubur…lagi satu hal ada pulak calon KP yang pemuda cawangan takde pun ada hati nak bertanding peringkat bhg..nak pilih calon KP biarlah yang betul…teringat pulak cakap ustaz tentang ciri-ciri pemimpin yang munafik….LU PIKIR LA SENDIRI..BRO

  8. siti wan kembang Says:

    asalamualaikum wrt saya rasa ini satu exercise yang baik kita leh tukar fikiran dan pandangan tetapi saya tak setuju kalau kita melemahkan semangat kawan kawan kita kena ada pendirian dan kekuatan untuk melawan musuh musuh umno .

  9. sesumpah Says:

    banyak la ko punya tak setuju…..semangat semangat juga ….tapi kena la pada tempatnya…biar jujur dan ikhlas…kalau dah calonnya terlalu banyak citer/isu ape ke jadahnya…tak ke akan ada masalah dalaman nanti….lagi satu kalau takat belajo tinggi tapi ada niat tak baik pun tak guna juga..ingat poltitik ni cam nak cari keje ke???perlu ada kelulusan tinggi….perlu ada itu dan ini….politik ni untuk semua tiada batasan …..bukan nya orang berpendidikan aje yg kononnya bole buat ape saje….pasal terlampau banyak orang pandai dan memandai la UMNO hancur….jgn dipetikai la kalau setakat sorang dua pemuda yg begitu..kita masih ada ramai lagi barisn pemuda yang lebih baik daripada mereka yang berkepentingan…. biar la pemuda yang buat keputusan….asyik sibuk gan pemuda …..pu3 dan wanita kapar cam ne k ke?

  10. sesumpah Says:

    as’kum sdr.khairul

    Saya mahukan saudara perjelaskan berkenan ciri ciri pemimpin yang munafik?

  11. Khairul Saimun Says:

    Salam Sdr. Sesumpah,

    Terima kasih kerana melayari blog ini. Tujuan saya mewujudkan blog ini bukan blog milik peribadi saya, tetapi ia sebagai platform perbincangan kita demi UMNO Bahagian Kapar. Secara tidak langsung ia mampu menggerak minda kita memikir yang terbaik dalam menentukan kepimpinan dan UMNO Bahagian Kapar, Insyaallah.

    Saya cuba untuk memberi penjelasan pada Sdr. Sesumpah tentang cirri-ciri pemimpin munafik, berdasarkan pembacaan dan sedikit pengetahuan yang saya miliki. Jika penjelasan saya kurang memuaskan, saya minta maaf dan Sdr. Sesumpah boleh dapatkan penjelasan lebih baik dari orang yang lebih berilmu.

    Saya pernah catatkan dalam blog ini tentang cirri-ciri kepimpinan dalam Islam. Pemimpin bagaimanakah yang dituntut oleh Islam, namun jangan juga kita lupakan ada juga ciri-ciri kepimpinan MUNAFIK yang mesti kita jauhi khususnya sebagai pemimpin.

    Pemimpin didefinisikan sebagai Orang yang memimpin. Pemimpin tidak terhad kepada pemimpin sebuah pertubuhan aatau sebagainya, bagi seorang ketua keluarga (bapa), juga mereka turut di kategorikan sebagai pemimpin kepada keluarga.

    Dalam pengetahuan saya, asas kepada cirri-ciri munafik itu ada 3, ini berdasarkan hadis Rasullullah SAW “Tanda orang munafik ada 3: “ bila bercakap dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika diberi amanat dia berkhianat.” (HR. Bukhari Muslim).

    Walaubagaimanapun ciri-ciri MUNAFIK lain yang sempat saya rakamkan adalah seperti berikut :

    1.Dusta

    Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda: “Tanda orang munafik ada 3, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta.”

    2. Khianat

    “Dan apabila berjanji, dia berkhianat.” Barangsiapa memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar’i maka telah hinggap pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.

    3. Fujur dalam pertikaian

    sabda Rasulullah SAW: “Dan apabila bertengkar (bertikai), dia melampau”

    4. Ingkar Janji

    sabda Rasulullah SAW:

    “Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat.” (HR. Bukhari Muslim)

    5. Malas Beribadah

    Firman Allah SWT:

    “…Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka BERDIRI DENGAN MALAS…”
    (An-Nisa': 142)

    Jika orang munafik pergi ke masjid/surau, dia menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu rantai. Oleh kerana itu, ketika sampai di dalam masjid/surau dia memilih duduk di shaf yang paling akhir. Dia tidak mengetahui apa yang dibaca imam dalam solat, apalagi untuk menyemak dan menghayatinya.

    6. Riya’

    Di hadapan manusia dia solat dengan khusyuk tetapi ketika seorang diri, dia mempercepatkan solatnya. apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia tampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan MELANGGAR HAL-HAL YANG DIHARAMKAN Allah SWT.

    7. Sedikit Berzikir

    Firman Allah SWT:

    “…Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya’ (dengan solat) di hadapan manusia. dan tidaklah mereka menyebut Allah SWT kecuali sedikit sekali. (An-Nisa': 142)

    8. Mempercepat Solat

    Mereka (orang2 munafik) adalah orang yang mempercepatkan solat tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun. Tidak ada ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit mengingat Allah SWT di dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak menyatu. Dia tidak menghadirkan keagungan, kehebatan, dan kebesaran Allah SWT dalam solatnya.

    Hadith Nabi SAW: “Itulah solat orang munafik…lalu mempercepat empat rakaat (solatnya)”

    9. Mencela orang-orang yang Taat dan Soleh

    Mereka memperlekehkan orang-orang yang Taat dengan ungkapan yang mengandung cemuhan dan celaan. Oleh kerananya, dalam setiap majlis pertemuan sering kali kita temui orang munafik yang hanya MEMBINCANGKAN SEPAK TERAJANG ORANG2 SOLEH dan orang2 yang konsisten terhadap Al-Quran dan As-Sunnah. Baginya seakan-akan tidak ada yang lebih penting dan menarik selain memperolok-olok orang2 yang Taat kepada Allah SWT

    10. Memperolok-olok Al-Quran, As-Sunnah, dan Rasulullah SAW

    Termasuk dalam kategori Istihzaa’ (berolok-olok) adalah memperolok-olok hal2 yang disunnah Rasulullah SAW dan amalan-amalan lainnya. Orang yang suka memperolok-olok dengan sengaja hal-hal seperti itu, JATUH KAFIR.

    Firman Allah SWT:

    “…Katakanlah: ‘Apakah dengan Allah SWT, Ayat-Ayat-Nya, dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?’ Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman…”
    (At-Taubah: 65-66)

    11. Bersumpah Palsu

    Firman Allah SWT:

    “Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai…”
    (Al-Munafiqun: 2, Al-Mujadilah: 16)

    Jika seseorang menanyakan kepada orang munafik tentang sesuatu, dia langsung bersumpah. Apa yang diucapkan orang munafik semata-mata untuk menutupi kedustaannya. Dia selalu mengumpat dan memfitnah orang lain. Maka jika seseorang itu menegurnya, dia segera mengelak dengan sumpahnya: “Demi Allah, sebenarnya kamu adalah orang yang paling aku sukai. Demi Allah, sesungguhnya kamu adalah sahabatku.

    12. Enggan Berinfak

    Orang2 munafik memang selalu menghindari hal2 yang menuntut pengorbanan, baik berupa harta maupun jiwa. Apabila menjumpai mereka berinfak, bersedekah, dan mendermakan hartanya, mereka lakukan kerana riya’ dan sum’ah. Mereka enggan bersedekah, kerana pada hakikatnya, mereka tidak menghendaki pengorbanan harta, apalagi jiwa.

    13. Tidak menghiraukan nasib Kaum Muslimin

    Mereka selalu menciptakan kelemahan2 dalam barisan muslimin. Inilah yang disebut At Takhdzil. iaitu, sikap meremehkan, menakut-nakuti, dan membiarkan kaum muslimin. Orang munafik berpendapat bahawa orang2 kafir lebih kuat daripada kaum muslimin.

    14. Suka menyebarkan Khabar Dusta

    Orang munafik senang memperbesar peristiwa/kejadian. Jika ada orang yang tergelincir lisannya secara tidak sengaja, maka datanglah si munafik dan memperbesarkannya dalam majlis2 pertemuan. “Apa kalian tidak mendengar apa yang telah dikatakan si fulan itu?” Lalu, dia pun menirukan kesalahan tersebut. Padahal, dia sendiri mengetahui bahawa orang itu mempunyai banyak kebaikan dan keutamaan, akan tetapi si munafik itu tidak akan mahu mengungkapkannya kepada masyarakat.

    15. Mengingkari Takdir

    Orang munafik selalu membantah dan tidak redha dengan takdir Allah SWT. Oleh kerananya, apabila ditimpa musibah, dia mengatakan: “Bagaimana ini. Seandainya saya berbuat begini, niscaya akan menjadi begini.”.

    Sesungguhnya, segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri. Insyaallah. Wassalam.

  12. zelmey Says:

    Hidup UMNO !!

  13. sesumpah Says:

    Askum sdr khairul saimun

    terima kasih atas respon yang telah diberikan…. pengupasan saudara amat lah jelas…saya amat berterima kasih kepada saudara kerana saudara mempu mengupas nya….

  14. sesumpah Says:

    hei parit ko jangan nak tunjuk baik kat kapar ni..sape ko nak meremajakan umno kapar ni..baru jadi ahli kencing sane sini..ada hati nak betulkan orang lain….baik ko keluar umno pegi balik ke parti asal ko PKR tu…

  15. siti wan kembang Says:

    asalamualaikum wrt salam sejahtera kepada semua kenapa orang melayu ni kalau tengok kawan tu salah bukan nak dibetulkan dikutuk lagi ada macam mana nak rapatkan barisan.

  16. observer Says:

    per khabar semua
    saya rasa sesumpah elok jadi ketua pemuda bahagian kapar lawan haji rosle timbalan nya zelmy baru betul ni memang gadingan matap giler. Esok dah mula mesyuarat di dun sungai pinang kalau tak malu gi lah mintak pencalunan.

  17. Nizam zainudin Says:

    Assalammualaikum…
    saya menyokong penuh kepada En.Haji Roslee untuk menjadi ketua pemuda Umno bahagian Kapar.

  18. juragan rantau Says:

    salam sahabat perjuangan sume..

    kepada tuan hj rosly

    kami sentiasa menyokong tuan hj,
    teruskan perjuangan anda ,kami di rantau sentiasa bersama mu memperjuangkan umno sehingga ketitisan darah terakhir kami…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: